Subscribe

Bangsat? Siapa bangsat?


Bukan ingin melampiaskan kata² "bangsat" sesuka hati, tapi anda lihat lah sendiri video di atas. Betapa beraninya manusia, yang beragama Islam, menjadikan rumah Allah sebagai sasaran tembakan gas pemedih mata,sehinggakan bertaburan barangan pecah di dalam masjid,akibat tembakan gas pemedih mata FRU/Polis. Wajarkah dipanggil bangsat?

Sungguh keji dan menjijikkan bila FRU dan Polis bersekududukan menjadi tali barut BN. Sewajarnya perkara ini tidak dipolitikkan, dan demonstrasi aman ini bukanlah ingin membuat rusuhan dan seumpama dengannya. Bukanlah ada agenda politik yang terselindung. Hanya ingin mempertahankan Bahasa Melayu, bahasa ibunda rakyat Malaysia,adakah salah? Sudahlah mereka (pemimpin BN) tidak mahu perjuangkan bahasa Melayu (Berani tunjuk keris sahaja), malah gerakan protes rakyat yang ingin memperjuangkan bahasa Melayu ditentang habis-habisan. Begini ke UMNO yang saban hari dok laung "Melayu Melayu"??

Kata Pak Samad yang menyertai demo pada hari itu:

"Saya kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa.." Luahan kekesalan daripada Pak Samad Said apabila pertama kali berpengalaman menghirup 'udara segar gas pemedih mata yang nyaman dan enak itu'.

Pak Samad benar-benar terkejut dengan tindakan zalim kerajaan BN yang memperkudakan Polis untuk berdepan dengan rakyat yang tidak berniat untuk melakukan apa-apa kekacauan.

"Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya," kata penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

Himpunan Aman GMP semalam dilayan dengan begitu biadap dan kejam oleh Polis dipercayai atas arahan kerajaan BN.

Luahan sahabat di ruangan Forum TKO,


sedihhh... lepas aku balik ke masjid dalam kul 3.45 gitu.. terus beli air dari orang yg jual dalam kereta.. dalam kawasan masjid negara..
untung abang tu bisnes... laju.. maklum le.. dah dahaga kena kejar dan 3 kali kena sembur gas kat jln istana tadi....
lepas je aku minum... peluru gas berterabur masuk ke dalam kawasan masjid .. masuk tempat wuduk.. masuk atas bumbung... masuk dalam kolam tadahan air... pastu water canon lak disembur nya... habis brader jual air tadi.. tak laku la lepas tu..
YA ALLAH... apasal ni... kita kat dalam tak buat apa2...
MEMANG ZALiM kau FRU... Kalau masa tu aku ada BOM.. rasa2 nak je aku balas balik...

by JilFityan







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.