Subscribe

Politik Kotor BN di Perak

Semalam,Kerajaan Perak telah membubarkan peringkat Dun seluruh negeri (walaupun tidak mendapat perkenan sultan) dan juga pengisytiharan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kerajaan BN yang bakal bertapak di Perak.Suasana gawat ini berlaku rentetan 2 orang adun dan sorang adun lagi dari DAP telah menyistiharkan keluar dari parti dan menjadi BEBAS. Sementara seorang lagi ADUN Bota yang telah menyertai PKR telah kembali kepada UMNO.

kelmarin,berita menyiarkan ADUN DAP menafikan bahawa dia akan melompat ke dalam UMNO. Tetapi malam tadi tanpa segan silu, (bersama bekas adun PKR yang melompat ke BN) berada di belakang Najib semasa pengisytiharan untuk penubuhan Kerajaan baru BN di Perak (bakal). (Berita ini seolah-olah mengiyakan segala pertuduhan membeli adun-adun ini walaupun beliau menafikan menggunakan tektik ini. Pengisytiharan Kerajaan Negeri BN di Perak bermakna 3 ADUN ini menyokong kerajaan Barisan Nasional. (sumber HarakahDaily /Malaysiakini)

Apakah yang telah berlaku kepada politik BN ?? Kenapa sampai begitu sekali?? Sungguh kotor dan sangat menjijikkan. Terasa pedih dan pilu bila maruah manusia begitu mudah diperdagangkan. Dijual beli dengan sewenang-wenangnya. Rasuah berleluasa. Politik yang begitu jijik ini membuatkan rakyat semakin loya dengan Barisan Nasional.

Hai BN,buatlah sesuka hatimu semasa di dunia. Tapi ingat, diakhirat Allah akan membalas segala apa yang kalian lakukan."Al Rasyi Wal Murtasyi Finnar " .. Pemberi rasuah dan penerima rasuah adalah di neraka..Dan ingatlah, pengambil alihan yang kotor ini tidak akan lama. Moga Allah akan membalas suatu hari nanti kepada golongan² manusia begini.

Lompatlah.. Biarkanlah.... Usahlah berdalih itu dan ini..( dengan alasan tidak percaya kepada kepimpinan Negeri Perak walhal kamu hilang 5 hari, kata cuti sakit dan herannya tidak dapat dihubungi.. Anehnya bila maujud dok belakang Najib).. Diharap,rakyat sedar, bahawa beginilah politik sebenar BN.. Memalukan, memualkan.. dan sangat ... menjijikkan...

10 kerusi dimenangi BN dengan majoriti kurang 1000 pada PRU12

N10 – ALOR PONGSU majority 95
N15 – TRONG majority 916
N16 – KAMUNTING majority 555
N23 – MANJOI majority 348
N35 – MANONG majority 749
N36 – PENGKALAN BAHARU majority 14
N43 – SUNGAI RAPAT majority 636
N5 – SELAMA majority 355
N53 – RUNGKUP majority 454
N6 – KUBU GAJAH majority 66

7 kerusi dimenangi BN dgn majoriti antara 1000 dan 2000.

N19 – CHENDEROH majority 1,039 (2,826 in 2004)
N21 – LINTANG majority 1,367 (5,839 in 2004)
N34 – BUKIT CHANDAN majority 1,694 (3,613 in 2004)
N38 – BELANJA majority 1,887 (3,143 in 2004)
N42 – TUALANG SEKAH majority 1,569 (3,311 in 2004)
N48 – SUNGAI MANIK majority 1,354 (3,599 in 2004)
N49 – KAMPONG GAJAH majority 1,416 (5,017 in 2004)

kawasan2 diatas dijangka di sapu oleh pakatan jika diadakan pilihanraya semula.







2 comments:

Moriantes said...

2 ADUN bermasalah ini diterima, andaikata gugurnya pertuduhan rasuah kepada 2 ADUN ini maka secara otomatiknya rakyat akan menjustifikasikan bahawa BN memang membeli 2 ADUN murahan ini.

Anonymous said...

TULA SAPA SURUH BELI DATO' NASA...AKU RASA DALAM URUSAN JUAL BELI NI BN LAGI TERER LOO..
ANWAR KENA BIT UP SIKIT LAGI UNTUK DAPATKAN ADUN2 BN NI..KALO DIORANG PAKAI RINGGIT MALAYSIA..KITA PAKAI DOLAR...SURE TENGANGA PUNYA ADUN BN TU..AYOOO..AMERIKA OUR FRIEND MAAA...KAWTIM2 LA..

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.