Subscribe

Bukan PENANTI Sahaja Yang Sedang Menanti -OrangKlawang


Macam-macam cerita yang didengar dan dibaca dalam akhbar arus perdana, blog-blog dan akhbar-akhbar pro pakatan rakyat seperti Harakah dan Suara KeAdilan. Pertamanya saya nak mengucapkan tahniah kepada DSAI kerana berani bertindak dan membuat satu keputusan yang sukar iaitu mengosongkan DUN Penanti.

Seterusnya juga suka saya mengucapkan SYABAS dan Selamat Maju Jaya kepada mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin kerana berani meletakkan jawatan demi untuk menjaga maruah dan integriti PKR dan diri sendiri.

Kalau kita lihat di Jepun dan Korea Selatan Perdana Menteri nya sendiri dan Menteri-menteri kanan nya pun akan meletakkan jawatan jika terdapat usul undi tidak percaya akibat dari perbuatan rasuah atau salah laku politik atau salah guna kuasa. Maka perbuatan meletak jawatan oleh Fairus ini tidak ada salahnya MALAH perbuatan dan tindakan ini lah yang tidak dapat dibuat dan tak sanggup ditiru oleh UMNO/BN kerana kebanyakan pemimpin mereka takut hilang jawatan dan kehilangan kuasa.

Kita sedia maklum berapa ramai pemimpin UMNO/BN yang telah terbukti rasuah masih mengekalkan jawatan yang disandang oleh mereka. Malah parti mereka sendiri UMNO pula yang mengisytiharkan bahawa jawatan tersebut adalah tetap disandang oleh individu tersebut walaupun jawatankuasa disiplin UMNO sendiri telah mengesahkan penggunaan politik wang (rasuah) oleh individu terbabit. Di sinilah dapat kita lihat betapa buruknya UMNO yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa tetapi masih kekal ingin berkuasa dan memegang jawatan-jawatan penting dalam negara.

Disinilah perbezaan ketara antara UMNO dengan PAS dan PKR. PKR dibawah DSAI cuba mengekalkan parti yang bersih dan berintegriti, bebas dari rasuah dan salah guna kuasa. Sementara PAS pula telah berkali-kali menawarkan kepada SPRM (BPR) untuk membuat penyiasatan kepada ADUN atau Ahli Parlimen nya yang di dakwa atau dituduh rasuah. Malah TGNA menyatakan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat kerajaan Negeri Kelantan beserta dengan ADUN-ADUN nya sekali jika ada lapuran rasuah. Disinilah menunjukkan kebersihan dan berintegri nya kerajaan negeri dan parti-parti di dalam PR.

Dalam akhbar berapa ramai pemimpin UMNO yang mencaci dan mengutuk tindakan Fairus ini. Datuk Najib sendiri mengatakan perletakan jawatan ini adalah permainan politik DSAI dan PR sendiri. Tetapi di sini sebenarnya menunjukkan betapa takut nya UMNO/BN itu sendiri melihat sikap pemimpin-pemimpin PR yang telus dan berterus terang yang sanggup meletakkan jawatan yang penting demi untuk menyelamatkan parti dan menjaga maruah diri sendiri dari tuduhan-tuduhan liar. UMNO/BN juga begitu takut untuk menghadapi PR sekali lagi di dalam satu lagi pilihanraya kecil kerana dengan PRK ini segala tembelang mereka akan pecah.

Sekiranya mereka (UMNO/BN) takut dengan situasi ini mengapakah sebelum ini mereka begitu ghairah mengacau dan mengugut ADUN atau ahli Parlimen PR dengan tujuan agar mereka melepaskan jawatan. Nampaknya senjata UMNO/BN sendiri telah makan tuan nya. PRK Bkt Selambau terjadi kerana bekas ADUN nya tidak tahan ugutan dan di kacau lalu meletakkan jawatan. Kes Elizabeth Wong di Selangor siapa punya angkara? Siapa kah dalang disebalik perkara tersebut? Kes merampas kuasa MB di Perak siapa punya angkara? Perlembagaan DUN Perak dicabar dan di persoalkan! Siapa punya angkara? Jika benar selama ini UMNO/BN itu benar, segalanya benar dan tiada yang benar selain dari yang benar sahaja maka mengapa tidak di bolehkan atau di benarkan pembubaran DUN Perak untuk membenarkan rakyat Perak mengundi memilih kerajaan negeri yang sebenar-benarnya mereka kehendaki??? Jika benar UMNO/BN berani mengapa tidak bertindak demikian?

Bukan rakyat Penanti sahaja yang sedang menanti tetapi rakyat Perak juga sedang menanti dan seluruh rakyat Malaysia juga sedang menanti seperti rakyat Penanti. Buktikan lah wahai UMNO/BN.....

Credit to OrangKlawang

http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com








No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.