Subscribe

Polis halang program 'Jom Sertai PAS' -HarakahDaily

Bashir Ishak
Sat | Feb 14, 09 | 5:17:36 pm MYT

Terkini: | ALOR STAR, 14 Feb (Hrkh) -Program pelancaran Jom Sertai PAS di Alor Star berhadapan Pekan Rabu dihalang polis atas alasan keselamatan.

Sebelum ini, pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) telah memberikan permit kepada penganjur untuk meneruskan program tersebut.

Antara pimpinan PAS yang hadir dala program tersebut adalah, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, beberapa anggota Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah.

Orang ramai kelihatan memenuhi ruangan pekarangan Pekan Rabu untuk menyertai kempen yang dianjurkan pihak pemuda PAS.

Dalam pada itu, pihak polis dianggap biadap apabila menutup suis pembesar suara sebanyak dua kali dalam program yang mendapat sambutan masyarakat sekitar petang ini.

Pertama, adalah apabila kumpulan nasyid sedang membuat persembahan dan kali kedua adalah apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mussodak Ahmad sedang berucap.

Selain itu, pihak polis juga merampas 'bunting' kempen 'Jom Sertai PAS' dan 'backdrop yang digunakan dalam majlis tersebut.

Sementara itu, usaha Salahuddin dan Ustaz Mussodak untuk berbincang dengan pihak polis menemui kegagalan dan akhirnya pihak polis menyuraikan semua yang ada di kawasan tersebut.

Tulis sambungan post di sini

by JilFityan







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.