Subscribe

Ugut, Hasut, Fitnah - Itulah realiti sebenarnya

 
Gambar ini adalah bukti fitnah salah seorang Forumer di MyKmu.Net terhadap Dr Halimah.Klik di gambar utk besarkan size

Tak menghairankan sekiranya Karpal Singh terima ugutan peluru, dan Karpal Singh membuat tuduhan sedemikian terhadap Pemuda UMNO. Bukan mahu membackup Karpal Singh, tapi sekiranya difikir dan dilihat kepada beberapa insiden beberapa hari lepas, sudah membuka mata kita dan memberi signal positif apa yang didakwa Karpal Singh perlu diamati sedalam²nya.

Kes² yang berlaku sejak kebelakangan ini semuanya kerana krisis di Perak, ketidakpuasan terhadap IR Nizar yang tidak mahu letak jawatan,dan kerana keputusan Speaker Perak menggantung MB dan 6 Exco Perak. Tidak timbul soal derhaka kat sini,jauh sekali.Haiii politik UMNO ... Menyedihkan ...

Adun Pakaran Rakyat, Khalil Idham Lim (Titi Serong) dan Adun Caning Wong Kar Wah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Kontijen Polis Ipoh semalam berikutan tindakan laman Web mykmu.net yang memaparkan tulisan dari editornya yang disifatkan tidak bertangungjawab dan boleh menaikkan kemarahan orang ramai untuk bertindak ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.


Editor laman web tersebut menulis antaranya menyebut, "Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di Dun Perak dan Selangor."


"Tulisan itu jelas satu usaha provokasi bagi menaikan kemarahan orang orang Melayu untuk bertindak sesuatu ke atas Speaker Dun Perak, V Sivakunar," jelas Khalil


Dalam satu perenggan ditulis seperti berikut, "Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negeri Perak Darul Ridzuan".


Adun Psakatan Rakyat memandang berat tulisan tersebut yang boleh mengundang kecelakaan kepada Speaker Dun Perak, oleh kerana itu laporan polis dibuat demi keselamatan V Sivakumar, katanya


Laman web Mykmu.net sebelum ini juga menyebarkan fitnah dan berita tidak berasas dalam satu kolum dua minggu lepas yang melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.

by JilFityan







4 comments:

Anonymous said...

ya mmg kat mykmu ade berita2 mcm tu.itu mmg diakui.sbb susah utk tapis berita2 mcm tu.cuma kaalau mykmu itu suka hasut,ugut,fitnah?cuba hang buka tko pujaan hang.xde ke benda tu?yg kata sultan azlan dh murtad tu dari mana?yg maki harusani tu dr forum mana?yg maki raja2 tu forum mana?yg fitnah dan gossip cite psl pemimpin tu dari mana?aku amek dua cth yg berbeza.cthnya kes eli.org2 pas kata dia non muslim so dia nk bersekedudukan dgn sapa2 pun bole.itu bolee diterima jika dia bersekedudukan dgn non muslim juga.bagaimana jika dgn muslim.kalau aku katakan ianya zina.korang ckp xbole sbb xde saksi.ok that fine.cth yg kedua..korang pakatan rajang menuduh najib tun razak ade affair dgn altantunya.hubugan sulit.korang ade 4 saksi kenak kata najib ade hubungan sulit dgn althantunya.kalau setakat dgr keterangan dari pihak ketiga atau hearsay evidence,tu xberguna.atau ianya hanya gossip2.tu aku ckp blog hang ni berat sebelah.kenapa satu2 perkara yg pakatan ranjang buat(PR) yg tak betul,korang defend?in fact xlaporkan or komen.yg umno buat saah tu mmg byk xdinafikan.cuma aku tgk posting hang kalau even benda tu salah pas buat,hang nk cover.pusing2 kasi jawapan.dan satu lagi nk bgtau..aku masuk blog ko ni xsengaja je.serach kat google psl isu karpla singh.jumpa blog sampah ko ni.xminat pun aku nk promote blog sampah ko ni.sbb ko tu budak uni lagi..kencing pun bercabang lagi.duit minta dgn mak ayah lagi.ade hati nk berpolitik.habiskan pengajian lepas tu bercawatla dgn politik.ni tidak budak2 akademi islam sibuk dgn pas mereka.bole je politik tp kalau pengajian cam taik result exam hentikanlah.akhir sekali aku nk bgtau..ko sebenar dh terkantoi dgn komen ko yg ngku akhirnya masuk mykmu.kenapapadamkan komen tu?takut orang baca ke?aku sebenarnya nk confirmkan id jilfityan the return tu milik ko ke x.so bila ko dh akui.baru aku taula perangai hang.kat bllog sendiri guna bahasa sopan santun.kat forum lain maki hamun melucah.in fact aku ade posti2ng id lama ko sebelum kene ban yg hang gunakan bahasa2 yg indah.cakap ibrahim ali munafik,padahal diri sendiri tak ingat.sendiri mau ingatla bhai.bye2.xingin dh aku masuk blog sampah budak kencing bercabang ni.hahaha

Jil Fityan said...

Fuh marah betul orang MyKmu.Net. Mengganas di sini. APakata saudara pakai ID je ID saudara di MyKmu.Net di sini.Leh? hehehe.

Nak jawab mengenai apa dulu ni?Kes Elizebeth Wong?Hehehe.Sedara,baca disini mengenai mengenai kes Elizebeth Wong,Saya ingin bertanya kembali, Apakah kesalahannya? Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan? Sejak bila? Ianya mungkin amalan yang pelik bagi sesetengah golongan, tetapi ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Lainlah kalau berbogel dikhalayak ramai.

Ada yang menambah dan mengatakan ini bukti kurangnya moral kerana pasti YB Eli mempunyai hubungan seks dengan orang yang mengambil gambarnya. Itu sekali lagi andaian dan sekiranya YB Eli seorang Islam, nak dituduh zina sebegitu, pihak penuduh perlu membawa 4 orang saksi. Kalu tiada, diam! Andaian-andaian tak main. Boleh jatuh kazaf.

Malahan, sekiranya ada pengakuan dari satu pihak bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seseorang sekalipun, pengakuannya hanya tersabit kesalahan atas dirinya sahaja sebagai pihak yang mengaku bersalah, bukan keatas pihak yang satu lagi. Perkara ini yang orang BN tak faham.Begitulah adilnya hukum Islam.Ada si Helmi datang mengaku?Ada?

Hukum Islam tidak tergopoh-gopoh dan tidak ghairah untuk menyabit kesalahan seseorang. Kalau kita lihat pada kes-kes pada zaman Rasulullah (SAW), orang lelaki yang mengaku berzina tidak pula ditahan dan diseksa sehingga dipaksa memberitahu siapa wanita yang berzina dengannya. Yang mengaku sahaja yang dihukum. Malahan, yang tarik balik pengakuan, ditarik balik hukuman. Itu kaedahnya terhadap orang Islam. Tetapi, YB Eli bukan seorang Islam.

Jil Fityan said...

Kedua : Saudara mengatakan di TranungKite.Net, atau mana² blogger menabur fitnah. Betul ke fitnah? Sekiranya betul fitnah,saman sahaja. Macam Dr Halimah, macam Sivakumar,macam Karpal Singh, buat laporan polis kalo anak jantan. Sekali lagi, saman sahaja. Ada berani??

Hehehe.Yang menghairankan tidak pula kena saman. Dan menghairankan sekiranya perkara tersebut adalah fitnah,tidak pula pihak yang difitnah menyaman. Sebab apa? Sebab mulia ke? hahaha.

Usah berbicara mengenai kes kartun Najib dan Altantuya disini. Semua orang pun sudah faham kes kartun ini.Macam kes penulis blogger RajaPetra yang didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan terhadap kes Najib Altantuya dulupun cukup melucukan.

Sekiranya dibebaskan dari pertuduhan pun, Raja Petra tetap akan terus merengkok di penjara kerana sudah di ISA! Memang la buang masa mahkamah!Sikap pondan UMNO terserlah apabila menggunakan ISA ke atas Raja Petra.

Tiada bezanya Raja Petra mengaku salah atau minta dibicarakan kerana tetap akan dipenjara. Tindakan menggunakan ISA ke atas Raja Petra dan kemudian mendakwa pula di mahkamah menunjukkan kepada kita sejelas-jelaskan ketidakbijakan kerajaan.

Keadaannya samalah seperti mendakwa seseorang dengan kesalahan menjual dadah. Kemudian, tertuduh dimaklumkan bahawa sekiranya tertuduh didapati bersalah atau didapati tidak bersalah, tertuduh akan tetap dihukum gantung!Hahaha..

p/s : Saya nak cover saya ada dalil dan hujjah saya sendiri. Anda ada hujah anda sendiri?Anda hanya lantang disini,mengaku educated dan matured,tapi tidak pula berani berhujah balik setiap keterangan saya. Sudahlah saya bertempur di MyKmu.Net (masuk ke kandang UMNO) utk berdebat dengan geng² UMNO tak diberi kesempatan,, Sungguh dhaif geng UMNO yang gagal dalam memberikan hujah.

satu lagi, anda kata ini seolah-olah kali pertama anda masuk ke sini,tapi seolah-olah semua posting saya yang dua tiga minggu lepas anda tahu.Ai,bercabang ke? Kluk klek kluk klek ke? Ke jenis cam Pak Brahim?hahaha.

Apapun terima kasih sangat² kerana setia menjadi pengunjung di sini.Komen lah lagi.Saya suka membaca komen seorang yang educated dan matured.

Jil Fityan said...

Saya harap anda sertakan hujah anda sekiranya masih ingin menegakkan hujah anda.Baru gentle. Takpun berikan saya ruang utk berdebat di MyKmu.Net. Takpun anda bukak satu thread kat TKO dan cabar saya ke sana. Insyallah saya sahut cabaran anda. Saya tau anda seorang yang matured plus educated. Dan saya yakin anda seorang yangggg.....

PANTANG DICABAR ~!!(hehehe).

Adab berdebat,hujah dibalas dengan hujah. Jangan melampiaskan dengan membantai peribadi (sepertimana Shabeery Cheek membidas Anwar Ibrahim dalam debat Minyak).Kita berdebat secara gentle. Lagipun anda seorang yang matured dan educated (sekali lagi puji..hehehe).Tapi saya tak mahu lah ruang yang diberikan kepada saya utk berdebat di MyKmu.Net akan dibanned lagi kerana hujah saya.Saya tak kisah sekiranya anda ingin berdebat di ruangan mana sekalipun.Saya bersedia.

p/s : Adakah perlu saya mengatakan anda melucah di blog saya hanya kerana anda menyebut PR sebagai Pakatan Ranjang? Tak..Tidak sama sekali..Kerana itu tidak lucah bagi saya. Tapi kalo anda rasakan saya sebut MyKmu.Net dengan panggilan MyKemut itu sebagai melucah,itu terpulang.. Setiap komen anda dekat sini boleh dinilai sendiri oleh pembaca. Teruskan komen anda. Lagi sekali saya ulang, " Saya mengalu²kan komen anda yang matured dan educated kat sini". HeHehe

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.