Subscribe

Pakjib Mudah Lupa - Corong Kita



Ini Dato' Najib Kena Jawab-Sumpah Zul Helmi - video powered by Metacafe


Nampaknya PakJib ni benar-benar anak murid tegar Mahathir bilamana masih lagi percaya pada slogan keramat gurunya "Melayu Mudah Lupa".

PakJib mungkin terkhilaf, yang mudah lupa bukannya Melayu...yang mudah lupa ialah Melayu yg di'Umno'kan saja. Melayu sekarang sudah beringat-ingat. Melayu sekarang sudah mampu berfikir secara waras. Melayu hari ini tidak akan termakan dengan gula-gula manis Umno. Dan yang paling penting, Melayu sekarang sudah pasti akan menghumbankan Umno dalam pilihanraya akan datang. Percayalah.

PakJib silap jika beranggapan Melayu sudah lupa tentang perbuatan beliau yang telah lalu. Kerana itu PakJib masih lagi menggunakan kaedah lamanya dalam kemelut kehilangan 2 orang Exco Perak dari PKR. Klip video di atas sudah lama tapi PakJib masih belum berani menjawabnya. Sepatutnya sikap 'berani' bersumpah di Permatang Pauh dilakukan sekali lagi dalam hal ini. Malaysia bakal ada spesies sesumpah baru yang akan bersumpah mengikut musim dan keadaan tertentu. Di Perak tidak lama lagi akan muncul sesumpah tersebut, kita tunggu saja di masjid mana sesumpah itu akan hinggap nanti.

Keajaiban juga berlaku di bumi Malaysia hari ini. Bilamana 'orang hilang' yang dicari-cari selama lebih kurang seminggu tiba-tiba saja bersuara menafikan meletak jawatan. Dah puas serata tempat ditanya. Dah keluar tv pun anak-bini mencari. Tak diketahui kemana hilang tenggelam. Tup-tup muncul kenyataan yang mereka sebenarnya kurang sihat dan ada m.c. Kurang pasti pula siapa yang keluarkan m.c tersebut. Cuma kalau dah tak sihat mengapa tak berehat di rumah bersama keluarga??? Atau mereka berdua sedang mengamalkan perubatan tradisional yang mensyaratkan kena bertapa dalam lubang gua dan tak boleh bercampur-gaul dalam tempoh tertentu.

Saya kurang arif dan ingin bertanya samada di Pekan ada gua atau tidak. Saya juga kurang arif tentang penyakit apa yang sedang dihidapi. Ada juga dengar desas-desus penyakit merbahaya yang belum ditemui penawar namanya 'al-fulus'. Yang merawatnya bukan doktor di hospital tapi satu jenama lama yang diberi nafas baru bergelar SPRM.

Saya juga teringat tentang 'tagline'-buang tabiat, yang selalu orang-orang tua dulu gunakan untuk mengambarkan bahawa ajal, penamat, 'the end' sesuatu benda akan terjadi dalam masa terdekat. Perkara-perkara pelik, lapuk, 'dummies' akan dilakukan oleh si polan si polan. Dalam masa 60 hari lagi kita semua akan mengetahui siapa yang bakal ditamatkan riwayat oleh rakyat Perak. Dah lebih 50 tahun asyik buang tabiat tiap kali pilhanraya. Terkini buang tabiat di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.


Selamat jalan Umno.....dulu, kini, selamanya.

Dipetik dari Corong Kita







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.