Subscribe

SPRM faham ke Perlembagaan?

Asas perlembagaan negara perlu dihormati. Prinsip demokrasi dalam negara yang mengiktiraf doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman juga perlu dihormati.Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Speaker Perak, V.Sivakumar membayangkan badan itu tidak memahami asas perlembagaan negara dan negeri serta menghina doktrin² ini.

Menyiasat speaker tanpa kesalahan yang jelas telah meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Speaker Perak membuat keputusan secara sah,dan tiada undang² yang boleh membatalkan keputusan dan mengaitkan dengan apa² kesalahan disini. "Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi Dun dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku," kata Sivakumar.

Siasatan keatas Speaker jelas telah menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.SPRM faham ke Perlembagaan?

by JilFityan







1 comment:

mountdweller said...

Tugas bodoh yang dilakukan oleh manusia bangang yang diangkat oleh pemimpin tidur

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.