Subscribe

Hujah Tv9 : Lain ditanya, lain dijawab sesumpah (Ezam Al-Kotaki)



Ezam dihantar setelah Zahid Hamidi menarik diri daripada mengikuti program Hujah berhubung tajuk : PolitikWang di Tv9. Pencabar utama kepada Zahid Hamidi iaitu Dato Paduka Husam Musa juga bertindak menarik diri setelah mengetahui ketidaksediaan Zahid Hamidi berdebat mengenai isu politik wang.

Apa yang menarik, bukan persoalan kenapa Husam Musa menarik diri apabila ditukar pencabarnya itu Ezam. Dari segi logik sekalipun memang tak padan Husam Musa nak lawan dengan Ezam. Persoalan " Siapa Ezam dalam UMNO" sudah cukup sebagai alasan Husam Musa menarik diri. Tetapi apa yang saya nak katakan di sini,dan yang menarik adalah intipati dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ezam sendiri terhadap segala persoalan yang diutarakan oleh Dr Agus berhubung politikwang.

Ezam oh Ezam.

Pertama : Saya tak sangka orang yang mengatakan dan menjulang diri sendiri sebagai hero ini banyak tergagap-gagap dan berdolak dalik sepanjang sesi soal jawab dengan prof Agus (Itu belum Dato Paduka Husam Musa).Berhubung rasuah dalam UMNO digambarkan sebagai tindakan yang berani mengaku, disamping mengatakan rasuah itu menjadi satu fitrah semulajadi bagi kerajaan yang berkuasa, lantas membuat kesimpulan bahawa bagi setiap parti yang berkuasa dan memerintah itu maka wujudnya rasuah. Dituduh sama kerajaan seperti kerajaan PAS di Kelantan wujud rasuah, Kerajaan DAP Pulau Pinang wujud rasuah, dan kerajaan PKR Selangor wujud rasuah. Tapi bila ditanya mengenai dimana bukti dan kenapa kes tidak dibawah ke Mahkamah oleh Prof Agus, dia berkata " Itulah yang menjadi kebimbangan saya".

Kah kah kah. Ko buat lawak ape ni Ezam? Apa yang ko meracau ni? Sudahlah tidak menjawab persoalan Prof Agus, dipusing dan dituduh pula kerajaan Pakatan Rakyat pun merasuah. Apa ko sudah lupa bahawa ko sendiri pernah menganugerahkan Amanah GERAK 2008 kepada kerajaan PAS Kelantan suatu ketika dulu? Ko ni banyak merepek la mamat.

Kedua : Bila ditanya oleh Prof Agus dimana perginya kotak-kotak rasuah seperti yang didakwa oleh beliau satu ketika dahulu?, Ezam mengatakan kotak-kotak itu berada di tangan Anwar Ibrahim. Aik??? Dulu bukan main kata bahawa kotak itu berada pada genggamannya. Malah semasa berkempen di Permatang Pauh hari tu pun mengatakan kotak-kotak itu masih dengannya. Sekarang kata kotak itu dengan Anwar Ibrahim pula? Aduhai Ezam. Sekali lagi ko meroyan. siapa yang berdegar-degar bercakap mengenai kotak-kotak tu dulu? DSAI ke engkau si Ezam? Yang bercakaplah kena bertanggungjawab, dan rakyat memang dari dulu lagi nak tau,ape dah jadi dgn kotak-kotak tu? soalan seterusnya, kenapa engkau tak buat laporan SPRM? Di mana prinsip ko yang dulu Ezam?

Ko ni macam badut la Ezam. Sepatutnya ko memang layak masuk pertandingan Anak Wayang terbitan Astro.

Ketiga : Topik perbincangan seharusnya menyentuh politikwang dalam UMNO. Kerana apa saya berkata demikian? Kerana memang dan dibuktikan dengan jelas hari ini, hanya parti UMNO mengamalkan rasuah. Dan dakwaan dengan bukti itu pula bukan sekadar omongan kosong semata-mata, malah sudah disabitkan dengan politikwang pada perhimpunan agung UMNO dulu ( Tapi yang rasuah juga diangkat sebagai pemimpin). Maka benarlah kata Chedet, kata Tg Razaleigh Hamzah, parti UMNO ini membarah dengan para perasuah.

Yang si Ezam dok buat tuduhan kepada parti lain tu pasal apa? Dok tuduh Kerajaan PAS ada rasuah, PKR dan DAP ada rasuah. Kalo sekadar tuduh tapi bukti kosong serta dan tidak pernah dibawa ke mahkamah baik duduk diam jelah Ezam. Jangan dok buat bising-bising. Semakin anda berhujah semakin menampakkan kebodohan anda sendiri.Usah berbicara tentang integriti sekiranya anda sendiri tidak bermaruah.


Nik Aziz terima anugerah Amanah GERAK 2008

Thursday, 06 March 2008
Khamis, 06 Mac 2008

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima Anugerah Amanah Gerak 2008 yang disampaikan Pengerusi Gerakan Rakyat anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Nor.

Anugerah itu diberi hasil komitmennya menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kerajaan Kelantan hampir 18 tahun.

Anugerah tersebut disampaikan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada majlis khas di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar tengahari tadi.

Ezam berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan satu-satunya Menteri Besar paling bersih di negara ini kerana tidak terdapat sebarang laporan rasuah terhadap diri dan keluarganya.

“Keputusan penganugerahan itu dibuat hasil mesyuarat Gerak Malaysia yang difikirkan wajar diberikan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Hasil kaji selidik yang dibuat Gerak beliau juga merupakan Menteri Besar paling dihormati dan bersih dari sudut akhlak dan komitmen tinggi melawan rasuah.

“Di samping itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempamerkan sikap sederhana sehingga dapat bertahan dalam tempoh 18 tahun mentadbir negeri ini,” katanya pada majlis tersebut.

Menurutnya, selaku Pengerusi Gerak beliau mendapati Menteri Besar Kelantan mampu mempertahankan ciri-ciri kesederhanaan dalam tempoh begitu lama.

Katanya, tidak ada seorang tokoh politik di Malaysia dalam tempoh 18 tahun mampu mempertahankan sikap tersebut.

“Kerana itu Tuan Guru Nik Aziz layak dianugerah gelaran tersebut,” kata beliau.

Pada majlis itu turut dilancarkan buku bertajuk ‘Islam dan Perjuangan Melawan Rasuah’ yang ditulis Ezam dan Helme Hanafi.

Selain itu turut dilancar Manifesto Gerak bagi melawan korupsi yang dilakukan Menteri Besar.

Ezam berkata, Gerak memilih Kelantan sebagai tempat yang sesuai melancarkan buku berkaitan rasuah memandangkan negeri ini bebas dari segala unsur rasuah.

“Agenda Gerak sebenarnya untuk menggerakkan institusi pondok yang melibatkan agensi kerajaan sebagai fokus melawan rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

“Ia bertujuan mewujudkan budaya masyarakat bebas dari gejala rasuah bermula di peringkat tertinggi sehingga paling bawah,” ujarnya.

Ezam sedang menyampaikan Anugerah Amanah GERAK kepada Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan

Ezam menghadiahkan buku terbitannya bersama GERAK, " Islam & Perjuangan Melawan RASUAH"
Pengerusi GERAK Mahasiswa, Sdr Faridzul menyampaikan Manifesto Gerak Mahasiswa kepada Tuan Guru Nik Aziz

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.