Subscribe

Juara Anak Wayang Astro : Ahmad Maslan

Bila selak sahaja akhbar Utusan Meloya Online, perasaan loya nak muntah terasa. Satu paparan gambar dan berita Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang menjadi calon UMNO di Manek Urai cukup menggelikan anak tekak. Dalam hati berkata " Gila agaknya orang tua ni.. "Bukan nak mengata, tapi lihat sahajalah pemimpin UMNO hari ini.Berselindung atas title 'menyelami keperitan hidup rakyat walhal terang-terang mengzahirkan sikap 'memperbodohkan' rakyat. Aduh bangalnya .. ~!

Lihat sahajalah gambar ini :



Paparan gambar Maslan yang sedang menoreh getah milik seorang penduduk di kawasan Manek Urai sungguh menjelikkan. Bukan kerana gambar itu, tapi sifat kemunafikan, bila tiba sahaja pilihanraya barulah nak menjejakkan kaki ke rumah penyokong UMNO. Dikhabarkan, penyokong UMNO Manek Urai meluahkan kekecewaan bila mana masa Ahmad Maslan begitu mahal, sehinggalah rakyat di situ yang ingin berjumpa dengannya terpaksa melupakan niat dan hajat memandangkan kelibat Ahmad Maslan yang sangat jarang untuk ditemui dan sukar untuk didapati.

Tapi bila dicalonkan, tangan dan kaki pun jadi ringan untuk jejakkan kaki ke rumah penduduk. Tak cukup dengan tidur dirumah penduduk, untuk menjadikan watak seorang yang mulia menjadi lebih real, Ahmad Maslan turut sama menoreh getah. Nak katanya, "Akulah pemimpin berjiwa rakyat .. ". Peetuuiihhhh.. .~!!!

Rasanya kita tidak perlu mencari siapa pemenang bagi rancangan Anak Wayang Astro. Tak perlu susah-susah cari, kita dah jumpa siapa pemenangnya.

by JilFityan

5 comments:

Mohd Sufian said...

Salam,

Posting ni layak letak kat thred Tranungkite.Net. :)

Anonymous said...

hmm..bosanla asyik cakap pasal politik..apa kata kalau saudara hasilkan penulisan yang lebih bersifat akademik dari menulis kisah-kisah yang remeh temeh sebegini? Sayang sekali, jika beginilah caranya saudara menghasilkan blog..bukankah lebih molek jika saudara mengutarakan isu-isu bagaimana untuk memartabatkan umat Islam? tentang bagaimana untuk kita membudayakan penyelidikan dalam kehidupan..membudayakan ilmu..sampai bila kita ingin terus berpolitik?? kita masih bercakap pasal politik kedai kopi, menuduh itu ini, membuat cerita-cerita yang sensasi..tetapi bangsa lain berlumba-lumba membuat penyelidikan..berlumba-lumba menerbitkan makalah-makalah ilmu..apakah kita mahu sekadar berpuas hati dengan pencapaian ijazah pertama?

Anonymous said...

seperkara lagi..janganlah asyik mengkritik.,menggunakan perkataan-perkataan yang tidak berapa elok..agama Islam adalah agama suci yang sentiasa menyeru kepada kebaikan..islam bukan sekadar pada nama mahupun pada parti..kurangkanlah politiking dalam blog saudara..adalah lebih mulia jika kita sama-sama menggembleng tenaga, mercerna minda untuk membangunkan umat, dan negara yang tercinta.

Jil Fityan said...

Mmmm,sekiranya saudara bosan bercerita pasal politik saudara boleh berkunjung ke blog lain yang tidak bercerita pasal politik. Tiada siapa nak halang saudara membaca di mana-mana blog. Bagi saudara hal Maslan ini adalah remeh temeh dan begitu juga bagi saya. Kerana perkara remeh temeh beginilah yang membosankan lagi politik dalam negara.

Oh rupanya berpolitik ini tidak akademik. Tapi kalo berpolitik Barisan Nasional tentu sekali akademik lah? hehe.Tak usah berselindung di sebalik nama Anonymous kan lebih elok letak nama dan URL blog saudara sekali.Tak gitu? Tengok penulisan pun saya kenal sape saudara. Hehe. Mengata dulang paku serpih ye?

Jil Fityan said...

Kalo tidak mengkritik,tidak menegur sampai bila-bila pun rasa diri sendiri betul. :)

Tertarik kepada "Islam bukan sekadar pada nama mahupun pada parti"

Ya, terserlah sudah orangnya.Tak gitu?? Ke konar jangan tak konar?? Apa-apa sahajalah. Dah lah tu usah berselindung bawah Anonymous.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.