Subscribe

BUKTI UMNO DERHAKA


1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.


6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?
Shahidan turut menghantar kumpulan samseng gagak hitam mengepung istana atas tujuan menakutkan istana.

SEKARANG UMNO BUAT² TAK FAHAM MENGENAI ISTILAH ISTANA "SEMBAH DERHAKA" DAN MENGATAKAN NIZAR DERHAKA. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN MELAUNGKAN DIMANA SAHAJA NIZAR DERHAKA. MEMPERBODOHKAN RAKYAT SUPAYA RAKYAT JADI BODOH SEPERTI MEREKA. BERKEMPEN DI BUKIT GANTANG MODAL SAMA. ISU DERHAKA DERHAKA DERHAKA...SO SIAPA YANG DERHAKA SEBENARNYA?





by JilFityan







4 comments:

Cheguman said...

Salam,
Terima kasih kerana mengemukakan persoalan tersebut kepada umum. Sememangnya ia bukan satu rahsia dan sudah sepatutnya diketahui umum. Cuma dalam kita memberi pandangan kepada umum kita sepatutnya melakukannya secara telus dengan mengambil kira yang tersurat dan tersirat.

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

Demang: Jika itu dikatakan derhaka dan tindakan Datuk Onn tersebut dianggap wajar maka Nizar yang membantah titah sultan pada 2009 perlulah membawa diri ke mana-mana pulau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

Demang: Jika anda bersetuju bahawa Sultan wajar mengenepikan TS Ghazali Jawi, maka kenapa Sultan Azlan tidak boleh mengenepikan Nizar yang hilang majority sokongan di Dewan Negeri Perak?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

Demang: Kenapa anda tidak jelaskan apa yang berlaku ketika itu? Adakah anda sengaja menyembunyikan fakta atau memang anda tidak tahu? Ya, UMNO mengkritik sultan kerana pihak istana meminta peruntukan yang melampau sehingga menjejas hak rakyat ketika itu. Kata Datuk Rahim: “Tuanku, perbendaharaan negeri sudah tidak cukup wang dan yang tinggal adalah untuk rakyat.” Datuk Rahim (seorang pemimpin UMNO) mengkritik pihak istana, memulangkan hak rakyat, dan beliau kemudiannya meletak jawatan agar keadaan politik kembali stabil. Kenapa Nizar tidak bertindak begitu?

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

Demang: Lihat perkara 3 di atas. Itu adalah salah satu sebab UMNO bertindak meminda perlembagaan iaitu bagi memastikan institusi beraja terus kekal. Adakah anda tidak tahu bahawa semua parti termasuk pembangkang meluluskan sebulat suara usul pindaan tersebut? Sila tanya pemimpin anda jika anda belum lahir ketika itu.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

Demang: No komen sebab Demang tiada maklumat lanjut.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

Demang: Jika UMNO meminta agar harta raja-raja Melayu disiasat, itu adalah sesuai dengan kehendak pindaan perlembagaan 1983 yang disokong oleh PAS. PKR belum ada masa tu tapi DS Anwar berada dalam UMNO.

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

Demang: Adakah demonstrasi tersebut dibuat tanpa permit dan adakah berlaku huru-hara sebagaimana perhimpunan BERSIH?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

Demang: Sudah dijawab tadi bahawa UMNO tidak bersendirian. Semua parti politik ketika itu sepakat mengatakan institusi beraja perlu dikawal bagi mengelakkan ia musnah. Cara untuk mengawalnya ialah melalui perlembagaan. Jangan diungkit keputusan bersama itu yang sememangnya bertujuan baik.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

Demang: Kenayataan anda ini memang betul. Ini menunjukkan keputusan tersebut mendapat sokongan rakyat di seluruh negara yang menyokong pindaan tersebut.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

Demang: Kenyataan Tg Razaleigh itu ada benarnya. Namun siapa yang menyokong pindaan perlembagaan? Saya dah jawab tadi. Cuba teliti semula kes-kes yang berlaku ketika itu yang menyebabkan rakyat menentang raja. Adakah UMNO suka-suka menolak raja? Dalam kes di Perak, UMNO lebih layak menerajui kerajaan berdasarkan PRU12. Namun PAS, PKR, dan DAP telah berkomplot tanpa meminta referendum daripada rakyat Perak. Perlantikan Nizar yang hanya mewakili segelintir ADUN PAS adalah tidak demokratik!. Akhirnya Nizar hilang tiga sokongan menyebabkan sultan melihat beliau tidak lagi layak menjadi MB. Maka baginda Sulatan melantik Zamry. Nizar nak marah pada siapa? Pada UMNO atau Sultan?

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

Demang: Tiada komen sebab belum ada maklumat. Saya akan dapatkan maklumat lanjut nanti.

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

Demang: Tiada komen sebab belum ada maklumat. Saya akan dapatkan maklumat lengkap nanti.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

Demang: Dalam kes di Selangor tersebut, ia melibatkan masalah peribadi (hubungan cinta) bukannya masalah politik. Dalam kes Perak, Nizar dilihat telah diperkudakan oleh DAP yang mempunyai 18 kerusi. Implikasinya langsung pada rakyat.

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

Demang: Kenyataan anda tersebut membuktikan bahawa akhirnya semua pihak akur dengan kehendak sultan dan ketentuan Ilahi. Nizar setuju dan redha? Nizar mungkin redha, tapi DAP?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?

Demang: Kalau boikot dikira derhaka, membantah titah sultan sebagaimana yang dilakukan oleh Nizar itu apa namanya?

Wallahu’alam.

Cheguman @ Demang Lebar Daun adalah TYDP 1, Bloggers Pembela Negara (BPN). Pandangan ini adalah pandangan peribadi beliau dan bukan pandangan rasmi BPN.

cheguman said...

Seperkara lagi, sila buat sedikit siasatan, siapa sebenarnya yang mahu Nizar disingkir dari mengetuai kerajaan Perak.

(Jawapannya sudah tentu bukan DAP).

Jil Fityan said...

"Sembah Derhaka" adakah bermaksud menderhaka? Adakah Saudara Demang dan rakan UMNO menganggap sembah derhaka itu adalah derhaka? Adakah sukar utk difahami maksud kata-kata Nizar "Mohon Sembah Derhaka" kepada Sultan?

Mari kita dengar apa kata TOKOH² bahasa terkenal, Dato' Dr Hassan Ahmad Hassan kata. Dia kata, tindakan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang melafaz 'sembah derhaka' kepada Tuanku Sultan Perak, jelas menampilkan tindakan 'beradab' beliau dalam menghormati institusi raja dan itu tidak boleh dianggap sebagai derhaka atau penderhaka,dan pemahaman ini perlu difahami oleh semua,tak kira PAS dan UMNO.

Ungkapan 'sembah derhaka' yang digunakan dalam percakapan istana tidak membawa maksud derhaka, menderhaka atau menentang perintah seseorang Sultan. Sebaliknya ia membawa maksud 'tidak bersetuju' dengan sesuatu pendapat atau keputusan Tuanku Sultan.

Hassan berkata, sekiranya seseorang itu mengadap Tuanku Sultan dan melafazkan 'sembah derhaka', itu tidak boleh dianggap sebagai derhaka atau penderhaka kerana perbuatan tersebut hanya menyatakan pandangannya yang berbeza atau tidak sependapat dengan Tuanku Sultan.

"Itu adalah cara paling beradab Nizar untuk menyatakan perbezaan pendapat beliau dengan keputusan Sultan. Itu bukan membawa maksud menentang atau derhaka.

Yang dikatakan derhaka apabila Nizar menentang atau melawan kuasa perintah Sultan seperti mengurangkan kuasa raja-raja dalam perlembagaan dan undang-undang, haa.. ini baru kita boleh kata derhaka.


Prof Emiritus Dato' Abu Bakar Abdul Hamid juga berkata dan mempertegaskan istilah 'sembah derhaka' sebagai ungkapan pembuka kata yang digunakan oleh rakyat Melayu secara tradisi apabila mahu menyampaikan berita yang tidak baik seperti tentang pengkhianatan seorang pegawai istana atau apabila seorang pegawai istana tidak bersetuju dengan titah seorang Sultan. Saya ulang, "SECARA TRADISI"

Pihak yang melaporkan itu akan memulakan bicaranya dengan mengatakan, "Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Sembah patik ini sembah derhaka.Ini bahasa yang halus yang digunakan dalam masyarakat Melayu lama sebagai alas cakap sebelum menyatakan pendapatnya yang bertentangan dengan arahan Paduka Raja.

Yang menjadi masalah besarnya adalah, media BN memanipulasikan semahunya perkara ini, dan sudah tentu permainan licik media ini adalah tajaan BN semata-mata. Kontroversi "derhaka yang sepatutnya" sudah terjadi di Terengganu ketika krisis perlantikan Menteri Besar dan penyokong BN jelas menentang Tuanku Sultan tetapi itu tidak pernah dianggap derhaka oleh media. Satu sahaja tujuan BN,mengaburi mata rakyat, dengan menggambarkan Nizar sebagai seorang penderhaka kepada Tuanku Sultan Perak. Anda pun tahu Demang Tv1, Tv3 suku macam mana kan?

Apabila PAS yang jadi musuh mereka (BN), isu seperti yang menimpa Nizar dianggap derhaka. Nizar melafazkan sembah derhaka secara berdepan dengan Tuanku Sultan ketika menyatakan percanggahan pandangan beliau. Sedangkan di Terengganu, ada pihak yang berdemonstrasi dan menghina Tuanku Sultan secara belakang-belakang. Itu boleh dianggap derhaka. Adakah perkara ini sukar nak difahami?

Yang menghairankan, pimpinan UMNO merujuk perkataan 'sembah derhaka' itu dengan kefahaman "menderhaka kepada Sultan". So apa kes Demang? Kalau tokoh bahasa pun tidak berikan gambaran menderhaka, apatah lagi kita? Dan rakyat kat luar pun memahami perkara yang sama.

Harap Demang menjawab.

tamupulaumelaka said...

sejak bernama 'umno' memang mereka ketepikan 'bahasa'. apatah lagi bahasa beradab dan beradat. ppsmi hingga kini walau ditegur dengan demonstrasitetap dipandang sepi. pak lah..najib...tak kata apa!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.