Subscribe

Antara Mahatrhir, Raja Sesumpah atau tarian lucah? -WFAUZDIN NS


Di dalam mana-mana perlawanan bola sepak, jaringan 4 - 1 merupakan satu jaringan gol yang besar dan tentunya pasukan yang kalah akan merasa aib dan terpaksa merombak pasukannya samada perlu menukar pemain atau pun Pengurus mahu pun Jurulatih. Apatah lagi pasukan tersebut baru sahaja membuat rombakan besar-besaran, namun masih juga kalah dengan kekalahan yang memalukan. Mungkin di dalam politik suasana berbeza, kekalahan Bn/Umno selepas Pilihanraya Umum Ke 12 di Permatang Pauh, di Kuala Terengganu, di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau sudah tentu tidak akan mengaibkan Bn/Umno kerana parti yang dikatakan `keramat' ini masih terasa ia sebuah parti yang hebat dan kuat. Kemenangan Bn di Batang Ai, Sarawak walaupun mendapat tentangan luar biasa dari PKR merupakan `bantuan pernafasan' buat Bn untuk seketika.

Umno baru sahaja selesai membuat `reform' di dalam parti tersebut iaitu dengan memilih Presiden, Timbalan dan Naib Presiden yang baru dan terbaik sebagaimana yang diulas oleh Tun Mahathir. Idola Umno, Tun Mahathir juga sanggup `mencemar' dirinya memasuki Umno semula meskipun parti tersebut dikatakan masih memikul `biawak hidup' iaitu pemimpin yang disabitkan dengan rasuah politik wang masih memegang jawatan penting di dalam Umno dan kerajaan. Hanya mereka yang rasuah, redha dan bersubahat dengan rasuah sahaja yang sanggup berada di dalam parti yang mengekalkan elemen rasuah ini. Maka, tidak hairanlah jika Mahathir tidak berasa malu berada bersama Umno kembali kerana rakyat sudah lama tahu apa yang berlaku semasa zaman Mahathir memimpin negara sebelum ini. Di Bukit Gantang, Mahathir dijulang sebagai `hero' untuk menyelamatkan Umno setelah berbagai cara dilakukan untuk mengembalikan maruah Umno di Perak semenjak berlakunya `rampasan kuasa' di negeri tersebut. Usaha Najib gagal, usaha Zahid Hamidi hampa melainkan sedikit `menarik' dengan tarian separuh lucah, dan lagi dengan kehadiran `pembawa malang tak putus-putus' iaitu `Raja Sesumpah And The Gang'. Sebelum ini banyak kali diperkatakan, Umno silap besar jika masih percaya dengan Raja Sesumpah Ezam yang mencatatkan rekod `terbaik'nya membantu kekalahan Umno/Bn. Sila perhatikan. semenjak di Permatang Pauh, Kuala Terengganu hinggakan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, apa misi Ezam berkempen? Tiada lain yang diperkatakan melainkan menceritakan keburukan dan hal peribadi DS Anwar dan memuji Najib walaupun sebelum ini di Permatang Pauh, Ezam memuji Pak Lah. Rakyat sudah jemu dengan kisah kotak-kotak dan sesumpahnya itu walaupun TV3 tidak pernah jemu dengan Ezam sepertimana TV3 tidak jemu dengan Raja Katak Ibrahim Ali.

Kemenangan Bn di Batang Ai, Sarawak mungkin kerana `terlepas dari bala' yang dibawa oleh Raja Sesumpah. Di Batang Ai, masih terdapat golongan yang memikirkan tentang `perut' dan di sana juga sumber maklumat alternatif hampir tiada. Di kawasan seperti ini tidak hairan jika Bn boleh mengangkat sedikit kepalanya. Namun demikian, syabas buat PKR di Batang Ai walaupun tewas tetapi tidak tewas begitu aib sekali seperti Bn/Umno tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Medan ujian buat PKR di Sarawak ternyata berbaloi dan sedikit masa lagi PR atau PKR akan mendominasi negeri terkaya walaupun memiliki rakyat termiskin.

Hasil keputusan di Bukit Gantang, setuju atau tidak hakikatnya mesej jelas dari rakyat bahawa DUN di Perak wajib dibubarkan. Bergantung kepada keberanian Umno di Perak samada ingin menyerahkan kembali kuasa rakyat kepada rakyat untuk menentukannya. Umno tidak perlu khuatir lagi kerana mereka kini dikatakan telah pun melakukan `reform' mengikut kehendak rakyat marhaen, kepimpinan yang dikatakan lemah kini telah ditukar kepada kepimpinan yang kuat dan `cerdik' (petikan kata-kata Ezam), lebih-lebih lagi Tun Mahathir juga telah `bertaubat nasuha' kembali `bersyahadah' bersama Umno. Maka, perlukah Umno kecut untuk menghadapi pilihanraya di Perak?

Mengulas sedikit di Bukit Selambau, nampaknya SPR untung besar kantungnya kali ini. Kesemua 13 calon Bebas hilang wang pertaruhan mereka dan mungkin ada yang tidak berbaloi dengan belanja membuat poster dan menempah T-Shirt gambar dan lambang masing-masing. PKR memenangi kerusi tersebut dengan amat cemerlang sekali walaupun dikatakan pada awalnya calon PKR tidak disenangi ramai oleh rakyat di Bukit Selambau. Sekali lagi calon dari MIC `dilondeh'kan serentak dengan `terlondeh'nya calon dari Umno di Bukit Gantang. Kejayaan PKR di Bukit Selambau adalah kejayaan bersama kesemua parti di dalam PR, begitu juga kejayaan PAS di Bukit Gantang. Kekalahan Bn di Bukit Selambau pula adalah hasil kerjasama dari `Pakatan Bebas' seramai 13 orang yang bertanding di situ. Bn tewas, manakala `Pakatan Bebas' hilang deposit.

Umno/Bn sebelum ini telah menghadiahkan `buah tangan' teristimewa dari Kuala Terengganu buat Pak Lah sebelum Pak Lah berundur dari pucuk pimpinan negara. Kini, hadiah yang lebih istimewa diberikan kepada pemimpin baru, Najib dengan keputusan yang diperolehi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mudah-mudahan hadiah seperti ini akan berterusan buat pimpinan Umno/Bn. Akhir kalam. syabas buat kesemua petugas dan penyokong PR yang telah banyak mengorbankan tenaga, masa dan wang ringgit demi untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Perjuangan tidak akan berakhir setakat ini sehingga kita berada di Putrajaya. InsyaAllah.

WFAUZDIN NS







6 comments:

Anonymous said...

Hasil keputusan di Bukit Gantang, undi melayu pada UMNO meningkat. ini adalah mengecewakan dan tidak boleh diperkecilkan maksudnya.

secara umumnya, Melayu masih mudah diperdayakan dengan isu perkauman & agama sehingga melupakan isu negara & hak asasi sebagai seorang manusia.

Anonymous said...

pengundi melayu meningkat itu adalah perkara yang memang membimbangkan lebih2 lagi kerana mereka adalah terdiri drpd pengundi2 hantu..

memang kematangan pemikiran org2 melayu dalam melihat dan mentafsirkan isu agama dan ketuanan tidak matang sama sekali.

kebanyakan org kita tak faham asas Islam itu sendiri. dan yg lebih mengecewakan mereka mengamalkan konsep yg sama seperti bangsa yahudi yg amat mementingkan bangsa mereka sendiri dan memandang rendah kepada bangsa lain. dan org2 kita bgtu marah dgn org2 yahudi kerana menindas org palestin dan menghina Islam.

tapi org2 kita lupa bahawa mereka sedang mengamalkan apa yg zionis amalkan.

isu negara dan hak asasi adlah asas kemanusiaan, tetapi oleh kerana kecetekan dan kedangkalan pemikiran bangsa melayu maka org2 melayu sentiasa berada di tahap di paling bawah.

Anonymous said...

United Malay National Organisation

inilah secara jelas dan teramat jelas yang menunjukkan UMNO adalah parti yang berpaksikan kaum.

aduhai....kenapa la susah nak bagi faham org2 melayu nih...
nampak perjuangkan Islam tapi apa yg Nabi Muhammad suruh buat, tak buat...lain pulak yg diperjuangkan.

Isytihar negara Islam tapi nak tegakkan hukum Hudud pun tak berkuasa.Apa ni?!

Isytihar negara Islam tapi undang2 British sampai sekarang korang junjung siap pertahankan lagi...memang mengarut la UMNO..

Anonymous said...

Isytihar negara Islam tapi nak tegakkan hukum Hudud pun tak berkuasa.Apa ni?!

SAYA SETUJU DENGAN KENYATAAN TU...PELIK JUGA KENAPA KELANTAN SAMPAI SEKARANG X JALAN HUKUM HUDUD?...WALAUPUN DAH BERKUASA....KENAPA YE?...
XKAN NAK TUNGGU SAMPAI JADI PM KOT?...KALO YE PUN DAH JADI PM NANTI BARU NAK LAKSANAKAN HUDUD...DAP KASI KE?

Jil Fityan said...

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26),
Bertarikh 8 Jun 1994,
Tajuk : PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN jelas kepada kita bahawa Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) tidak dilaksanakan di Kelantan atas arahan KERAJAAN PUSAT...!!!

- Rujuk : No 7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

Saya suka nak petik ayat ni "maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya"

Maka tindakan sewajarnya ialah menyekat pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan "Demi menjaga Maruah dan ketinggian martabat Islam dan pengikut-pengikutnya"... betul ke tu?

Jadi geng-geng yang dok berkokok-kokok pasai Hudud harap boleh jelaslah sekarang ye?

Draf Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) telah diluluskan didalam perbahasan Dewan yang mulia Kelantan tetapi telah ditolak oleh Kerajaan Pusat dengan alasan "Demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan pengikut-pengikutnya" dan juga dengan ugutan "Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS".

Bukan PAS tak nak laksana Hukum Hudud dekat Kelantan... tapi Kerajaan Pusat yang menghalang.

Jil Fityan said...

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.