Subscribe

Azilah, Sirul dan Altantuya


Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Hukuman yang dikenakan kepada mereka berdua ini dilihat sebagai satu hukuman yang tidak dapat memperbaiki imej Malaysia kerana terlalu banyak keraguan, bukan sahaja dari segi prosiding dan siasatan,malah terdapat banyak persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

Dan persoalan yang tidak boleh dipandang remeh,misteri dari dulu sampai sekarang,adakah kita mengetahui dan mengecam rupa Azilah dengan Sirul ni ?? Bila keluar sahaja berita diorang dekat mahkamah, asyik bertutup muka, berbungkus dengan sweater sahaja. Kes ini adalah kes yang berprofile tinggi,sekiranya mereka betul² salah, tunjukkan sahaja kepada umum rupa penjenayah yang sebenar. Biar di jadikan pengajaran dan iktibar kepada semua.

Dan satu lagi persoalan, adakah mereka yang dihukum gantung itu adalah betul² Pembunuh Altantuya ?? Ke orang lain?? Dan jika Azilah dengan Sirul, adakah betul mereka berdua yang digantung mati, atau orang lain?? (kerana tidak pernah nampak wajah sebenar).

KLIK DI SINI UTK LAKARAN GAMBAR AZILAH DAN SIRUL PADA POSTING SAYA YANG LEPAS.



by JilFityan







3 comments:

the hazim said...

ok bro..truskan menulis!

Anonymous said...

nak tahu juga!!! boleh ka senang-senang bawa kuar bom?... azilah ngan sirul,pandai buat bom tu sendiri ka?...Kenapa tak cari sapa yang buat bom @ bawa kuar bom?...kenapa yang buat bom @ bawa kuar bom tu sunyi sepi?..nordin mat top pun kita nak cari sampai dapat......

Jil Fityan said...

skrang ni bz sikit, banyak keje. Ada masa saya update. Terima kasih kerana berkunjung ke sini

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.