Subscribe

Membidas Kenyataan "Guru Tidak Wajar Berpolitik"


Cadangan naib presiden Umno membenarkan guru aktif semula berpolitik haruslah disambut baik tanpa ada sebarang tanggapan negatif.Saranan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga menteri pelajaran, tidak seharusnya dipersoalkan, malah diterima dengan matang.

Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,Abdul Karim Abdullah yang mempertikaikan saranan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan hanya memberi alasan guru dahulu dengan guru sekarang tidak sama,adalah alasan yang tidak kukuh. Saya tidak menafikan, kesedaran politik semasa guru dahulu dengan guru sekarang adalah berbeza. Namun perbezaan ini tidak boleh menjadi kayu ukur untuk mengehadkan penglibatan guru berpersatuan khususnya dalam politik, sedangkan berpolitik dan berpersatuan adalah hak kebebasan rakyat Malaysia.

Kesedaran politik yang berpengaruh di kalangan guru haruslah dilihat dari skop yang positif dan didedikasikan dengan cara yang baik. Persepsi "politik hanya untuk orang politik" harus dikuburkan, walhal semua rakyat bebas untuk berpolitik. Tidak timbul soal guru berpolitik didalam kelas dan pelajar menjadi mangsa, kerana guru yang profesional, akan mengikut etika perguruan yang betul.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga menyambut baik cadangan ini bagi dan menganggap memberi laluan kepada guru berpolitik.

Dan sekiranya kita mengimbas semula dalam lipatan sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan pemangkin politik negara. Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat. Oleh itu, mengapa kita ingin menghalang para guru terlibat dengan kegiatan politik?


by JilFityan







4 comments:

Anonymous said...

LAWAK ANTARABANGSA LA PULAK...KUNUN NAK BAGI GURU BERPOLITIK...MACAM LA SELAMA NI X BOLEH..SEBENARNYA GURU YANG SEBELUM INI DILARANG DAN DIKATAKAN BERPOLITIK HANYA BILA GURU ITU MENYOKONG PEMBANGKANG...KALAU JOIN BN/UMNO X DIPANGGIL PULAK BERPOLITIK....MY SCHOOL SEKARANG...3 ORG GURU JADI AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN...SIAP DAPAT PELEPASAN CUTI LG UNTUK PERGI PERSIDANGAN....TANYA LA MANA2 SEKOLAH PUN, CIKGU2 YG BERPOLITIK UMNO N BN MESTI ADA TAPI X PERNAH KENA TINDAKAN APA2! TAPI KALAU LA 'TERBACA' HARAKAH DALAM KAWASAN SEKOLAH, MAU DAPAT MEMO 24 JAM TUKAR KE HULU...!!!LAWAK!

Jil Fityan said...

betul. Saya bersetuju dengan apa yang saudara katakan. Saya tak nafikan perkara ini. Bila sahaja berpolitik di kalangan guru yang menyokong UMNO maka dibenarkan. Namun sekiranya daripada kalangan guru yang berpolitik utk parti pembangkang, maka itu adalah kesalahan.

Terima kasih di atas komentar saudara.

dariana said...

Umno kluk kluk...@ Sarkis.

Anonymous said...

guru yang anti kerajaan harus bersyukur kalau hanya setakat di tukar sekolah atau kawasan, patutnya golongan pengkhianat ini ditangguhkan pergerakan gaji dan turun pangkat, paling baik buang terus.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.