Subscribe

Krisis Perak : Nizar MB Perak yang Sah !! Zambry MB Haram yang sah !


Tanggal 11 Mei 2009, akhirnya MB Nizar telah dibuktikan dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Pengembalian maruah Kerajaan PR di Perak oleh mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuktikan bahawa keadilan yang dituntut MB Nizar terbela. Keputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia akhirnya diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.

Pengumuman dan pengesahan MB Nizar sebagai Menteri Besar yang sah di Perak juga merupakan satu pengumuman bahawa Kerajaan Kudeta UMNO di Perak adalah haram. Ini juga bermakna pengesahan Mahkamah bahawa Zambry adalah Menteri Besar Haram, 6 Exco yang dilantik juga adalah haram, dan kerajaan HARAM telah dibina oleh UMNO di Perak selama 3 bulan. Pengharaman secara tidak langsung entiti-entiti ini membuka mata rakyat khususnya rakyat Perak, bahawa kemelut yang berlaku di Perak adalah disebabkan UMNO yang jahat,bukan disebabkan keengganan Nizar meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Pengesahan Nizar sebagai MB Perak yang sah membuktikan jalan songsang yang dipilih UMNO iaitu 'merampas' Perak kini dibuktikan mahkamah adalah cara kotor dan tidak bermaruah.

Kudeta UMNO Perak sebelum ini,yang menggesa Nizar meletakkan jawatan sebagai MB Perak dan mengatakan bahawa Nizar hilang majoriti ADUN di Perak adalah tidak benar sama sekali, kerana tidak pernah berlaku di DUN Perak satu usul undi tidak percaya. Dan berdasarkan amalan demokrasi sepertimana yang diterangkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim , isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap Nizar, dan USUL ini belum berlaku, dan Nizar tidak boleh disingkirkan sama sekali.

Dan Alhamdulillah, akhirnya kebenaran itu ditangan mereka yang sabar, dan mereka yang benar. Penentuan mahkamah yang mengesahkan Nizar sebagai MB Perak yang sah dan penolakan permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan juga adalah betul. Dan pada hari ini, Nizar akan berjumpa dengan Sultan Perak utk mempersembahkan dan mohon perkenan Sultan membubarkan DUN Perak.

Apa yang dilakukan Nizar ini adalah betul, dan langkah drastik ini bukan kerana takut kehilangan majoriti di DUN melalui undi tidak percaya, sebaliknya kembali ke pangkal jalan. Menyerahkan kuasa kepada mereka yang benar-benar berkuasa menentukan menentukan siapa pemimpin mereka.Memperkasa suara dan keputusan rakyat itu adalah jalan terbaik menyelesaikan krisis ini. Hal ini kerana,sekiranya tidak dibuat pilihanraya baru, ini bermakna kerajaan minoriti PR di Perak yang memerintah,dalam keadaan Speaker di pihak lawan, dan akhirnya, kemelut ini akan terus berpanjangan dan tidak berkesudahan. Penyelesaian serta merta yang dibuat Nizar ini membuktikan situasi menang-menang, kalah-menang tidak wujud lagi. Serahkan kepada rakyat, dan insyallah,krisis di Perak akan berakhir setelah pilihanraya dijalankan.

Moga Sultan Perak memperkenan tuntutan Nizar tersebut. Sultan yang terkenal sebagai bijaksana dan berhemah pasti tau, hanya dengan pembubaran DUN sahaja jalan penyelesaian kemelut dan krisis politik di Perak. Keputusan mahkamah yang telah dibuat juga menjadi dalil konkrit untuk berhujah dengan Sultan, bahawa jalan pembubaran DUN yang terbaik. Good Luck Nizar..

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.