Subscribe

Kuli-kuli BN Menyalak dan Menghasut



Kerana terlalu kecewa dengan Boss Besar yang tidak mahu menghantar calon di Penanti, maka ramailah kuli-kuli bawahan yang kepanasan, apa tidaknya, Penanti yang telah diburukkan dengan tuduhan rasuah terhadap Fairuz (PKR) akhirnya tidak berjaya. Plan punya plan, akhirnya boss besar taknak hantar calon kerana kecut perut. Bukan apa, Boss Besar pun pikir jugak, 4 PRK di Semenanjung telah mengajar dan menjatuhkan air mukanya/BN bahawa buat masa sekarang ni,totally BN ditolak rakyat. Bertanding lagi dalam situasi rakyat yang marah hanya menempah maut kali kelima. So baik jadi bapok dari kalah sekali lagi.

Si kuli-kuli kepanasan ini tidak tahan dengan serangan PR yang lantang dan tegas menyingkap kebobrokan pemerintah. Lantas si kuli-kuli yang gila talak ini melawan arus, walaupun tidak menghantar calon, tapi mereka tetap menyalak konon memberi "penerangan" kenapa tidak menghantar calon,dan ada pula kuli yang lebih terkenal dengan gelaran beruk dijalanraya pula mengeluarkan kenyataan menghasut " supaya rakyat memboikot dengan tidak keluar mengundi di Penanti".

Sikap yang ditunjukkan oleh kuli yang konon memberi "penerangan" sesuai lah dengan gelaran "Kuli gila talak",kerana meroyan dan meraban,terlalu gian nak naik pentas berceramah. Kerana hajat tidak kesampaian, maka kuli-kuli ini sanggup ke hulu-hilir melepaskan gian di pentas UMNO yang hanya disertai kurang 100 orang.

Sementara sikap kuli yang menghasut rakyat agar tidak mengundi pula tidak perlu diberi gelaran apa-apa. Panggilan manja "beruk dijalanraya" memang sudah sesuai menggambarkan sikap keberukan yang ditunjukkan. Walaupun ia jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi, namun beruk tetap dengan sikap keberukannya. Menghasut dan terus menghasut. Kenyataan beruk dijalanraya ini sebelum ini yang lantang berkata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini, secara terang telah dibuktikan. Yang mencabul demokrasi, yang merosakkan demokrasi adalah diri dia sendiri. Dasar beruk.

Apapun, kita mengharapkan semoga rakyat di Penanti bijak menilai dan memilih siapa pemimpin mereka. Pedulikan BN dan kuli-kulinya yang melalak, menghasut. Tunaikan kewajipan kita sebagai rakyat. Keluar mengundi beramai-ramai pada 31 Mei 09. Dan dengan ketiadaan calon BN di Penanti itu lebih aman dan permai. Ayuh sama-sama mengundi calon Pakatan Rakyat.


by JilFityan

2 comments:

mamai said...

bro berapa umur beruk tu bro...agak-agak ada dalam 59 tahun ka....

...saya minta izin untuk link bro...

awang jagat said...

itu kuuli kuli mengamok..kerana duit tak masyuk laaa... klu ada masuk PRK dah tentu dapat gak songlap duit rakyat... tu yang marah sangat tu... apa lagi yang kuli kuli tu nak...nak kontark buat jalan kee...korek longkang kee...itu aje...laa tak ada laaa projek mee maggi....

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.