Subscribe

Karpal dan ideologi politiknya -IslamReturn

" Penulis sebenarnya tidak berasa terkejut langsung dengan kenyataan Karpal tentang DS Anwar Ibrahim, malah penulis tahu kenapa Karpal begitu lantang menghentam DS Anwar Ibrahim. Sebenarnya Karpal merupakan generasi tua dalam DAP yang masih tebal sifat anti keagamaan, namun disebabkan arus politik yang berubah, Karpal terpaksa mendiamkan diri walaupun ada ketikanya beliau bersuara.

Pendirian Karpal untuk menyaman Sultan Perak sebenarnya bukanlah keputusan Pakatan Rakyat, malah sekiranya kita lihat kenyataan media Pakatan Rakyat tentang isu Perak ini, PR hanya akan menyaman UMNO/BN kerana bertindak diluar batasan perlembagaan. Oleh yang demikian, Karpal kini terpaksa bersendirian untuk mempertahankan pendirian beliau untuk menyaman Sultan Perak. Tekanan yang hebat ini meletakkan beliau di situasi yang tidak baik, kerana isu Sultan akan mudah dipergunakan oleh UMNO untuk mendapatkan 'political mailege' seterusnya menghentam pribadi beliau (contoh: lucut warganegara). Akibat dari tekanan yang hebat ini, beliau terpaksa mencipta satu isu baru untuk mengalih perhatian umum terutamanya UMNO dengan menghalakan muncung senjata beliau terhadap DS Anwar dengan harapan dapat mengendurkan isu saman beliau terhadap Sultan Perak.

Beliau sememangnya menyimpan dendam terhadap DS Anwar. Bukan isu lompat parti yang sebenarnya menjadi isu utama, tetapi pendirian DS Anwar terhadap isu Hudud dan perlaksanaan Syari'ah. Inilah isu sebenar yang beliau berdendam dengan DS Anwar. Beliau amat marah apabila DS Anwar menyokong kenyataan DS TGHH berkaitan perlaksanaan syari'ah hanya untuk orang Islam sahaja. Kenyataan DS Anwar ini umpama menikam beliau dari belakang. Maka bermulalah hasrat beliau untuk mencantas DS Anwar dengan harapan sekiranya DS Anwar jatuh, maka PR akan berpecah dan akhirnya PAS gagal menguasai kerajaan pusat dan akhir perlaksanaan syari'ah tidak dapat dilaksanakan. Itulah matlamat beliau.

Dipetik dari : http://islamreturn.blogspot.com







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.