Subscribe

Antara Khinzir dan Babi .. Ada beza?


Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden dan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda telah dikenakan tindakan tatatertib,masing-masing diharamkan bertanding jawatan Timbalan Presiden dan diberikan amaran, namun tidak diharamkan daripada bertanding.

Tak pelik sekiranya mereka didakwa atas tuduhan Politik Wang,kerana politik wang dan Parti UMNO adalah sinonim, khusus para pemimpinnya. Jadi tidak hairanlah sekiranya laporan rasuah mengjangkau seribu kes. Politik wang ini adalah bahasa popular yang digunakan dalam Umno tapi ia sedikitpun tidak berbeza dengan maksud "Rasuah" itu sendiri. Merujuk Kamus dewan Edisi Empat :

perasuah: orang yg memberi rasuah: Allah mengutuk ~, orang yg menerima rasuah dan perantara rasuah antara kedua-duanya.

Salah Laku :Perbuatan yg salah di sisi undang-undang spt menerima atau memberi wang suap (pecah amanah, menggelapkan wang, mencuaikan tanggungjawab dll).

sogok= wang ~ = sogokan wang rasuah (suap); makan ~ ki menerima rasuah, makan suap; menyogok 1. merodok (ke dlm), menjolok: ia mengambil gelasnya, ~ mulut kawannya dgn gelas itu; 2. ki memberi rasuah, me­nyuap; menyogokkan 1. ki memberi rasuah kpd, menyuapi: mereka bertindak, tetapi setelah disogokkan beberapa keping kertas merah, mereka segera diam; 2. menghulurkan, me­ngunjurkan, mengunjukkan: tangannya ~ dua cawan berisi arak kpd kami; sogokkan sebatang rokok kepadanya; 3. ki menge­mukakan (utk diterima, digunakan, dsb), me­nyorongkan, menonjolkan: sebelum murid-murid disogokkan dgn bahan-bahan pe­lajaran yg lebih formal, beberapa kemahiran persediaan haruslah dikuasainya; penyogok orang yg memberikan sogokan: ~ juga mesti didakwa di mahkamah.

Sementara Maksud Politik Wang :

politik wang: Kegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb

salah laku: Kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti

Nah, tiada beza antara Rasuah dengan Politik Wang. Kedua-duanya adalah perbuatan menyogok pihak lain tanpa tanggungjawab demi dapatkan sokongan secara haram. Kedua-duanya adalah tidak betul, dan HARAM di sisi ISLAM.Jadi permasalahan di sini, kenapa SPRM mengecualikan tindakan pembanterasan rasuah ini dengan alasan ia hanyalah kes dalaman parti?? Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno tetapi ia juga tertakluk di bawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dan mendakwa mereka dimahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.

Adakah kerana beralasan Politik Wang ini sebagai isu dalaman Umno maka ia dikecualikan daripada sebarang tindakan ?? Rasuah tetap rasuah walau dimana berada, dan walau dilakukan oleh mana-mana parti politik. Tindakan keras sepatutnya dikenakan kepada mereka kerana "Pengamal Politik Wang" adalah tidak pantas dan layak untuk menjadi wakil kepada rakyat.Lebih-lebih lagi dilakukan semasa mereka sedar,waras,tidak gila dan masih memegang amanah rakyat. Dalam parti pun tidak amanah,apatah lagi jaminan bahawa mereka boleh menunaikan amanah rakyat tanpa sebarang penyelewengan??

Kenapa disini SPRM diam membisu? Apakah antara khinzir dan babi, ada beza??Bukankah khinzir dan babi itu kedua-duanya adalah haram?? Dan kedua-duanya adalah berfizikal yang sama?


by JilFityan







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.