Subscribe

UMNO ibarat 'anjing menyalak bukit' -JohorDaily



Johor Bahru - Hari ini dipaparan akhbar tersusun barisan pemimpin Barisan Nasional terutama Umno mengulas keputusan pilihanraya kecil di DUN Penanti. Semalam juga Johor Daily memaparkan juga ulasan dua tokoh Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Khir Toyo mengenai pekara yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dari luar negara juga mengulas pekara itu. Beliau dengan keputusan enggan bertanding diibaratkan seperti ' anjing menyalak bukit ' bila mengetahui peratusan yang keluar mengundi amat rendah dan majorotinya berkurangan.

Seorang penyokong Pakatan Rakyat memberitahu Johor Daily, " sudahlah tidak berani bertanding, kebulur pula mencari wartawan '. Ketika mengulas pemimpinan BN yang memberi komen mengenai kemenangan PKR itu.

" Saya sudah menjangkakan orang UMNO akan memberi ulasan sedemikian rupa , kita lihat nanti di Manek Urai ..." katanya lagi. Sementara itu Johor Daily mendapat blog pro Pakatan Rakyat membidas BN dengan pelbagai pendapat dan ulasan.


Dipetik dari JohorDaily

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.