Subscribe

Kisah Politik Melayu Barisan Nasional.

Bilamana Fauzi si Adun PKR yang bersumpah dengan nama Allah, bahawa dia ada semasa majlis bersama Najib, tentang tawaran 50juta kepadanya utk membeli wakil rakyat. Sungguh terkejut dengan berita ini. Bukan setakat itu.Fauzi mencabar Najib supaya menafikan kenyataan dan sumpahnya ini di hadapan ramai. Berdepan dengan media bahawa dia menafikan akan keterangan sumpah Fauzi. Tapi tidak pula Najib buat. Adakah benar Najib buat? Sekiranya sudah dicabar tetapi diambil langkah berdiam diri, bermakna diam itu bermakna setuju. Aduhaii..Jika ini benar,maka benarlah...Seolah-olah maruah manusia yang bergelar melayu ini sekadar picisan. Betapa murah dan senang diperdagangkan. Hidup seperti lalang, ke kiri dan kanan, tiada pendirian.

Bagaimana lah agaknya bila Najib Tun Razak menerajui negara kelak. Adakah kita mahukan pemimpin yang telah banyak terpalit dengan pelbagai masalah ini? Kes Altantuya, sampaikan si Sirul mengatakan bahawa dia telah dianiaya dan orang bersalah sedang bersenang lenang. (berita semalam astro awani) . Apa kes pula si Bala ?? Hilang tanpa berita ...Rasuah ??? Sampaikan Ketua Disiplin UMNO sendiri memperakui dan ingin menghapuskan sayap kiri dan kanan iaitu Putera dan Puteri UMNO, Wanita dan Pemuda UMNo kerana terjebak dengan rasuah membarah sehingga mencecah 900 kes. Ini bukan kenyataan pembangkang,tapi perakuan dan confession daripada UMNO sendiri.

Beginilah nasib politik Melayu. Sekarang, 2 adun perak dengan sorang adun DAP telah menjadi bebas. si 2 Adun perak ini hilang selama 5 hari, dan 5 hari jugaklah tidak dapat dihubungi oleh kerajaan negeri dan juga keluarga. Sungguh aneh dan pelik, dalam dunia serba canggih ini kehilangan tidak dapat dijejak. Bila speaker mengeluarkan kenyataan bahawa kerusi mereka dikosongkan,hah... baru nak melatah.. baru pulak nak membantah. Berdalih kata cuti sakit,tapi dapat pula pergi ke Pahang. Urusan apa? kata sakit?sebelum ni senyap aje. Sidang media tak datang. Yang pelik dan bertambah pelik, ada pulak muncul bersama Najib semalam. Bersama Najib dalam mengumumkan bakal kerajaan Negeri Barisan Nasional di Perak.Ada pulak..Sihat molek molek ada..Arghhh....Rupanya dah menjadi penganut BN ..Hampeh.. Melayu yang dibeli.
Sementara ADUN Bota yang telah menyertai PKR kembali kepada UMNO. Dengan alasan bahawa tak inginkan kerajaan yang rosak,tak stabil dan tiada jaminan. Kenapa sebelum masuk PKR tidak fikir semua ini?Kenapa setelah masuk 10 hari baru nak fikir? Memang benar, PR tidak menawarkan apa-apa kemewahan kepada anda kerana menyertai PR. Ini prinsip PR. PR akan berusaha menarik sebanyak mungkin ahli BN Korup menyertai PR tetapi dengan cara bersih dan 'halal'. Tanpa ada palitan tektik yang kotor.

Haru biru betul.Tak apa,berhiduplah kamu sebagai tali barut UMNO.Dibutakan mata dipekakkan telinga.. Anugerah Allah tidak dipergunakan. Jadilah kamu sejahil manusia semunafik insan..

"Iza haddasa Kazaba.. Waiza Ahada Akhlafa.. Waiza'tumina Khana..."

Apabila bercakap berbohong.. Apabila berjanji memungkiri. Apabila diberi amanah khianat.

Ingat, langit tak selalunya cerah, kita terlepas di dunia tapi diakhirat, Allah akan tanya. Malaikat dikubur akan menyoal.. Hari ini kamu menang di dunia..Berjaga jagalah di akhirat.

by Jil Fityan






7 comments:

rantong said...

Sekadar berpesan-pesan. Sesuai bagi mengelakkan daripada difitnah orang.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari orang-orang yang kafir." Surah Yunus, ayat 85 dan 86
View Profile: Rantong

Anonymous said...

ADA X DOA UNTUK MENGELAKAN KITA DARI SUKA MEMFITNAH ORG LAIN?..KALO ADA SAYA NAK BAGI PADA KAWAN2 SAYA YANG SUKA BUAT FITNAH X TENTU PASAL...CKAP MAIN SEDAP MULUT JE...TAPI KALO ORANG CKP PASAL DIA TAU MARAH PLAK...

Anonymous said...

terimalah keputusan ni dgn hati terbuka.barangkali ade hikmah yg kita tak nampak.jgn kita bermusuh dgn Istana.Insyallah PRU 13 Pas akan lebih gemilang.cuma saya ingin lontarkan persoalan.kenapa bila adun Umno melompat ke PR tempoh hari,geng2 PR girang bukan kepalang.sambut dgn tgn terbuka.sokong tindakan tersebut kata ianya perbuatan yg mulia.wa'ima,bila adun pkr lompat ke umno,kamu hina dia keji dia.kunun mereka telah dirasuah.kamu keji dia dgn kata kununnya perbuatan itu tidak bermaruah bermoral.bagi aku pendapat peribadi,melompat parti tidak kira lah dari parti mana ke mana xkira umno ke pr or pr ke umno,ianya tetap tidak bermoral dan bermaruah.ianya menipu dan mengkhianati amanat rakyat.jgn kita ade double standard dlm hal ni.
dan aku xpaham juga kenapa masa dua exco pkr ni dituduh rasuah,nizar beriya2 benar pertahankan exco ni kununnya mereka masih tidak bersalah sehingga dibuktikan mereka bersalah.dan bila mereka ni belot ke umno,kamu hina mereka kata umno ambil orang yg xbersih?apa ini?tidakkah ianya mcm double standard?
dan satu lagi persoalan akku ingin lontarkan..tahukah kamu bahawa siapasebenarnya yg mengajar atau pakar atau master mind bab lompat melompat ni?beliau yg tidak maksudkan adalah org yg kamu puja2 iaitu bro kita.beliau pakar sejak dalam umno lagi.cuba lihat kembali peristiwa kejathan keraajaan negeri sabah pimpinan pbs.sapa mastermindnya?dan adakah skript ni akan bertukar nada sekiranya peristiwa 16 sept berjaya direalisasikan oleh Brother kita tempoh hari?
aku melihat pas jgnla diperkudakan dan dirosakkan oleh pkr dan dap.mereka nilah yg merosakkan perjuangan pas sebenarya.

pemerhati said...

Saya bersetuju dengan pengomen diatas. Betul apa yang dikatakan.Tp ada betul juga penulis mengatakan demikian. Persoalan mengenai rasuah UMNO ini telah diakui oleh Ketua Disiplin UMNO sendiri.Rasuah politik ini diiktiraf. Isu beli membeli ini bukan perkara baru dlm BN.

Secara analogi kehilangan 2 ADUn ini juga sangat pelik dan menghairankan. Timbul banyak kesangsian, sehingga terakhir diketahui adalah berada di Pahang. Untuk apa?

Ditambah dengan akuan sumpah Fauzi. Kenapa tidak disaman sahaja si Fauzi ini? Bukankah sekiranya itu sekadar fitnah,maka Najib boleh menyaman, malah boleh memenjarakan si Fauzi ini. Tapi kenapa tidak da tindakan?

Fitnah difahami sebagai satu tuduhan tanpa bukti yang kukuh. Malah didalam Islam lebih berat daripda dosa membunuh.Tetapi sekiranya satu pengakuan itu menjadi bukti bagaimana? Pengakuan ini sepatutnya dinafikan dengan perundangan.

luckygirl said...

Sekiranya fitnah,saman sahaja. bawa ke muka pengadilan. Ini lah cara anak jantan. Buktikan kita Mr Clean. Kita bersih. Biar disabitkan dan pengfitnah dihukum.Inilah cara betul. Kita ada mahkamah, kita ada perundangan. Kenapa takut dengan undang-undang sendiri??

Macam Khalid Ibrahim, bertindah ingin menyaman fitnah Khir Toyo. Beri peluang kepada Khir Toyo tarik balik dakwaan fitnah. Beginilah anak jantan. Mencabar balik,dan akan membawa kemuka pengadilan. Ini baru betul. Bukan macam Najib.

Segala tuduhan tidak dapat disahkan melainkan dibawa kemuka pengadilan. Fauzi sudah melaporkan kepada SPRM. Dan sepatutnya Najib membuat laporan bahawa dia difitnah dan menyaman balik Fauzi. Ini baru betul.

Anonymous said...

Karma mengatakan what goes around comes around.sekarang kenapa pas pkr marah sgt bila mana ade lompat melompat di kalangan mereka?kenapa mereka masa adun bota lompat korang gembira riang?xdgr plak nik aziz kata lompat adun bota ke pkr tu mengkhianati pilihan rakyat.xdgr juga komen pimpinan pas bila mana anwar ingin menjatuhkan kerajaan korupsi bn pada 16 sept?tidakkah itu dikira juga perbuatan tidak bermoral dgn mencuri MP utk lompat ke pr semata2 utk mendapatkan kuasa.perkara yg salah tetap salah.jgn sebab ianya dtgkan keuntungan kpd kita,kita ckp ianya halal.inilah tuhan nk ingatkan pimpinan pas supaya berhati2 pd masa hadapan.BN kita sudah kenali sbgi parti korup.org pertama yg harus dikeji ialah anwar ibrahim sbb dialah mastermind lompat beli wakil rakyat sejak beliau berada dlm umno.sendiri sudah terkena alang kepalang marah bukan main.jgnla kita ikut rentak anwar yg memusnahkan imej pemimpin pas.terima keputusan ni.insyallah pas boleh berjaya pada masa akan dtg.

Anonymous said...

AKU CADANGKAN PAS PERTIMBANGKAN SEMULA UNTUK TERUS BERSAMA DALAM PR TERUTAMANYA DENGAN DAP..
BAGI AKU MEREKA NI MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALA LIPATAN...BAGI AKU BIARLA KITA KALAH DALAM POLITIK ASALKAN PERJUANGAN KITA DITERIMA DAN DIBERKATI OLEH ALLAH...SEKADAR PANDANGAN!!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.