Subscribe

Tidak timbul isu siapa dalang perhimpunan PPSMI


Tidak disangka pemimpin UMNO yang berjawatan Menteri Pelajaran mempunyai pemikiran yang cetek dan politik sempit,menuduh Gerakan Mansuhkan PPSMI didalangi pihak pembangkang. Sungguh mengaibkan pula kenyataan ini dikeluarkan daripada mulut seorang Pak Menteri. Apakah Pak Menteri tidak sedar bahawa isu ini adalah isu peringkat Nasional dan bukanlah isu politik sepertimana yang digembar-gemburkan?

Para pejuang bahasa berjuang atas dasar ingin memartabatkan kembali dasar yang telah ada sebelum ini. Berjuang untuk memastikan anak bangsa Melayu tidak merana di bumi sendiri. Berjuang atas dasar kesedaran yang tinggi untuk memartabatkan bahasa Melayu,dan menyedarkan bahawa Malaysia ini adalah bumi orang Melayu yang berbahasa Melayu dan telah/sudah mempunyai identiti kemelayuan yang tersendiri. Adakah perjuangan inipun dipandang menguntungkan parti politik tertentu?

Memang tidak dinafikan, isu bahasa merupakan isu politik, isu pendidikan merupakan isu politik sepertimana yang berlaku di Korea Selatan, Perancis, dan Jerman. Menjadikan isu pendidikan sebagai isu yang diketengahkan dalam pilihanraya. Namun sedarkah sebarang manipulasi sedemikian hanya akan menyebabkan pejuang bahasa dan intelektual Melayu semakin menjauhi pemerintah??

Usah mempertikaikan siapa dalang di sebalik perhimpunan membantah PPSMI. Ia tidak mendatangkan manfaat apapun,malah menampakkan lagi keegoan sikap pemerintah, yang menuding jari menyalahkan pihak itu dan ini,walhal ia hanyalah picisan.Sedangkan isu yang lebih besar dan matlamat yang lebih utama PPSMI itu sendiri diselingkupkan.

Tidak cukup dengan itu,Hisahamudin memperlekehkan para pejuang bahasa yang dituduh sebagai tidak menggunakan saluran yang betul. Pejuang bahasa bukan bodoh wahai Datuk Seri Hishamuddin, mereka telah bertindak selama enam tahun dengan penuh kesabaran sambil melakukan kajian mendalam.Dan pihak atasan sebenarnya yang telah menutup jalan rundingan, sehingga Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said yang diketahui bersikap berkecuali dari segi politik telah memilih pentas politik sebagai medan perjuangan.

Sebab itu saya katakan, ini adalah isu nasional dan bukanlah isu politik. Pemahaman ini perlu difahami oleh semua pemimpin UMNO. Dan ini bukan masa yang sesuai untuk mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Ini bukanlah isu yang besar, dan jangan cuba mengaburi rakyat dengan mengatakan ini adalah polemik pihak pembangkang.Sudah sudahlah dengan pikiran cetek kalian.

Akhir sekali,marilah kita sama-sama martabatkan kembali Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.

by JilFityan







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.