Subscribe

Isu Eli Wong: Kata ‘Bermoral’ Perlu Takrif Lengkap. - Ibn Hasyim

"
Ibnu Hasyim Catatan Santai
BLOG http://jedyoong.com/ 17Feb PAS HALALKAN KHALWAT?, meletakkan gambar Dato’ Khalid MB Selangaor dan ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, yang nampaknya begitu akrab.. Ada logo ‘halal’ seolah-olah PAS, rakan Pakatan Rakyat menghalalkan ‘khalwat’ seperti digambar di atas. Untuk makluman, Jed Yoong seorang penulis Malaysia yang bukan Islam.

Mujurlah, antara ramai pengkomen-pengkomen tulisannya, seorang yang memakai nama ‘Sujudterakhir’ menulis…

“Khalwat itu ialah duduk berdua-duan pada satu tempat yang boleh mendatangkan fitnah. Dalam gambar kita boleh kategorikan berdiri agak rapat. samada sengaja atau tidak sengaja, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jika berlaku tidak sengaja, ia dimaafkan tetapi kalau sengaja, dalam Islam ia dikira kesalahan.... Sekiranya dapat dielakkan dari berdiri rapat-rapat antara lelaki dan perempuan yang bukan ahli keluarga (mahram), ia adalah yang terbaik. Oh jangan lupa, gambar Paklah pun ada yang macam begitu..”
Hasbullah Pit menambah… “Itu bukan khalwat. khalwat berlaku bila bukan muhrim duduk dalam tempat tertutup, orang tak nampak.”


“Adakah Elizabeth Wong boleh dikira berskandal? Mahkamah apa yang menentukan dia berskandal atau tidak? Di mana Elizabeth Wong ingin mendapatkan pembelaan? Ada yang kata dia patut letak jawatan, ada yang tidak. Ada pula yang kata jangan letak jawatan. Kalau di tanya pada orang islam, memanglah bersekedudukan itu salah.

Tapi apabila melibatkan orang bukan islam, adakah ianya sentiasa dibolehkan? Mengikut perundangan sivil, sepasang kekasih boleh tinggal bersama. Tetapi tiada apa-apa ikatan, dan seterusnya menyebabkan tiada perlindungan kepada mereka.

Adakalanya dunia yang berasaskan undang-undang sivil ini bertindak seolah-olah mengikut undang-undang rimba. Pernah terjadi di UK, seorang ahli politik terpaksa letak jawatan kerana melanggan pelacur, tetapi pelacuran tidak salah dalam undang-undang sivil. Melainkan di Malaysia ada akta perdagangan tubuh agak baru. Atas sebab apakah dia perlu letak jawatan? kerana tidak bermoral? Tetapi "tidak bermoral" itu tidak salah dalam undang-undang. Maka undang-undang rimba digunakan untuk menjatuhkan seseorang dengan mengaibkan dan menuduh eli tidak bermoral.

Adakalanya pelik, apabila lelaki bersuami mengadakan hubungan dengan perempuan lain, ia dipanggil skandal. Manakala yang bujang bebas dengan sesiapa sahaja? Tamadun Barat sudah nak runtuh akibat daripada ketidak perihatinan dengan instusi keluarga. "Keluarga" digantikan dengan pasangan kekasih yang tidak dilindungi undang-undang. Hanya undang-undang rimba digunapakai.

Tamadun China dulu zaman Ming/Ching dulu bolehkah duduk serumah dalam keadaan belum berkahwin? Di dalam dunia blog banyak hakim dan juri undang-undang rimba sedang mengemukakan hujah menentukan samada Eli berskandal atau tidak.Antaranya Elizabeth Wong NUDE PHOTOS Scandal. RESIGN. Perlukah satu undang-undang atau mahmakah khas untuk menentukan sesuatu tindakan itu "bermoral" atau tidak?”
Antara komen kepada artikel Hasbullah Pit ini, antaranya WY Kam 甘永元 on 2009 Februari 17, berbunyi…

“Sesuatu tindakan itu mungkin kelihatan tidak bermoral untuk anda, tetapi tak semestinya tidak bermoral untuk saya. sama juga, apa yang baik atau buruk untuk tamadun barat, China, timur tengah ...tidak semestinya baik untuk kita. Dengan mata lensa pemikiran saudara, saya juga boleh membuat kenyataan bahawa puak Arab rata-rata nya tidak bertamadun memandangkan mereka masih tidak berdemokrasi, masih menafikan hak kaum hawa and rakyat jelata, dan masih tiada sebarang pencapaian sains ataupun teknologi.

Apakah puak Arab hidup dalam tamadun kejahilan? Tambahan lagi, pak Arab semua kahwin tiga-empat orang isteri (poligami adalah satu kesalahan berat dalam undang2 sivil dan barat). Perlukan kita menentukan kemoralan mereka? Jawapan untuk soalan rektorik saya, dan untuk soalan saudara ialah TIDAK. You have no right to question the basis of my morality, nor subjected me to your nonsensical moral laws.”

KOMEN SAYA: Di situlah perlunya penyelesaian, melalui sebuah negara Islam. Dalam Islam ada takrif ‘moral’, menurut kayu ukur agama. Untuk menjadi Wakil Rakyat yang menaungi rakyat Islam, tentulah kehendak rakyat itu diutamakan. ‘Moral’ tentulah dinilai dengan mengambil kira mereka yang dinaungi. Bila tiada takrif ‘moral’ yang lengkap, maka jadilah kelam-kabut seperti yang ada sekarang! Dalam negara Islam orang bukan Islam diberi kebebasan beragama dalam ertikata memilih cara hidup mereka sendiri.

Mereka tidak dipaksakan menurut cara hidup Islam. Kerana dalam negara Islam, ada hak orang Islam, dan ada HAK ISTIMEWA orang bukan Islam. Undang-undang sekarang pun bukan undang-undang dari agama asal dan tradisi mereka. Apa salah kita tolak ‘undang rimba’ dan pilih yang bertamaddun.
Sekian, harap maklum. Wassalam..

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 18, 2009. KL

2 comments:

pok_min said...

bro,isu moral ke apa xjadi isu.yg jadi isunya bf eli tu melayu muslim.aku setuju yg privacy eli tu telah dicerobohi bilama gambar intimate nya dirakam dan disebarkan.tapi cuba lihat dari segi aspek lain.mcm mana bole bf dia tangkap gambar itu kalau diorg xduduk sekali?kalau dah duduk sekali xkan xberlaku apa2 benda?takan diorg duduk bincang psl politik je berdua2an?kalau lihat pada gamba tersebut,tidak mustahil mereka telah atau baru selesai melakukan 'sesuatu'

Jil Fityan said...

dari aspek mana nak tengok ni? Cuba terangkan skit

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.