Subscribe

UMNO yang selamanya "Fail"


Najib semalam secara rasminya mengambil alih teraju Umno daripada Abdullah apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO. Dalam tempoh beberapa hari lagi maka Najib akan mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN).Walaupun sebahagian besar muka-muka baru membarisi kepemimpinan Umno sekarang, namun asas perjuangan parti itu tetap sama. Sekiranya sebelum ini kita kenal UMNO sebagai Parti Melayu Perasuah, maka gelaran itu akan tetap dimiliki UMNO selama-lamanya.

Bukan kerana faktor berpihakkan PR. Soal ini kita tak perlu pusing jauh untuk melontarkan pendirian sedemikian. Tanya sesiapa sahaja, tidak kira kecik besar tua muda. Dari parti PAS,UMNO,KeaDILan,Bebas dan selainnya. Tanya mereka mengenai parti UMNO,tanya mereka mengenai pemimpin UMNO. Tanya mereka mengenai rasuah dan kroni dalam UMNO.Apa yang mereka kata? Apa yang mereka jawab?

Hakikatnya,kepimpinan UMNO sekarang tidak ubah seperti menggantikan pakaiannya sahaja. Menggantikan sarungnya sahaja. Orang yang menjadi pemakainya tetap mempunyai jiwa yang sama. Masalah kemiskinan rakyat, rasuah, salahguna kuasa dipercayai tidak akan berakhir. Malah mungkin dengan pelantikan baru ini akan lebih memburukkan lagi. Bukan sekadar omongan kosong. Tapi inilah realitinya. Sekiranya pemimpin sendiri bermasalah, bagaimana ingin membela rakyat? Kes rasuah,kes altantuya. Semua dah tau, semua dah mengerti. Sebut sahaja Najib, semua teringatkan kes Altantuya,semua teringatkan cerita kartun perbicaraan kes Altantuya di mahkamah. Hanya jadi bahan lawak antarabangsa sahaja.Dan saya jamin dan percaya, bahawa orang UMNO sendiri berpendirian, "Umno akan terus berada di tahap lama" biar pun beberapa pendekatan baru cuba diambil Dato' Seri Najib Razak selepas menerajui parti itu.

Dan menambahkan bukti bahawa parti UMNO ini parti yang "fail", satu gesaan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir yang merupakan Perwakilan UMNO dari Mertajam,Pulau Pinang menyarankan agar Lembaga Disiplin UMNO pula dibubarkan,dengan alasan Lembaga tersebut mencetuskan suasana tidak kondusif dikalangan ahli parti berhubung pengumuman politik Wang. Bukanlah tujuan badan ini diwujudkan adalah untuk memantau?? Aduhhh... Teruk.. Fail ...




by JilFityan







1 comment:

dariana said...

Alif + Mim + Nun + tendang Wau = SARKIS.
Najeeb akan jadi badut keenam!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.