Subscribe

Ibrahim Ali - terjerit dengan slogan munafik


Yang paling lantang menjerit malah seakan melolong perkataan munafik adalah Ibrahim Ali baru-baru ini. Beliau memberi komen mengenai sekejap sokong dan sekejap tidak sokong – memberi tahu rakyat terpedaya dengan pidato dan sebagainya. Namun ramai antara kita dalam sirkulasi politik tahu mengenai Ibrahim Ali. Kita amat kenal perwatakan beliau – yang dilabel sebagai politik katak lompat tetapi kemungkinan didefinisikan oleh beliau sebagai hijrah. Hari ini beliau lantang membidas kononnya prinsipal yang tidak kukuh khususnya dalam PR dan rangkaian media arus perdana heboh memperkatakan mengenai moraliti ahli politik.

Sebenarnya Ibrahim Ali perlu disedarkan mengenai persepsi masyarakat terhadap beliau. Beliau yang sering lompat parti lupa untuk memperkatakan mengenai moral politik beliau sendiri. Tadi di parlimen Ibrahim Ali melolong mengenai kejijikan beliau mengenai kepimpinan munafik yang hipokrit. Mungkin beliau juga perlu disedarkan mengenai apa yang dicakapkan mengenai moral dan hipokrasi politik.

Apa pun Ibrahim Ali bukan ahli politik yang relevan lagi malah kalau beliau dikatakan berusaha untuk kembali dalam UMNO maka istilah katak lompat mungkin sesuai dengan perjalanan politik Ibrahim Ali. Apa kata anda.









7 comments:

Anonymous said...

mana p sume UlaR Mak...bila depa nk nasihat Pk Berahim ni...

Luckygirl said...

Dulu Pas kasihankan Brahim Ali, datang berjumpa dengan Tuan Guru, mohon maaf semasa nak minta jadi calon bebas atas tiket PAS. PAS kasi, krana muka Brahim Katak masa tu sudah insaf.

Rupanya Katak ni masih tak sedar diri lagi. Dan tau menumpang,nak lawan tokey.Buat kepala semua tau pulak tu.

Hai katak, katak ini tak perlu cakap pasal soal munafik. Anda tidak ada kelayakan wahai katak.

Luckygirl said...

kalo nak cakap pasal Munafik, tengok diri sendiri dulu lah katak.

chua said...

Renungi sifat MUNAFIQ dalam Hadith Rasulullah SAW berikut:
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Apabila bercakap ia dusta - Katak suka melompat tiada pendirian

apabila berjanji ia mungkiri- berjanji dengan PAS untuk kerusi Pasir Mas

apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar)- katak melompat bukan menjerit nak menang

agaknya IBRAHIM KATAK ada ciri-ciri yang disebutkan..

Anonymous said...

Apa kata aku..Aku kata PAS patut keras desak Ibrahim katak letak jawatan..ambik tandatangan orang Pasir Mas suruh dia letak jawatan!!!
Jangan duk bagi katak ni biadap lagi dekat PR..Ibrahim kalu mu meney bawah dacing..aku tak kisoh..memey mu doh jenis tu..tapi mu meney dengan ehsan PAS...pastu mu tok kenang budi...gi mampuh mu!!!

pok_min said...

mmg betul si pokhim katak.cuma apa yg dia kritik tu betul la.dah dia bebas.dia bukan bwh parti pas or umno.apa salah dia kritik.pas kene la terbuka.rasanya dia xkritik pas.dia kritik pkr.kalau demo tgk betul2 pok him ni,umno pun dia belasah kritik.pkr dap pun dia belasah.kalau apa yg dia ckp betul tu,terima jelah.apa salahnya.xkan bila dia kritik umno je kite bole terima.

Anonymous said...

Memang die tak kritik PAS. Tapi dia kena sedaq la dia tu sapa. Penulis ni nak habaq mai sifat munafik yang pak him dok jaja tu. Dan dia tak sedaq ka yang diri dia tu pun munafik.. hang tengok dah brapa banyak kenyataan dia kuar dari dulu sampai skrang. ada tak ciri munafik kat pok brahim ni?

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.