Subscribe

PRK BUKIT GANTANG : PENGUNDI DUN TRONG SUDAH BERUBAH


Dari tinjauan petugas PAS di DUN Trong terbukti penerimaan orang Melayu kepada calon PAS Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin semakin meningkat.

Antara Peti Undi yang jelas akan memihak kepada PAS ialah Peti Undi Kampung Tebok, Temerlok dan Kuala Terong. Malah di Sungai Tinggi PAS dijangka mendapat undi yang jauh lebih tinggi dari PRU 2008 lalu.

Ramai penyokong Umno sendiri yang menyatakan kesanggupan untuk mengundi Nizar kerana terbukti Nizar berjaya membawa perubahan kepada penduduk miskin walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama 11 bulan, kata mereka. Program kebajikan seperti air percuma, bantuan kepada orang miskin dan sebagainya benar-benar diingati oleh mereka.

Selain itu menurutnya sejak PR memerintah Perak perpaduan penduduk kampung juga semakin erat disamping masjid-masjid semakin diimarahkan dengan hebat dengan kelas pengajian dan lain-lain. Namun begitu selepas kerajaan Perak dirampas keadaan kampung mula berpecah dan kembali seperti dahulu.

Beberapa pengundiMelayu juga berkata secara terang-terang bahawa rakan-rakan dan saudara-mara mereka akan membuat perubahan kali ini dari mengundi BN kepada mengundi PAS. Mereka sudah muak dengan fitnah dan politik ugut serta rasuah yang diamalkan oleh BN khususnya Umno.

Tidak syak lagi perkembangan ini merupakan tamparan hebat kepada BN. Mengikut laporan dari pelbagai sumber BN menghadapi masalah besar untuk mempertahankan undi mereka di DUN Trong malah akan kehilangan undi dengan lebih besar di DUN Kuala Sepetang dan DUN Changkat Jering.

Di DUN Changkat Jering umpamanya ramai pengundi atas pagar dijangka mengundi PAS kerana kecewa dengan sikap ADUN mereka, Osman Jailu yang melompat menyokong BN menyebabkan keadaan politik Perak menjadi tidak menentu.

Saya yakin fenomena menyebabkan BN berada dalam keadaan terdesak. Ramai di kalangan pemerhati politik meramalkan PAS akan menang dengan majoriti antara 4,000 hingga 6,000 undi kali ini.

Dari Mutaligat







No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.