Subscribe

Perempuan Obses kepada kecantikan?



Paling Kanan: Gambar Siti Saerah adik Siti Nurhaliza

Perempuan lazimnya sangat obses kepada kecantikan, merasakan diri mereka cantik, sehingga mengabaikan tuntutan agama yang mewajibkan wanita (muslimah) menutup aurat dihadapan bukan muhrim. Dosa pahala diketepikan,, "itu lain cerita.." Apa yang penting, mereka boleh mendedahkan disana sini, bahagian itu bahagian ini, sbg contoh :

Gambar Zila Bakarin

1) Bertudung - tetapi tudungnya singkat, atas paras dada menampakkan bonjolan buah dada

2) Berseluar - seluarnya ketat dan menampakkan bentuk badan

3) Berbaju kemeja - Kemeja pun singkat dan ketat, kain kemeja itu tidak pun menutup atau dilabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan atau belakang seluar.kalaulah zip seluar terbuka mesti dapat diketahui oleh orang

4) Berbaju T-Shirt dan berlengan pendek - menampakkan lengan dan sikunya yang sesetengahnya lengan berbulu.

5) Baju kurung - tersangat ketat, menampakkan bentuk badan, menampakkan pinggang yang langsing, bahagian dada yang dipersempitkan, dan warna warni yang cukup menarik perhatian.

Gambar kiri : Salima AF

6) Skirt - Selalu memakai skirt yang singkat menampakkan betis dan sesetengahnya suka memakai skrit terbelah yang boleh kelihatan bahagian dalaman apabila duduk di dalam komuter.

7) Seluar jeans - cukup ramai wanita memakai seluar jeans sekalipun ianya ketat, menampakkan bentuk tubuh badan, dan mengikut shape potongan kaki.

8) Yang langsung tidak bertudung, dedah sana dedah sini. (hampir 70 % wanita Muslim Malaysia)

Semua tayangan yang ditayangkan adalah tidak lain dan tidak bukan kerana mereka obses kepada kecantikan diri sendiri. Walaupun sedap dipandang mata oleh sesetengah pihak, namun ia adalah buruk mengikut pandangan agama.


Gambar Jasmin Hamid

Kita menelusuri apakah maksud aurat wanita: Aurat wanita adalah :

* Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
* Maksud tapak tangan: pergelangan, kekura dan tapak tangan hingga kehujung jari.

Namun berapa ramai wanita Muslimah yang kita dapat lihat hari ini, yang betul-betul menutup aurat ? Bila diajukan persoalan, jawapan yang biasa diberikan adalah seperti :

1) Belum sampai hidayah, umur masih muda.
2) "Kau sibuk jaga tepi kain orang pasal apa? Ko kubur lain aku kubur lain."

Sampai bila kita hendak membiarkan kefahaman aurat hanya bermaksud menutup rambut? sampai bila pula, harus kita melihat muslimah kita berusaha memakai tudung dan mengenakan pelbagai tudung yang mahal harganya tetapi tetap memakai seluar jeans ketat dan memakai skirt yang menampakkan betis kaki ?

Apapun, sebagai peringatan, tutuplah aurat kalian sebelum kalian ditutup dengan kain kapan. Satu mata memandang aurat kalian wahai wanita, maka satu dosa sudah terpamit dan dicatat oleh malaikat Rakib. Dan sehelai rambut itu mewakili satu dosa, berapa banyak dosa yang kalian dapat dalam sehari ? dalam seminggu ? dalam sebulan ?? itu baru rambut.

Maka benarlah, perempuan itu lebih ramai di neraka berbanding lelaki.

Artikel by JilFityan

2 comments:

Anonymous said...

insaf2..

Anonymous said...

sy ske pos ni...pedas xpi bermakne..
sy gelarkn fenomena ini sbgai "virus"
mgkin wanita yg terkene virus ini x m'punyai antibodi yg kuat
iaitu iman yg menebal dlm dada
kurang ilmu agama..m'anggapkn ape yg diajar d dplejari d skolah sudah memadai..dan enggan ke majlis2x ilmiah..
ini lh persepsi yg patut dimusnahkn...
media slalunye m'pamerkan ikon wanita yg bertudung,,ttpi pakainnye jauh dr landasan islam...
sesetengah ibubapa pula BUTA dan sejuk shj mate memandang pkain anak2x mereka yg x cukup kain..

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.