Subscribe

Pemuda UMNO Kedah yang sungguh tidak matang dan memalukan.


Sikap tidak matang Pemuda UMNO Kedah membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah kononnya Exco tersebut menghina Sultan,nyata membuktikan kerendahan mutu pemikiran Pemuda UMNO. Membuat dakwaan berasaskan surat layang?? Memalukan.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mencabar Pemuda UMNO untuk mendedahkan nama Exco tersebut serta mengemukakan bukti-bukti yang berasas,namun, apa yang dikesalkan, surat itu tidak menyatakan nama Exco yang dipersalahkan.

"Kita semua sedia maklum bahawa surat layang sudah tentu tiada nama dan alamat pengirim (ianya) tidak boleh diambil kira sama sekali.Dia (Pemuda UMNO) kata salah seorang Exco, tapi siapa? Kena bagi tau nama pada saya, ni asyik-asyik kata salah seorang Exco, esok orang kata MB pula.

“Ini semua sebab satu surat, bekas balut cabai Melaka di pasar tulis macam tu, dia (Pemuda UMNO) pun cakap macam tu, walaupun orang cakap macam-macam, Majlis Pelantikan Exco hari ni boleh buat juga.

“Orang yang kata Exco derhaka pada Sultan, dia pun tak mai istana, Ketua Pemuda UMNO tu ADUN, tapi bila Sultan panggil, tak mai, tapi dia kata taat pada Raja.

“Boleh kata taat pada Raja ke tu? Derhaka ke tak ni? Tuanku Sultan dah siap makan dan tempat untuk meraikan Tuanku Sultan, tapi dia tak mai.

“Dia (Pemuda Umno) kata ada orang derhaka pada Sultan, tapi siapa? Nama apa? Dia (Exco) buat di mana? Ada bukti apa? Kalau itu baru betul derhaka. Baru orang kata profesional,” ujar beliau.

p/s: Sudahlah Haris. Rakyat sudah bosan dan muak dengan Pemimpin UMNO dok bawak isu derhaka. Sedar la diri sikit.

by JilFityan







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.