Subscribe

Khairy yang tidak pernah rasa bersalah


Ali Rustam didapati bersalah diatas kes rasuah politiknya, dan Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah diatas kesalahan yang sama. Pembezanya hanya, Khairy diberi amaran. Namun dari segi kesalahan pertuduhan politik wang, kedua-duanya adalah bersalah.Kedua-duanya adalah perasuah. Sewajarnya hukuman sepatutnya adil untuk keduanya.

Tak cukup dengan itu,yang bestnya Khairy serta merta mengisytiharkan dirinya tidak bersalah!! Tetapi dalam masa yang sama berkata dia menghormati keputusan Lembaga Disiplin UMNO itu!! .Kenyataan ini disiarkan umum di Malaysiakini dan menjadi tatapan semua. Persoalan di sini, adakah boleh mengaku tidak bersalah dalam masa yang sama mengatakan menghormati keputusan Lembaga Disiplin yang mendapatinya bersalah? Kluk klek kluk klek ke Khairy? hehehe..

Sewajarnya sebagai anak jantan yang bakal memimpin pemuda UMNO, Khairy wajib mempertahankan diri sebagai "tidak bersalah" dan tidak perlu akur dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO. "Beliaukan tidak bersalah???" .. Hehehe.

"Saya tetap tidak bersalah," kata Khairy Jamaluddin.

Yang cukup menghairankan lagi, sorang kena tendang dan percuma sepak terajang. Sorang lagi kena tendang sahaja tapi tidak diterajang (disamping dengan tidak malunya mengaku tidak bersalah walau telah ditendang). Double standard ke?? Lagi satu, sebanyak-banyak kes yang melimpah ratusan kes, adakah hanya mereka ini yang disabitkan? Kes lain macam mana?

by JilFityan







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.