Subscribe

Karpal akan di ISA kan?

 
Karpal bergerak sendirian bila mana beliau bertindak meneruskan saman terhadap Sultan Perak, atas pengisytiharan dan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru dan beliau (Karpal Singh) menyifatkan sebagai batal dan tidak sah.Peguam veteran Karpal Singh tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman tersebut dan beliau berkeras akan tetap dengan keputusannya untuk menyaman Sultan walau dengan apa cara sekalipun.

Tindakan Karpal ini dipandang sebagai satu tindakan yang tidak betul, salah, kurang ajar dan tidak wajar dilakukan. Dari sudut ini, semua mata memandang dari skop yang sama iaitu derhaka kepada Sultan, kerana bagi orang melayu, Sultan adalah lambang dan mewakili orang² Melayu di Malaysia.Karpal Singh dicemuh sebagai penderhaka kepada Sultan.Ini dari satu skop, dan dari skop yang lain, perlantikan Sultan terhadap MB baru adalah menyalahi akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak sendiri. Kata Karpal Singh, Sultan Azlan Shah boleh didakwa di mahkamah atas kapasiti rasmi baginda kerana selepas 1993, Perlembagaan Persekutuan dipinda dan mahkamah khas ditubuhkan untuk mengendalikan perkara membabitkan kerabat diraja dan sultan.

Saya bukan nak memihak kepada sesiapa. Keluhuran undang-undang di dalam rukun negara perlu disanjung, dan tidak ada sesiapa pun terkecuali dalam hal ini.Malahan saya juga pasti bahawa baginda (Sultan Azlan Shah) tahu apa yang Karpal Singh lakukan adalah betul. Baginda ialah bekas Ketua Hakim Negara dan telah mengendalikan banyak kes. Tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau menderhaka mengenainya, dan tidak timbul isu Karpal Singh menderhaka kepada Sultan.

Apa yang diwar-warkan sebagai modal pemimpin BN hanya satu sahaja. Karpal Singh akan dihukum dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Hasutan kerana menghina/derhaka sultan.Kenapa? kerana dari segi undang-undang,kes ini tidak boleh disabitkan sebarang kesalahan terhadap Karpal Singh. Dan kerana kelu idea dan takde lagi cara lain, maka kerajaan UMNO hanya akan mengISAkan sahaja Karpal Singh. Tapi ini bukanlah langkah yang boleh dipuji, malah dengan cara ini BN akan semakin dikeji.

Karpal Singh dimasukkan ISA kerana tegakkan undang-undang perlembagaan? Tak logik. Rakyat tidak akan bodoh hanya dengan bawa isu derhaka kepada sultan. Rakyat takkan kabur dan masih reti undang-undang.




by JilFityan







2 comments:

Anonymous said...

apa komen saudara pasal gambaq bogel yb pkr dgn anak luar nikah bekas adun selambau?:-Ddgr cite bf yb bukit lanjan tu laki2 muslim.entah2 org2 pkr:-D

pakatan ranjang said...

hahaha.ko ni ckp mcm seorang lawyer tapi nampak kejahilan ko.totok pas.belajar entah ke mana.penyanjung al juburi.keh keh keh.sapa yg kasi gelaran aljuburi?kalau bukan naib presiden pas sekarang mat al sabuni.ha ha ha

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.