Subscribe

Padan Muka BN/UMNO

Bila berlaku krisis yang lebih besar, barulah BN tersentak dari lamunan. Tersentak daripada keseronokan pegang jawatan haram di Perak. Mereka terlupa satu perkara.Speaker mempunyai kuasa penuh terhadap Dewan Undangan Negeri. Kes penggantungan MB dan 6 exco telah membuka mata BN, bahawa kerakusan merampas Perak memakan diri sendiri.

Bila berlaku sedemikian rupa baru nak terngadah. Baru nak rujuk undang-undang perlembagaan. Semasa merampas Perak, tidak pula memikirkan perkara ini. Permainan licik dan kotor BN telah makan tuan. Perancangan jahat yang dilakukan tidak akan menjadi licin, dan Allah akan membantu mereka yang teraniaya. Walaupun Malaysia memperuntukkan undang-undang, namun masih tiada undang-undang yang mampu mencabar dan melucutkan jawatan speaker DUN melainkan dengan pembubaran DUN.Apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Menyatakan Speaker menghina Sultan, Menghina institusi beraja. Padahal,tidak timbul soal menghina Sultan. Dalam erti kata lain, tidak timbul soal penghinaan dalam kes ini. Dalam Rukun Negara bukan sekadar ada Kesetian kepada Raja dan Negara sahaja. Dalam Rukun Negara masih ada "Keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Undang-Undang. Kesopanan dan Kesusilaan" .Dan 3 aspek ini adalah dominan,tidak wajar diperlecehkan, dan tidak menyalahi apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak.

Kata Mahfuz "Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka.

"Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini, katanya.


by JilFityan







15 comments:

IdaAnuar said...

senario politik hari ini...baca okey,tapi tak ada fikiran radikal macam jil...hui!takut betul kalau peristiwa 13 mei berulang(ada kena mengena tak?)

Anonymous said...

you just written a piece of rubbish.to what extend that the action of speaker to suspend those BN members is within his scope duty?please comment on it.As far as I am concerned that the speaker has acted beyond his given duty.He was suppossed to suspend those members when the DUN is in meeting

dariana said...

lagu tu pulak dah! nanti kita tengok apa dia peluru yang dibawa balik dari london.

Anonymous said...

ai ada orang marah marah kat sini. Biasa lah siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Jangan asyik menuding, tengok salah diri sendiri jugak. Sedap mulut kata artikel orang ni rubbish orang tu rubbish. Speaker ada kuasa. Mahathir sendiri iktiraf, malah mengatakan tindakan PakLah suruh lapor polis itu melucukan. Sepatutnya tindakan Paklah itu rubbish.

Apa yang ditulis penulis rasanya sudah betul. Dah terhantuk baru nak terngadah.. Alahai BN dan penyokong balaci BN. Kesiannnnnn

Anonymous said...

ahaha..jilfityan padam komen aku dgn komen yg dia sendiri buat atas nama anynomus.tapi dah kantoi.selaluu masuk mykmu maki hamun.kat sini td tulis mykmu.kat forum mykmu siaptulis mykemut.lucah.haha.mmg munafik la lu bro.konon baik..pirahhh.sendiri mai ingat.

Jil Fityan said...

Kadang-kadang kelakar membaca komen pembaca di blog ini. Terlalu emosi.Hehehe. Kadang-kadang penerangan dah jelas dan empunya badan pun sudah maklum,tapi ye lah.UMNO lah katakan.Hehehe.

Kita berbeza pendapat, saya ada hujah dan anda ada hujah anda sendiri. Tapi dalam masa yang sama,kita sama-sama menyingkap dan mencari kebenaran. Allah sudah kurniakan kita akal fikiran utk berfikir,maka gunalah akal fikiran yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

Apa yang kita kena persetujui hanyalah satu perkara. Walau apa cara sekalipun,jadikanlah agama islam, Al Quran dan hadis sebagai panduan hidup.Tup tap tup tap kita konar kanan dan kita konar kiri,kat situ jugaklah kita kena rujuk.

Berhubung tindakan speaker Perak, saya bukan tak mahu menjawab. Tapi perkara ni tak perlu nak susah susah utk difahami. Perkara senang sahaja. Bagi saya perkara ni tak susah apapun. UMNO berhujah,mengatakan Speaker Perak menyalahgunakan kuasa lah,gila kuasa lah,tak patutlah dan macam-macam lagi.Macam Menteri Pelancongan Azalina Othman yang nak tumpang glemer dengan mengatakan tindakan Sivakumar itu bermotifkan politik. Kata ini sbg taktik terdesak pembangkang.Ya lah memang lah.Kalau tak bermotif politik, takkan bermotif sukan dan Pelancongan? Apakah susah sangat ke nak paham yang semuanya digelanggang yang di panggil Politik?

Ahmad Shabery Cheek pula kata ada bukti penyalahgunaan kuasa yang begitu teruk. "Nasib baik mereka ini tidak berkuasa di peringkat pusat. Yang pasti kalau mereka mendapat kuasa yang lebih besar, banyak lagi penyalahgunaan kuasa akan dilakukan," kata nya lagi.

Haaa,,ini semua antara kenyataan Menteri² UMNO.

Aduhai,senang cerita macam ni lah.kalo betul Speaker Perak menyalahgunakan kuasa,so apa yang susah-susah sangat?? Kalau dah tuduh Speaker Perak menyalahgunakan kuasa dengan teruk spt kata² Ahmad Shabery Cheek,siap kata ada pula bukti macam kukuh penyalahgunaan kuasa yang teruk, tunggu apa lagi, pergi saman atau ambil tindakan tatatertib terhadap Speaker Dewan. Jadilah anak jantan macam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Apa susah sangat ke nak faham ???Ke nak paham dengan pergi London dulu?hantar wakil ke London untuk dapatkan khidmat nasihat Queens Counsel dulu.Macam tu ke?

p/s : Sepatutnya kalo rasa ada hujah dan rasa hujah anda betul, bukan mencari dimana relevannya tindakan Speaker perak,tapi mencari dimana silapnya tindakan Speaker Perak. Dimana tempat yang boleh disabitkan dan dibuktikan dengan undang-undang bahawa Sivakumar itu silap.

Jil Fityan said...

Hehehe. Dari awal lagi tak perlu berselindung siapa kita. Walau dimana kita berada,tak perlu nak berlindung dibawah nick Anonymous,apa nak ditakutkan?

Kalo sekadar untuk menyamar,sudah lama saya menyamar. Berani kerana benar takut kerana salah tak gitu? Saya sudah 2 kali di ban di MyKmu.Net. Bukan saya seorang,malah ramai lagi pejuang dari PR berdebat disana,dan tamat dengan di Banned dari sana.Dan semua sudah makruf,sekiranya orang UMNO disana kalah berdebat,langkah tak bijak dan paling glamour yang diambil adalah dibanned dari website tu.

hehehe..Tapi tak perlu nak dicerita panjang pasal MyKmu.Net di sini. Sekiranya anda dari sana, atau dari mana² saje,terima kasih kerana selalu berkunjung ke sini. Diharap menjadi pengunjung setia.

Saya tau,anda marah dan melenting dengan tajuk artikel saya " Padan Muka UMNO". Tapi nak buat macam mana,bersabarlah. Ini coretan saya,dan saya bebas mengeluarkan idea saya selaku penulis,dan anda bebas memberi komen selaku pengunjung.

Begitu juga saya bebas utk membalas komen pengunjung ataupun tidak.Dan kebiasaannya,saya tidak melayan komen yang dianggap pura² tak tau. Biar pengunjung lain sahaja yang menilai siapa saya dan siapa diri pengomen. Harap tidak simpan dihati.Hehehe

Anonymous said...

lawakla ko jilfityan..komen yg ko tulis sebelum ni kau dh padam.penakut.konon nk cover la guna bahasa baik.ko dh tersilap langkah.masa balas komen aku.pastu ko delete.mcm aku xdpt detek ko punya posting kat mykmu.maki hamun.mykemutla.pastu takut reader yg baca blog ko baca,ko padam komen aku dgn komen anynomus ko.nk menyamar baik.aku paste aku sini semua komen yg ko buat kat mykmu baru ko tau.konon kat blog ni.jadi baikla.bahasa sopan.putuih.pegi forum lain melalak maki hamun.pastu kp geng umno maki hamun org.abeskan skolah kau dulu.kenapa padam posting tu?takut kau kantoi ke?mat tu tanya apa peruntukan yg speaker pakai undang gantung zambri,ko sampai skang xdpt jwb.kan mat tu kan dh bgtau.sepatutnya speaker mmg bole gantung,tapi mesti masa dewan sedng bersidang.tu la dh nmpk kebodohan,pusing2 nak jawab.ke xreti bahasa inggeris?tu xpaham soalan mat tu tanya.tula masa orang suruh belaja inggeris,dok sibuk tutup muka buat demonstrasi dpn masjid rahman.hahaha.hello sedara,gua xmarah lu nk tulis padan muka umno ke apa.gua hanya persoalkan apa asas tindakan speaker tu?

Anonymous said...

kalao korang nk tau bahasa2 sopan si empunya blog ni,sila search la dalam forum umno.bagaimana id jilfityan ni.bagaimana sopannnya sorang pejuang pas.pastu dlm blog sini menyamar jadi baik.agaknya mcm tu kot pejuang tiruan pas ni.hahaha

Jil Fityan said...

hai cacing dah kepanasan.Sampai dah nak paste semua kat sini. Kalo sedara rasa tindakan sedara tu cerdik dan saudara merasa puas, maka buat sahajalah ikut sesuka hatimu.Paste sahaja apa sahaja yang sedara mahu kat sini. Ok jugak tu, sekurang²nya hujah saya dekat MyKmu.Net yang dibanned dibaca di sini.

Saya tak kata saya baik,apa yang saya tulis adalah bebas dan saya tak kisah penulis nak maki atau nak cakap apa sahaja terhadap saya.
Ini bukan kali pertama saya dimaki hamun, di MyKmu.Net pun dah banyak kali dimaki hamun. Sudah biasa wahai sedara.

Sama ada saya menggunakan bahasa yang baik ataupun kasar itu adalah hak saya. hehehe. So apa nak dikaitkan dengan PAS? Saudara ni sungguh melucukan.Kelakar jugak dengan saudara ni. Tak puas hati kalah debat di MyKmu.net sampai cari gaduh disini. Maaflah.Saya tak boleh berdebat di MyKmu.Net lagi sebab geng geng saudara dah banned saya. Tapi tak sangka ada yang tak puas dekat MyKmu.Net mahu meneruskan dekat sini.

Blog saya berbentuk satira,dan bahasa saya kadang² menjurus kepada satira. Tidak kira saya berada di MyKmu.net ke, Tranungkite.net ke, kat Blog ke,saya berhak menulis apa sahaja dan ragam bahasa apa yang saya pakai. Itu hak saya. Kan sedara kata demokrasi. Hehehe.

p/s : Macam² ragam pembaca. Tapi saya percaya ini pembaca baru kat blog ni. Dia kepanasan.

Jil Fityan said...

Saudara nak asas ke? isk.. sebelum jawab pasal asas tu apa tindakan speaker Perak banyak "asas" lagi yang perlu dijawab terlebih dahulu. Cuba pikir pikir balik. Ingat ingat balik. Time Perak stabil di bawah pemerintahan IR Nizar. Tup Tap tup tap jeng jeng jeng.. ~!!

hehehe. Ingat dah siapa punya angkara? hehehe. Dan pasal keputusan Speaker yang dibuat diluar sidang DUN,ada peruntukan negeri ke yang menyalahkan tindakan tersebut?Speaker tidak melanggar peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak.Saya ulang, "Peruntukan di Dalam Negeri Perak" faham ???

Peruntukan dalam perlembagaan sendiri berhubung keputusan Speaker inipun tak jelas,jadi andaian ia adalah salahguna adalah tidak tepat.Apa yang dilakukan Speaker disini adalah pegang dahulu,apabila sidang bersidang barulah didebatkan perkara ini dalam sidang dewan utk pengesahan. Perkara ini tidak salah . Lagi pula peruntukan keputusan Speaker ini sudah mengikut dan tidak menyalahi perlembagaan negeri Perak yg lama (sekarang),dan tidak pernah dicabar oleh mana² pihak.

Dan mengenai peruntukan Kuasa Speaker inipun tidak dibincangkan dengan detail pun didalam dewan DUN,bukan sahaja di Perak malah negeri lain sekalipun.Dan hal ini adalah berbeza dengan perlembagaan perseketuan,yang banyak sentuh pasal freedom,hak kebebasan,tapi perlembagaan negeri tak ada.

Lagi pula,perkara ni bukanlah bersifat kekal, dan masih boleh dipertikaikan dalam sidang DUN akan datang.Yang mempunyai kuasa mutlak,adalah sidang dewan tu sendiri.Dan tindakan Zambri nak ambil tindakan undang-undang adalah tak betul. Kerana dalam peruntukan perlembagaan negeri Perak sudah menjelaskan bahawa keputusan Speaker adalah muktamad. Final dan tidak boleh dicabar di mahkamah sama sekali. Senang cerita, keputusan Speaker dan keputusan di dalam DUN tu sendiri tidak boleh dipertikai di mahkamah. So apa jalan keluar daripada semua ini?

Bubarkan DUN, adakan pilihanraya balik. Jelas??? hehehe..

p/s: Tulah saya kata, kadang² rasa malas nak balas komen² cap ayam dan pura² tak faham ni.

Jil Fityan said...

Berani kerana benar,takut kerana salah.Saya berani pakai nick saya di blog MyKmu.Net.Dan saya tau sudah tentu Forumer disana akan mencari saya di dunia maya ini.Lagipun saya dah dua kali kena banned. Dan saya jamin kalo saya register lagi sekali,berdebat lagi sekali dengan geng UMNO di MyKMU.Net, sudah tentu saya dibanned lagi di sana. Saya sudah biasa dengan tektik moderator Pak Pandir kat sana. Agak kalah debat maka dibanned user.Hehehe.

Jangan marah².Kita bebas menyuarakan apa sahaja di blog.Malah sedara pun maklum,banyak lagi blog kat Malaysia ni seperti blog saya,so apa nak heran dan apa yang saya nak heran?Dan rasanya saya masih beretika,masih ingat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan. Sekurang²nya semasa menulis saya tak lupa. Tak macam MyKmu.Net yang suka mengfitnah spt mana yang berlaku kepada Dr Halimah,dan terbaru boleh disabitkan dibawah Akta Hasutan terhadap dakwaan Speaker Perak bhw MyKmu.Net berniat menghasut rakyat membunuh Speaker Perak. Hehehe.

Lagi satu,tak salahkan sedara pakai nick sedara yang benar kat sini? Leh berkenalan. Hehehe.

Anonymous said...

belajar akademi islam.cakappsl islam.tapi kat forum lain memaki cakap lucah.oo itu hak kau yer?ust mana yg ajar maki hamun itu hak peribadi?dah kantoi nk cover?ha ha ha.inila topeng pejuang pas tiruan.konon pejuang islam tapi pakai topeng.dpn tok guru belagak baik.belakang mcm setan.ha ha ha.lagi satu nak bgtau..xde orangla nk cari ko kat intenet ni.aku terjumpa pun secara tak sengaja.buang masa nak cari maklumat psl kau..kau tu budak lagi..spender mak bapak belikan lagi.dari aku cari psl kau..baik aku cari psl nizar ex mb atau maklumat psl karpla singh.sedola diri kaau tu.xguna nk debat dgn kau.ilmu budak kecik lagi.ha ha ha.perasan ingat org nk cari dia?ingat glemer sgt ke hang?byk lagi forumer pr yg masuk mykmu yg lebih educated da matured yg bole aku cari maklumat dari buang masa cari psl hang.budak skolah xabes.hahahadah terkantoi dh cover..sendir mau ingat.lu fikir sendirila bro.

Anonymous said...

satu lagi sebenarnya xde pun org lain kasi komen.gua rasa lu sendiri yg komen tapi pakai byk id la.luckygirl la apa lagi id ntah.konon nyamar org lain yg kasi komen padahal sendiri yg kasi komen.hahaha.aritu dh terkantoi.ingat lg kan anda dah terkantoi sampai padam komen tu?ha ha ha

Jil Fityan said...

Setelah saya memberi jawapan panjang lebar pasal Speaker,si sedara yang berselindung bawah ID Anonymous makin kepanasan. Tak apalah. Jawapan macam ni selalu boleh dijumpa di MyKmu.Net,jawapan educated dan matured la katakan.Lepas tu kalo kita debat lagi terus dibanned. Hehehe.Sudah lali dengan jawapan menghentam peribadi macam ni.

Sblm ni saya diam je malas nak komen apa pembaca tulis.Saya sudah tau saudara dari dulu lagi ikuti blog saya. Dan komen lantang semuanya adalah ditulis oleh saudara.Saya saje je malas nak membalas.Dan bila saya membalas,jadi macam ni lah. Bila saya memberi hujah yang dikehendaki iaitu pasal Speaker Perak,anda akan mengakhiri dengan menghentam peribadi. (Teringat kes Shaberry Cheek menghentam peribadi Anwar Ibrahim semasa debat minyak di TV1)

Lagi satu,Saya tak heran apa sahaja yang saudara cakap kat sini.Sepertimana saya tak heran dibanned di MyKmu.Net.Dan saya tak heran sikitpun dengan perangai orang MyKmu.Net suka mengfitnah,hasut, dan lain². Banyak bukti depan mata. Rakyat pun leh fikir sendiri.

Tak perlu nak warning saya utk beringat,sebab saya selalu beringat.Insyallah. Yang selalu lupa dan mudah fitnah,hasut,ugut adalah rakan² anda di MyKmu.Net sendiri. Mengaku jugak akhirnya orang MyKmu.Net.

Asam garam dalam berjuang.

p/s: Makin banyak anda komen lagi bagus di sini. Saya ska orang yang mengaku matang dan educated ni.Jarang anak melayu mengaku macam tu.Hehehe.

p/s 2: Saya duk heran apa benda yang lucah,terkeluar daripada penulisan saya diMyKmu.Net ni.Dok perati je dua tiga komen si anonymous yang tak berani pakai ID sebenar ni. Sungguh rajin fitnah orang melucah disamping menganggap diri educated dan matured.

p/s 3:Adakah saya panggil MyKmu.Net tu dengan MyKemut.Net itu dikira melucah?aik.. Susah cakap dengan orang terlebih educated dan matured ni.

p/s 4: Ni lah orang UMNO yang perjuang bahasa Inggeris (isu PPSMI),bahasa Melayu pun fail.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.