Subscribe

UMNO BOIKOT PRK PENANTI UMPAMA SERIGALA TAKUT KEPADA KAMBING


1.Mana ada sejarah PRK sejak merdeka Umno/BN boikot pilihanraya. Ini satu sejarah politik negara, kerana BN parti yang masih berkauasa diperingkat pusat dan mempunyai kelebihan media dan kewangan. Sah Umno umpama serigala takut kepada kambing.

2.Pembangkang boikot PRK adalah lumrah biasa, seperti di Sungai Lembing Pahang pada tahun 2004, dan Batu Talam Pahang. Pembangkang boikot ada asasnya kerana protes terhadap SPR. Umno boikot atas asas apa? Jawabnya kerana takut “3 Ya”. Antatuya, pilihanraya dan hantu raya.

3.BN boikot PRK Penanti kerana membazir wang rakyat. Pelik bin ajaib PRK Manik Urai 14hb Julai 2009, BN hendak sertai pula. Keputusan hendak sertai di Manik Urai tidak sempat mayat hendak dikebumi lagi. Maknanya Umno tidak konsistan dalam pendirian.


4. Telahan yang boleh dibuat kenapa Umno boikot PRK Penanti 31hb Mei 2009. Pertama kerana takut kalah. Kedua kerana janji PRK Permatang pauh tak tertunai lagi. Ketiga takut isu Antatuya. Keempat pengundi Penanti sebelah dengan negeri Perak yang dirompak disiang hari oleh Umno. Mereka akan ajar kebiadaban Umno/Perak yang membunuh demokrasi di Perak.

Ustaz Haji Idris bin Ahmad
Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat 2007-2009

1 comment:

Mohd Sufian said...

Salamualaikum,

1. Pada 1975, Barisan Nasional pernah tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu, Perak.

2. Keputusan PKR DUN Penanti sudah diketahui, PKR menang 'Syok Sendiri' dengan mencatat kehilangan 1294 undi.

3. Berbeza situasi antara DUN Penanti dan DUN Manek Urai. DUN Penanti kosong kerana Pada 8 April 2009, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai ADUN Pulau Pinang, Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 selepas beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang. DUN Manek Urai pula kosong berikutan kematian Haji Ismail Yaacob pada 5.55 pagi 22 Mei 2009.

4. Walaupun Calon PKR memenangi Pilihan ini dengan majoriti hampir 6,000 undi, Peratusan mengundi hanyalah 46.15%, itu satu nilai yang terendah dan memalukan sekali di dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.