Subscribe

Tabika Kemas di Tutup .. PR di salahkan ?

Rasa nak termuntah bila melihat gelagat tv3, yang menyiarkan berita mengenai Tabika Kemas yang ditutup dengan rantai motorsikal, dan disalahkan dan bertanggungjawab atas tindakan ini adalah pemimpin Pakatan Rakyat. Begitu mudah membuat konklusi. Sebagai media elektronik yang mempunyai rating yang tinggi,Tv3 suku ini perlulah cerdik dan relevan. Janganlah menampakkan kebodohan yang ketara. Kebodohan ini adalah kebodohan melampau.

Isu mencari publisiti murahan sudah boring untuk ditonton dan didengar. Digambarkan seolah-olah Pakatan Rakyat ini begitu jahat, sehinggakan budak tabika pun menjadi mangsa. Sudah lah.. Hentikan lah.. Sepatutnya tv3 perlu menyiasat terlebih dahulu berita ini, dapatkan kepastian daripada pihak yang bertanggungjawab. Bukan mendapatkan jawapan atau kenyataan daripada orang yang tidak diperlukan, seperti ketua UMNO bahagian. Sepatutnya Tv3 suku kena cerdik,berjumpa dan mendapatkan keterangan daripada pemimpin yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan tersebut (itupun kalau ada yang buat arahan itu). Dapatkan kebenaran berita tersebut, lepas dapat pengesahan daripada Kerajaan Pulau Pinang barulah dedahkan kat Tv..Haaa.. ini baru cara betul,relevan, kalau Karam Singh Walia yang membongkar sesuatu kegiatan tidak bermoral (mengenai alam sekitar) boleh terus dapatkan keterangan daripada pihak berwajib, kenapa berita ini perlu berat sebelah? Kenapa perlu bias dalam hal ini? Kalau betul berani, dapatkan keterangan daripada Kerajaan Pulau Pinang. Bukan main redah beritakan perkara yang tidak pasti. Malu la Tv3 suku, nampak bodoh lah.. Sorry to say la tv3 suku..

Mengenai persoalan tabika ditutup pula, pernah berlaku kepada kerajaan negeri Kedah dahulu,selepas PRu12, sebuah tabika ditutup dan terus tv3 suku yang tidak berapa cerdik menuduh perbuatan ini adalah dibawah arahan kerajaan Negeri Kedah. Dan bila diselidik, ternyata ada pihak yang sengaja membuat jahat agar Pakatan Rakyat di pertanggungjawabkan. 2 orang lelaki yang menyamar pemimpin KeADILan itu berjumpa penyelia tabika dan dewan orang ramai, mengarahkannya mengosongkan premis dan menyerahkan kunci. Kerajaan Negeri Kedah dan juga Parti Keadilan Negeri Kedah begitu kesal dan menafikan perkara ini. Namun ada disiarkan di kaca televisyen penafian ini?? Khususnya tv3 suku ?? Ada ??

by Farhan Shah






5 comments:

Farhan Shah said...

Teringat teman saya bercerita, peristiwa yang berlaku di Kedah, kerusi di BalaiRaya dicuri. Lantas si pencuri menuduh semua ini adalah perbuatan khianat orang KeADILan. Rata-rata dijuakkan dan dihebohkan seluruh kampung mengatakan ini perbuatan PKR. last-last, ada yang pergi selidik si astora jabat ini (pembuat cerita) . Terjumpa kerusi-kerusi di balairaya di rumah dioarang.. Rupanya diorang curi dan tuduh orang PKR..Terus berita itu senyap ..

Anonymous said...

Mudah2an PR dapat mengambil alih pemerintahan Negara Malaysia. Masa tu, TV3 kita batalkan permit penyiaran. Tak sabar aku nak tengok mereka merayu-rayu pada kerajaan masa tu.

Farhan Shah said...

nak tunggu apa berita susulan daripada tv3 suku ... Rakyat marhein pun leh pikir la tv3 suku...

Anonymous said...

Yang aku hairannya..kata pintu pagar kunci, kenapa gambar boleh diambil dari dalam. Rantai motor diikat dengan dawai hijau je, selak pun takde, tapi ade mangga.. pelik le...
"

Sharul Mizwan said...

Assalamualaikum,

Kalau menurut pada pandangan saya yg x seberapa ini, TV3 adalah satu medium penyebaran ilmu dan maklumat kepada semua warga Malaysia. Mengenai berita yang disiarkan benar atau salah, bukanlah hak kita untuk menghukum, tetapi, hak Allah S.W.T. Saya akan percaya apa-apa berita dari media Malaysia kerana menjadi hak dan tanggungjawab mereka utk menyampaikan berita yg sebenar-benarnya. Tapi, andai mereka menfitnah atau menipu dalam penyiaran berita mereka. Bagaimana untuk kita ketahuinya? Jadi, kita hanya perlu percaya kepada mereka dan menyerahkan kuasa penghukuman dan pengadilan kepada Allah S.W.T. Andai mereka menipu, mereka akan mendapat dosa. Tapi, kita jgn cepat menfitnah mereka. Jika begitu, kita yg akan mendapat dosa. Semoga menjadi renungan semua.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.