Subscribe

Siapa Pengamal Undang-undang Rimba?


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah kerana tiada kekosongan jawatan berlaku dan tiada usul undi tidak percaya terhadap beliau dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Pengesahan ini melegakan banyak pihak terutamanya rakyat Perak, yang menanti dengan penuh debar, apakah kesudahan cerita status sebenar : 'Siapa MB Perak'

Pengesahan Nizar selaku MB Perak sekaligus mengembalikan kuasa undang-undang yang telah dicabul oleh Kerajaan UMNO Perak sebelum ini. Permainan para pemimpin yang tidak bertamadun ini telah banyak mencetuskan situasi yang bercelaru dan huru-hara di negeri Perak sehingga mengganggu-gugat kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Rakyat dikelirukan dengan fakta songsang dan tafsiran undang-undang mengikut kehendak Umno dan Barisan Nasional (BN). Dan antara jentera kerajaan yang dipergunakan bagi menyekat kebenaran dan melunaskan hasrat keji UMNO adalah Tv3, RTM, Utusan, Berita Harian dan lain-lain.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Pakatan Rakyat. Kemelut yang berlaku di Perak disalahkan kepada Pakatan Rakyat seratus peratus dengan menyifatkan PR pengamal undang-undang Rimba. Kenyataan Pak Menteri dan Lembu UMNO yang lain dihebahkan di media-media, menegas seolah-olah mereka di pihak yang benar, dan dengan sinis menuduh PR pengamal undang-undang Rimba.

Dan semalam, segalanya terungkai. Pengesahan Nizar Jamaludin sebagai MB Perak yang sah menjawab segala persoalan. Siapa pengamal undang-undang rimba yang sebenarnya?? Yang sah ke yang haram pengamal undang-undang Rimba? Siapa yang mencabul undang-undang??

Sekiranya jawapan anda adalah BN, maka itulah selayaknya.

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.