Subscribe

Media Tidak Adil, Hanya Paparkan Kisah Penutupan Tabika Kemas - Minda Kembara

" Skrip baru, jalan ceritanya sama. Itu yang dapat saya gambarkan apabila melihat pemaparan berita sebuah Tadika Kemas ditutup di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau dalam TV3 malam tadi.

Walaupun sebenarnya saya cuba untuk mengelak daripada menonton berita TV3 yang berat sebelah tetapi saya terpaksa juga mengikutinya kerana isu hangat yang melibatkan berita di Perak.

Hari ini saya membaca berita sensasi tersebut di dalam Berita Harian Online dan kini menjadi perbicangan hangat di dalam beberapa lama sembang. Seperti biasa, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dituduh tidak berlaku adil kepada pentadbiran Kemas dan menggadaikan masa depan anak-anak. Semalam seorang bapa pelajar menangis apabila diinterview oleh pemberita TV3 apabila diajukan tentang perkara ini.

Ini bukan perkara baru, sudah dijadikan modal ketika pembukaan sesi persekolahan tahun 2000 di Trengganu. Pelajar sekolah telah dipaksa ‘berlakon’ mengangkat kerusi dan meja kerana mereka sudah tidak dibenarkan lagi bersekolah di bangunan yang ditadbir oleh kerajaan Trengganu yang diperintah oleh PAS/BA ketika itu.

Lakonan tersebut dijaja di seluruh Trengganu dan seluh negara dan ramai yang mempercayai kerja jahat UMNO ini sehingglah ia dijadikan modal ketika kempen pilihanraya umum tahun 2004 dan 2008.

Sekali lagi, ia cuba digunakan di Kedah selepas kerajaan BN jatuh pada 8 Mac 2008. Selang beberapa hari Berita Harian mengeluarkan berita bahawa seluruh Tadika Kemas di tutup di Kedah dan ia telah dinafikan oleh kerajaan PAS/PR malam Datuk Seri Azizan Razak memberikan kebenaran kepada Kemas untuk terus beroperasi.

Begitu juga di Perak kononnya arahan supaya dewan Tadika Kemas tidak dibenarkan untuk digunakan sehingga Datuk Seri Ir Nizar terpaksa membuat kenyataan bahawa kerajaan Perak tidak menghalang pengunaan dewan-dewan tersebut.

Hari ini, Kemas yang sepatutnya digunakan untuk mendidik anak-anak sekali lagi dipolitikkan oleh UMNO/BN. Saya menyebut ‘dipolitikkan’ kerana pendedahan perkara ini bukannya untuk menuntut keadilan namun sekadar untuk menggunakannya sebagai isu politik seperti mana yang telah dibuat sebelum daripada ini.

Pengurusan Kemas di Kuala Sungai Pinang dengan sengaja melakonkan sketsa bagaimana seorang guru sedang mengajar anak-anak Kemas di bawah pokok beralaskan tikar bercahayakan matahari yang terik. Untuk apa semua ini dilakonkan jika bukan kerana mahu media memaparkan kononnya jahat dan tidak berperikemanusiaan kerajaan PR yang memerintah Pulau Pinang. Tidakkah apa yang dilakukan di Pulau Pinang ini sama sahaja apa yang cuba dilakonkan di Trengganu, Kedan dan Perak?. Inilah modal politik murahan UMNO/BN yang menggunakan anak-anak kecil. Sepatutnya UMNO/BN yang perlu didakwa kerana menggunakan anak-anak kecil kerana kepentingan politik!.

Dalam suasana yang dihidupkan sesolah-olah tadika Kemas terus dianiayai oleh kerajaan PR, apa pula peranan media perdana dalam mendedahkan UMNO/BN melalui agensinya menutup dan mengganggu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh negara?.

Pernahkah media perdana ini menyiarkan berita bagaimana jentolak digunakan untuk merobohkan PASTI? Pernahkah media perdana ini menyiarkan bagaimana sepasukan anggota polis menyerbu sebuah PASTI di Melaka dengan menggunakan ’sub-mechine gun’ sehingga menyebabkan anak-anak PASTI dan gurunya trauma? Pernahkah media perdana ini menyiarkan bagaimana pegawai-pegawai JAIS, JAIS dan jabatan kerajaan yang lain digunakan oleh UMNO/BN untuk mengarahkan PASTI ditutup?. Jika adapun, berita yang disiarkan lebih menggambarkan bahawa PASTI yang bersalah, bersalah dan bersalah.

Media perdana di Malaysia ini perlu berhenti daripada menjadi pencacai kepada kerajaan UMNO/BN kerana masa depan parti tua bangka ini sudah hampir sampai ke penghujungnya, tidak lama lagi akan mati. Cukup-cukuplah dengan laporan yang berat sebelah dan penuh dengan tipu muslihat.

by Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.