Subscribe

ISU YANG PERLU DIFAHAMI



Saya rasa kita kena membezakan dan memahami isu yang sebenar. Semasa DSAI berkata beliau mempunyai bilangan ahli parlimen BN yang nak berhijrah ke PR beliau telah menghubungi Perdana Menteri dan memohon supaya diadakan sidang khas di parlimen untuk mengusulkan UNDI TIDAK PERCAYA terhadap Perdana Menteri. Jika ini berlaku maka satu undian tidak percaya akan dibuat di parlimen . Dan jika majoriti menyokong DSAI di parlimen barulah perdana menteri perlu berundur dan menyerahkan jawatannya kepada DSAI dan akan berlakulah peralihan kuasa mengikut peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan.

Satu lagi pilihan ialah perdana menteri boleh menyahut cabaran DSAI untuk MEMBUBARKAN PARLIMEN dan diadakan pilihanraya semula untuk membolehkan rakyat memberikan mandat yang baru. Kedua-dua cara ini adalah mengikut lunas-lunas perlembagaan Malaysia. Malangnya Perdana Menteri tidak berani menyahut cabaran DSAI lantas kedua-dua permintaan ini tidak dilaksanakan oleh Perdana Menteri. Tiada sebarang tawaran imbuhan yang dibuat oleh DSAI dan tiada sebarang ugutan dibuat terhadap mereka supaya berhijrah ke PR . DSAI tidak menyembunyikan ahli-ahli parlimen ini. Beliau tidak bertindak di luar batasan perlembagaan.



Cuba kita lihat apa yang berlaku di negeri Perak. Adun-adun yang melompat semuanya telah terlebih dahulu menghilangkan diri. Di sini timbul persoalan ‘kenapa perlu menghilangkan diri?’Setelah menghilankan diri mengumumkan pula keluar daripada PR dan menyokong BN. Kenapa BN tidak membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Ir Nizar di dewan undangan negeri seperti apa yang termaktub di dalam perlembagaan? Kenapa tidak dibuat peralihan kuasa seperti mana yang dikehendaki oleh perlembagaan? Mana perginya keluhuran perlembagaan? Ini bermakna BN telah merampas kuasa di negeri Perak secara tidak sah.

Kembali kepada episod 3 orang adun yang menghilangkan diri tadi. Persoalan yang timbul adalah adakah mereka menerima tawaran yang lumayan untuk melompat? Atau adakah mereka diugut? Perlu diingat bahawa 2 orang di antara mereka sedang menghadapi tuduhan rasuah ketika itu.Jika inilah sebabnya mereka melompat maka mereka ini adalah manusia yang tidak mempunyai prinsip. Mereka adalah pengkhianat yang tidak bermaruah. Oleh itu kenapa pula DSAI yang mesti dipertanggungjawabkan di atas perbuatan tidak bermoral adun-adun ini?

Yang perlu dipertanggungjawabkan di atas kemelut yang melanda negeri Perak sekarang ialah Najib, umno dan BN. Mereka telah merampas kuasa dengan cara yang amat rakus dan gelojoh.Merekalah yang perlu dipertanggungjawabkan di atas kemarahan rakyat terhadap pihak Istana.

Oleh itu saya menggesa pembaca dan sesiapa sahaja yang ingin membuat apa-apa komen (sepertimana komen terhadap artikel saya sebelum ini) silalah kaji dahulu isu yang sebenar.

by JilFityan







8 comments:

Anonymous said...

ha ha ha.budak2 pas dh kepanasan.bila dh terkena atas hidung sendiri mcm2 hujah yg digunakan.semua tindakan pas islamik kalau dibuat olehnya wpun salah.kalau orang lain buat xbole haram.sila rajuk apa si nizar cakap bila adun bota masuk ke pkr dahulu.skang kenapa nk marah plak bila ahli pkr belot.bkn kah adun pkr ni dua ekor ni yg nizar pertahankan kata kes rasuah dia ni hasil aniaya umno?kenapa bila dia belot nizar kata mereka tu perasuah.jgnla ade double standard.yg salah tetap salah.itu prinsipnya.aku benci pelompat xkisahla umno ke pas ke pkr.so aku berpegang kpd prinsip lompat parti adalah tidak bermoral.matlamat tidak menghalalkan cara.jgnla kita berdolak dalih.kalau unsur negative ini ada dalam pas.jgnla haralah pas akan dpt memerintah negara keseluruhannya.xperlu bezakan tindakan anwar pada 16 sept.kenapa perlu kejar sampai ke taiwan.tidakkah anda tau masa anwar uar uarkan 16 sept,keadaan politik negara gawat juga?kenapa bila sultan azlan shah memilih nizar dari pas instead of org2 pkr dan dap utk jd mb masa mac thn lepas,korang julang tuanku.skang bila tuanku tidak memiihak kepada pr.korang hina kutuk keji sultan perak..sila rujuk apa yg forumers tulis dalam tranungkite.dahulu korang sanjung mufti perak datuk harussani sbb dia la mufti yg terbaik selalu bercakap benar dan dilihat pandangannya condong kpd pandangan pas khususnya dlm hal melibatkan kes murtad.skang bila datuk harussani menyatakan supaya mentaati sultan..korang keji dia hina dia mcm2.kenapa perlunya ade sikap begini?kata perjuangkan Islam.xkan bila sesuatu keputusan tidak mengembirakan kita,kita cenderung utk menyerang mereka.

Anonymous said...

somemore sila baca artikel 16 dan artikel 18 undang-undang tubuh negeri perak.peruntukan undang2 hendaklah dibaca serentak kesemuanya..jgn hanya dibaca satu peruntukan sahaja.

Anonymous said...

aku ade soalan nak tanya si penulis blog ni.sila jwb dgn ikhlas.

i)kalau esok lusa ade ade adun/mp BN nak lompat ke PR tak kiralah secara sukarela atau di byr atau dipujuk.apa pandangan peribadi kau?adakah kau bersetuju dgn tindakan lompat parti?ianya halal?tidakkah ianya mengkhianati pilihan rakyat?adakah pimpinan pas setuju terima atau pimpinan pas minta diadakan semula pilihanraya?sila la jwb dgn ikhlas xperlu berpusing2 dgn bagi fakta belit2.

Majdi said...

Teringat Najib cakap, "ini adalah permulaan. Akan berlaku lagi selepas ini mereka yang akan bersama kita dalam BN di negeri lain".

Bermakna Najib memang membuat perancangan ini utk memastikan akan ada lompat parti lagi selepas ini. Dan andaian adalah tidak lari dan sudah pasti kepada calon PKR di Kedah. Sememangnya Najib merancang, dan Anwar tidak boleh dipersalahkan. Bukan masalah pulang paku buah keras.Dan saya bersetuju dengan hujah penulis supaya kita kena memahami isu yang sebenarnya.

Penulis mengambil dua isu yang berbeza dan metod yang berbeza.

Pertama : Lompat parti, diadakan pilihanraya semula,atau Perdana Menteri terima untuk membuat usul undi tidak percaya. (tidak salah disisi undang-undang Malaysia)

Kedua : Lompat parti, tidak diadakan pilihanraya, dan tiada usul undi tidak percaya.
(salah disisi undang-undang Malaysia)

Pilihan yang pertama itu adalah tidak salah di sisi undang-undang. Melompat parti dalam erti memujuk ahli parlimen menyertai PR, dan dilaksanakan sesuai dengan peruntukan perlembagaan.Disuruh adanya usul undi tidak percaya,atau diadakan pilihanraya balik. Namun kedua-duanya ini tidak dilaksanakan oleh Perdana Menteri. Dan metod ini pula tidak salah dan termaktub dalam perlembagaan Malaysia dan pernah berlaku usul undi tidak percaya sebelum ini.

Dan cara kedua adalah cara yang salah. Lompat sekadar lompat tanpa ada tindakan susulan yang selaras dengan perlembagaan Malaysia.

Adakah anda semua masih tidak dapat membezakan? Sekiranya anda mengetahui undang-undang Malaysia,persoalan ini tidak timbul. Kes usul undi tidak percaya ini bukan pertama kali berlaku. Sbb itu Nizar suruh diadakan undi tidak percaya kepadanya tetapi tidak juga dilakukan. UMNO yang mencabul undang-undang perlembagaan.

saya heran kenapa orang masih tidak faham dan membezakan situasi ini.

Anonymous said...

Adakah Anwar membeli mana-mana MP ?? Setahu saya mereka yang menyuarakan hasrat bersama PR. Tiada paksaan dan tiada kehilangan terlebih dahulu. Malah dilarikan sehingga ke Taiwan dengan alasan melawat sambil belajar.

Kesilapan Nizar adalah menerima ADUN Bota tanpa mengambilkira hati pengundi Bota yang mengundi BN. Ini adalah kesilapan bagi phak Kerajaan Perak sebelum ini. Sepatutnya perlu diadakan pilihanraya balik. Namun ini tidak bermakna Anwar yang perlu dipersalahkan.Cara Anwar tidak salah, tapi cara Nizar itu salah.Cara Nizar itu sama sahaja dengan BN yang menerima bulat-bulat tanpa ada undi sekali lagi.

Anonymous said...

hahaha.pusing2 la fakta la si majdi ni.soalan aku kat penulis.kalau mana2 mp lompat parti adakah beliau bersetuju?xkisahla cara mana parti tu dptkan wakil rakyat tu.majdi.persoalan kat sini bukan masalah undi percaya ke apa.persoalan aku ialah masalah lompat parti.even walaupun ade undi usul xpercaya pun.ianya masih tidak bermoral sbbnya yg memilih wakil rakyat ialah rakyat tru pilihanraya.mereka memilih sbb parti yg disokong.kalau wakil rakyat itu belot ke parti yg tidak disukai oleh rakyat.tidakkah itu mengkhianati rakyat?lainla kalau di adakan semula pilihanraya.kalau lompat bodoh mcm tu mmgla xbermoral.majdi matlamat tak menghalalkan cara bai.aku paham isu kat sini.cuma persoaalan aku nk tau pandangan penulis blog psllompat parti?adakah ianya satu tindakan yg mengkhianati pilhan rakyat ke tidak?jwb persoalan ni.aku setuju dgn komen diatas..cara nizar terima tu bulat2 xbetul.unless ade pilihan raya semula itu xpe.

Anonymous said...

korang bukak blk sejarah bagaimana kerajaan sabah PBS ditumbang pada tahun 1990an oleh umno.tau x ssape mastermind belakang perancangan kerajaan bn pada waktu itu kalau bukan brother kita.dia lah yg mahir selok belok pujuk memujuk wakil rakyat utk lompat parti.korang menyalahkan BN tapi sebenarnya korang xsedar kudis2 bn tu ade dlm PR.

Luckygirl said...

Bila dah termaktub dalam perlembagaan, kes lompat parti takkan jadi salah. Tak salahpun kes lompat parti ni. Lompat la tapi lompat dengan cara beretika. Dan perundangan perlu dijalankan sepertimana yang betul. MP lompat atas dasar kesedaran diri dia sendiri dan undang-undang ada untuk mengikat dirinya iaitu dengan cara mengadakan pilihanraya balik atau sewaktu dengannya (undi tak percaya)

Bila dah ada dalam perlembagaan, maka dia secara otomatik tidak menjadi kesalahan. Pada pendapat saya,lompat parti tidak menjadi kesalahan dan tidak boleh ditakrifkan sebagai mengkhianati amanah rakyat.

sbg contoh :

Mamat mempunyai ramai pengikut.Mamat juga menyedari bahawa bosnya telah banyak terlibat dengan rasuah.Perkara ini telah diketahui umum, termasuk pihak lawan dan juga daripada ahli daripada organisasinya sendiri.Malah lembaga disiplin mengakui bahawa organisasinya terlibat dengan begitu banyak rasuah.Mamat rasakan bahawa dirinya tidak bersih lagi, dan tidak wajar bersekongkol dengan organisasi begitu. Maka dia mengambil keputusan utk menukar kepada organisasi lain. Mamat juga mengumumkan sebab mengapa dia menukar kepada organisasi lain dihadapan umum. ( ADUN Bota memberikan sebab mengapa dia beralih arah kerana tidak tahan dengan UMNO yang korup)

Pemimpin mewakili rakyat. Dan Pemimpin wajar memberi penerangan kepada rakyat dari segi moralnya kenapa dia melompat. Moral of the story, satu perubahan kepada lebih baik itu digalakkan. Itu dari segi individu itu sendiri. Tetapi dari segi undang-undang, Pilihanraya perlu diadakan agar tidak mengecewakan mana-mana pihak. Ini langkah terbaik.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.