Subscribe

Karpal Diserang Di Parlimen



Apabila dicucuk oleh Karpal Singh, dengan label bahawa pemuda UMNO celaka, semua puak-puak mereka 'melompat'. Masing-masing emosional tahap maximum dan macam terbukti. Jika nak cari bukti bahawa mereka kirim dua butir peluru, itu masalah mereka dengan Karpal sahaja yang tahu benar atau tidak.

Baru sekali dicucuk, semua sudah melatah dan sudah buka langkah untuk bersilat. Siap jumpa di luar dewan untuk tunjuk keutuhan melayu UMNO mereka ala samseng gitu. Mereka kuat melawan si tua yang cacat, tetapi apabila diajak berdebat contohnya isu PPSMI, tiba-tiba menjadi bacul (simpan keris dalam sarung, hehe...)

Ergh, sekarang jangan main-main dengan pemuda UMNO, mereka tengah bersemangat untuk bulan Mac ini, pemilihan UMNO. Darah tengah gemuruh dan semua tengah semangat. Maklumlah mereka ini akan dihantar ke tempat pilihanraya kecil sebagai agen gerak khas UMNO. Wei, pemuda UMNO pantang di cabar kau tau tak!!!? Sebab Presiden dia dulu ada cakap, ingat lagi tak?



"Saya pantang dicabar!"
Hahahaha..

Edit dari SujudTerakhir






No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.