Subscribe

Bila UMNO Mahu Laksana Hudud?



Isu popular yang selalu dicetuskan oleh UMNO terhadap PAS, tentang goyahnya prinsip perjuangan PAS tentang pelaksanaan HUDUD. Isu hudud ini menjadi modal sepanjang zaman kepada pemimpin dan penyokong UMNO, dengan menuduh dan menganggap bahawa PAS hari ini tidak berani perjuangkan hudud kerana takutkan DAP.

Betapa hinanya maruah hudud bagi UMNO. Menjadikan hudud hanya sebagai satu perangkap? Nilai hudud itu sendiri sudah tiada. Hudud Allah ini hanya dilihat UMNO sebagai satu umpan yang boleh melemahkan parti PAS semata-mata. Itu sahaja. Hudud yang merupakan perintah Allah yang menciptakan makhluk di langit dan dibumi, digunakan sebagai modal, tak lebih dari itu.Niat untuk melaksanakan HUDUD jauh sekali. Dan lebih teruk dan memilukan,pemimpin UMNO ini menganggap hudud ini seolah-olah milik PAS,bukan milik Allah,justeru hanya PAS yang kena laksanakannya.!!

Betapa malangnya Malaysia ditadbir oleh pemimpin UMNO sejahil ini,berugama Islam, mengucap dua kalimah syahadat,mempunyai kuasa majoriti dalam negara pula, tetapi tidak berniat sedikitpun untuk melaksanakan hudud dalam negara. Menjadikan agenda utama dan prinsip perjuangan parti jauh sekali. Alasan yang selalu diberikan, adalah " menyedari politik tanah air yang tidak mengizinkan perkara ini berlaku. Disamping menjadikan faktor berbilang kaum di Malaysia sebagai satu faktor utama hudud tidak dapat dijalankan.

Saya tidak nafikan,benar masyarakat Malaysia ini terdiri dari berbilang kaum,agama dan budaya,tetapi ini bukan satu alasan kepada UMNO. Saya ingin bertanya kepada penyokong dan pemimpin UMNO. Apa kalian lupa nabi kita Muhamad S.a.w berhijah ke Madinah, dan memeterai perjanjian dengan orang kafir,yahudi dan Nasrani, untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan perlembagaan Allah ini? Adakah pada zaman Rasullah itu tidak wujud berbilang kaum, agama dan budaya? Dan adakah Allah tidak tahu malaysia ini juga sebuah negara yang majmuk?

Sedarilah, ilmu Allah mengatasi segalanya. Walau dizaman mana kita berada sekalipun, apa yang telah diatur dan diperundangkan Allah kepada hambanya adalah sesuai sepanjang zaman, masa dan ketika. Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaannya, dan kerana itulah Allah telah menurunkan Hudud demi kemaslahatan umat manusia. Tidak perlu dibahaskan lagi sesuai atau tidak Hudud dilaksanakan di malaysia ini, Allah yang mengatur semua yang kita lihat pada hari ini di malaysia. Hanya mereka yang beriman dan yakin dengan Al-Quran dan segala isi kandungannya akan berusaha melaksanakannya tanpa ragu-ragu.


by JilFityan

2 comments:

Jil Fityan said...

Kenapa Umno perlu cabar Pas supaya buat hudud, kenapa Umno tidak pernah terlintas dalam hati untuk buat hudud? Secara logiknya,mereka yang mumpunyai kuasa dan ada jentera lah wajib laksanakannya. Bukan menuding kepada orang lain.

Kenapa berlaku seperti ini? Sudah tentulah jawapannya, hanya penjenayah sahaja yang marah kepada undang-undang. Mereka bimbang kalau hudud dibuat merekalah mangsa yang pertama. Orang salah memang takut kepada bayang-bayang.

kerol said...

sikap UMNO yang seoalah2 memperjuangkan Islam amat mengecewakan. UMNO sudah ada kuasa tetapi sampai sekarang masih berdolak dalih tentang perlaksanaan hudud.

sebaliknya memang benar seperti kata penulis artikel ini bahawa UMNO lebih suka memperalatkan hudud untuk survival parti UMNO yang penuh dengan korupsi.

inilah isu yang gagal difahami oleh kebanyakan ahli2 peringkat bawahan yang membabi buta mengikut fahaman sesat parti UMNO.

pun begitu, saya percaya bahawa ahli2 UMNO tidak boleh memberikan alasan bahawa mereka hanya mengikut ketua mereka sedangkan tanggungjawab sebagai seorang muslimin dan muslimat tidak diangkat dalam diri masing2.

mereka gagal memperbetulkan kefahaman ttg Islam di dalam jiwa mereka dan ini menyebabkan UMNO semakin jauh dari Islam.

semoga rakan2 di dalam UMNO sedar akan hal ini.

hudud datang dari Allah dan bukan datang dari PAS. UMNO, kamu berkuasa dalam kerajaan sepatutnya kamu menjalankan tanggungjawab kamu dalam melaksanakan syariat Islam lebih2 lagi kamu mendakwa kamu adalah pembela umat Melayu dan Islam di negara ini.

Melayu tak ke mana tanpa Islam.
Manusia tak ke mana tanpa Islam.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.