Subscribe

UMNO parti darat, kuno


Ya, itulah yang sebenarnya. Semenjak saya aktif dalam penulisan politik, dan terdedah dengan dunia politik maya dan diluar, satu kesimpulan yang dapat dibuat adalah " UMNO adalah sebuah parti politik yang darat.. ". Istilah darat dalam bahasa Kelantan bermaksud, ketinggalan zaman, kuno, tak relevan, kebudak-budakan dan seumpama dengannya dari semua aspek. Dalam erti kata lain, sesuai untuk golongan tua yang sudah berusia, kerana senang untuk dimanipulasikan. Kalo untuk golongan muda,sorry to say lah.

Antara skop yang boleh kita lihat adalah dari segi cara berkempen tiap kali pilihanraya. Sama ada pilihanraya Umum atau Kecil, tektik yang sama diguna oleh UMNO dan BN. Kalo takde projek mee segera, takde bantuan drastik kepada penduduk (sogok) tiap kali pilihanraya, maka itu tidak sah. Tidak cukup dengan itu, menggunakan media arus perdana untuk tujuan berkempen, siap ada lagu tema supaya mengundi (tetapi dipaparkan Pakatan Rakyat dengan gambaran negatif). Pada time tu jugaklah pemimpin UMNO dan BN turun padang, kasi bantuan kat rakyat setempat sambil merasuah " Jangan lupa undi BN ya ...". Ada juga yang tidur rumah penduduk,turut sama menoreh getah, konon mesra rakyat. Aduhh..Mereka ingat rakyat buta?

Dari segi teknikal pula,cara mereka (UMNO) membuat culaan pada setiap pengundian sungguh melucukan. Jentera PAS sudah menggunakan komputer untuk membuat culaan, semuanya secara berkomputer tetapi mereka masih membuat garisan pada kertas, menulis dan mencatat secara manual (Cthnya semasa PRu12). Kekampungan sunggguh. Dah tu mereka yang terlibat adalah dari kalangan penyokong tegar UMNO yang dah tua.

Melihat dari aspek kewibawaan dan ketokohan ketika berpidato, pemimpin UMNO jauh ketinggalan. Kebanyakan terdiri daripada mereka yang tidak reti untuk berhujah. Kebanyakan mereka beremosi ketika bercakap, bercakap mengenai agama jauh sekali. Dalam erti kata lain, pemimpin UMNO terdiri daripada jahil agama dan 'darat'. Jadi tidak heran sekiranya ada daripada kalangan mereka suka membuat isyarat lucah, mencarut, memaki hamun. Kerana pemimpin UMNO terdiri daripada pemimpin yang tidak matang. Lihat sahaja video dibawah ini :



Dan ini :



Teringat sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dulu, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen memberi warning kepada mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac dulu boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tatakelakuan UMNO. Heran bin ajaib!

Mereka bercakap seolah-olah sedang berada di zaman baru mencapai kemerdekaan. Atau mungkin mereka ini jenis rabun IT yang tidak kenal dan tidak pernah menggunakan kemudahan internet, tidak tahu apa itu blog dan tidak sedar peranan blog di zaman digital ini? Tapi tak kan pula pemimpin-pemimpin besar UMNO itu berjiwa kecil dan sedungu itu? Darattt.... darattt...

Yang membawa politik perkauman pula, tidak lain dan tidak bukan adalah ketua Umno bahagian Bkt. bendera. Datuk Ahmad Ismail yang mengeluarkan kenyataan yang memilukan hati orang Cina semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas. Dia didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa penduduk Cina hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini. Konon membela Melayu, kah kah kahakk...

Jadi sebarang gesaaan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat dalam situasi rakyat yang saban hari menyokong Pakatan Rakyat adalah mustahil dan satu seruan ketinggalan zaman. Sekarang ini zaman untuk meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional yang 'darat'. Mana mungkin menyeru rakyat yang sudah bangkit, yang boleh mencari maklumat dihujung jari, untuk menyertai BN? Lu pikir la sendiri..

by JilFityan

7 comments:

Jil Fityan said...

Sila berkunjung ke http://mykmu.net dan melihat gelagat penyokong UMNO yang darat ketika berhujah.

mamai said...

umno dulu kini dan selamanya berdebu dan berkarat..

Mohd Sufian said...

Salamualaikum,

1. Saya golongan Muda, tiada keahlian UMNO. Satu sen pon UMNO tak bayar kepada saya untuk menulis perkara ini. Namun saya ikhlas menjadi seorang ProKerajaan, Macam mana pulak tu?. Tidak dinafikan PRU12 memperlihatkan Pakatan Rakyat berjaya membakar darah muda dengan menanam perspektif negatif terhadap Kerajaan UMNO/BN. Saudara juga perlu buka mata dan minda macam mana forumer di TranungKite.Net berforum (Tarbiyah maki hamun, kafir mengakafir, kufur mengufur sesama Islam).

2. Projek mee segera ke, bantuan ke. Semuanya untuk rakyat juga. Bila ada pilihanraya, orang PAS juga sebok turun meraih undi dengan menghulurkan 'hadiah' beras, kain Pelekat dan lain-lain yang seumpamanya.

3. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Ahmad Maslan buat baik pun dipandang keji. Ahmad Maslan yang sudah bergelar YB masih tidak lupakan daratan dan kesusahan Penoreh Getah mencari uang kerana YB Ahmad Maslan juga asalnya dari keluarga miskin. YB Ahmad Maslan meneruskan tradisi UMNO mendekati serta menjiwai rakyat dengan tidur dirumah rakyat maheran sendiri. Pakatan Rakyat cuba meniru pendekatan BN/UMNO memenangi hati rakyat. Penggunaan "Rakyat", UMNO dah lama pakai. Laungan: "Suara Rakyat, Suara Keramat." Adalah hanya hasil ciplakkan Pakatan Rakyat terhadap Slogan BN. Saudara juga perlu ingat, persatuan PAS-PKR-DAP didalam Pakatan Rakyat juga hasil ciplakkan teori gabungan utuh UMNO-MCA-MIC-Parti2 lain dibawah Barisan Nasional. Kempen "TAK NAK BN" juga hasil ciplakkan dari Kempen "TAK NAK MEROKOK" kementerian kesihatan Malaysia. Jadi, apa yang original dan gahnya Pakatan Rakyat itu?

4. PRU12, diakui UMNO terlepas pandang pada perang saraf di Internet. Setelah UMNO bermuhasabah diri dan bangkit berubah kearah yang lebih baik, suara blogger Pro kerajaan mula berkumandang serta menggegarkan dunia Internet ini sehinggakan Raja Petra Kamaruddin juga telah sedar akan gelombang ini.

5. Ceramah PAS dahulu dan sekarang lain. Kalau dahulu Ceramah PAS berkisar tentang Agama kurang dapat sambutan. Kini Ceramah PAS diperbaharui dengan Ceramah ugama diselang seli juga dengan fitnah, maki hamun UMNO, dan cerita yang tak tahu hujung pangkalnya... Tetapi itu (Halal dan Haram) semua sudah tidak penting, apa yang penting bagi Pakatan Pembangkang adalah menumbangkan kerajaan BN dan duduk dikerusi empuk Putrajaya walau apa sekali cara pun.

6. Saya juga tidak hairan apabila ada calon UMNO gunakan media untuk berkempen walaupun sudah ditegah. Semasa muktamar tahunan PAS kali ke 55 baru-baru ini juga memperlihatkan Harakah juga tidak terlepas dari menjadi bahan kempen calon-calon tertentu yang bertanding.

7. Hakikatnya, MP Non-Muslim/Non-Bumi dari Pakatan lah yang bersikap rasis dan cuak apabila Melayu Islam mempertahankan hak istimewa sepertimana sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Hari ini, Kita memperlihatkan kepincangan pentadbiran Pakatan Rakyat yang makin hari makin rapuh nampaknya, Kerajaan Boneka Perak sudah tersungkur... Persoalan yang timbul sejak PR diwujudkan (Meskipun tidak berdaftar lagi) Berapa Lama Pakatan rakyat yang terdiri dari 3 parti yang tidak sehaluan PAS - Negara Islam. PKR - Nasib Anwar. DAP - Malaysian Malaysia. tetapi satu tujuan (iaitu Jatuhkan BN) ini mampu bertahan?

Sekian.

Jil Fityan said...

1) Video sudah terpampang, pemimpin mana yang mendajal mensyaitankan orang, memaki hamun, pemimpin mana yang memberi isyarat lucah kat orang. Tak perlu beri contoh forumer utk kaitkan dengan isu kafir mengkafir, maki hamun dan sewaktu dengannya. Tengok video yang ada kat atas sudah cukup.

2) Bantuan atau rasuah? Agaknya sedara sorang je pernah dapat beras tu, selaku seorang yang pernah bertugas untuk jentera parti pun, kami tidak pernah hulur bantuan beras dan kain pelekat kepada pengundi. Ke fitnah ni?

3) Yalah baguslah menolong rakyat. Tambah² masa nak mengundi ni. Masa lain tak tolong takpelah tapi yang penting masa nak mengundi ni,kena rajun skit. Tak gitu?

4) Tak payah dok gaduh pasal istilah datang dari mana, baik pikir masalah mengatasi politikwang dalam UMNO,sbb politikwang adalah satu rasuah. Dan rasuah tu dalam neraka. Pikir yang ni lagi baik.

"Al rasyi wal murtasyi finnar"

5) Ceramah PAS memang selalu fokuskan kepada ceramah agama. dan kalo takde orang tu adalah kerana mereka tak suka dengar ceramah agama sebab mereka suka lagi dok tengok Akademi Fantasia kat dalam Tv. Tengok kat masjid skrang, berapa kerat pergi masjid. Tak gitu? Normal lah tu. Lagipun banyak 'pihak' tak suka ceramah-ceramah agama ni. Tak gitu?

Tak perlu buat fitnah dan maki hamun. Semuanya amalan syaitan. Apa yang perlu, adalah menjelaskan apa yang terkandung dalam AlQuran dan Sunnah dalam ceramah. Terangkan kepada rakyat, siapa yang Allah maksudkan pemimpin yang zalim. Siapa yang Allah maksudkan sebagai kafir kerana menolak hukum Allah. Itu sahaja. Ceramah PAS terang perkara ini sahaja, maka hadirin yang mendengar akan sendiri faham. Kerana apa? Kerana ayat Allah itu jelas.

6) Yelah Pakatan Rakyat makin rapuh, sebab tu setiap Pilihanraya Kecil asyik mendapat mandat rakyat sahaja,menang je. Sebab rapuh. UMNO plak selalu tidak ada masalah. Gah, tiada politikwang, tiada masalah rasuah, tiada masalah jenayah, sebab tu setiap kali pilihanraya kecil asyik kalah je, tidak mendapat mandat rakyat sehinggakan di Penanti pun kecut perut nak hantar calon sebab TERLAMPAU GAGAH PERKASA. Sebab kuat.Tak gitu?

Mohd Sufian said...

Salamualaikum,

1) Lihat juga koleksi video tarbiyah bersama Melayu Pakatan Rakyat:

http://www.youtube.com/watch?v=GYDgLFDRnWA

http://www.youtube.com/watch?v=IGEGfgG5X1I

http://www.youtube.com/watch?v=jLO1-1ETz-E

http://www.youtube.com/watch?v=Ji6nT0mMW8o

http://www.youtube.com/watch?v=YrPCdczeuYU

2) BUKTI saya bawakan. Orang PAS kene halau kasi 'hadiah' beras kat parlimen Parit, Perak - http://www.youtube.com/watch?v=xSTLrNQIFn0

3) YB Pakatan apa kurangnya? Pinjam kata-kata saudra: "Tak gitu?"

4) "Pemberi rasuah dan penerima rasuah berada dalam Neraka", Jangan tengok UMNO/BN sahaja... Mana mungkin Pakatan Rakyat tak pernah ujud Rasuah, Umum juga mengetahui PAS juga bukan Hizb yang maksum.

5) Tarbiyahkanlah bahawa tindakkan PAS menegur pemerintah telah pun menyelesihi Sunnah Nabawiyah...

“Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa, janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah ia memegang tangannya, kemudian bersendirian dengannya. Apabila penguasa itu mahu menerima nasihat, maka itulah yang diinginkan. Apabila tidak, sesungguhnya dia (yang menasihati) telah menunaikan kewajibannya.” - Hadis Riwayat Ibnu Abi, Ahmad, Hakim.

6) Pilihanraya Kecil selama ini tiada istilah menang atau kalah, yang ada hanya "Mengekalkan kedudukkan". Di Penanti memperlihatkan PKR kehilangan 1000 undi. Persoalannya, Mana perginya 1000+ undi tu?

Jil Fityan said...

1) Sekadar nak tunjuk gelagat penyokong, baik tak payah beriya riya komen. Ada baiknya tunjuk gelagat pemimpin, daripada penyokong. Kalo nak disertakan gelagat penyokong BN pun berlambak di Youtube. Tapi tak perlulah saya nak sertakan semua gelagat-gelagat penyokong BN, menilai UMNO dan BN hanya melihat penyokong, low class dan double standard. Tapi kita menilai BN dengan melihat siapa pemimpinnya, sebab kerana pemimpin yang nak dijadikan teladan,ikutan. Video yang saya sertakan iaitu telatah Adnan Yaakob dengan Ahmad Said tu sudah cukup rasanya dijadikan sebagai contoh. Hehehe.

2) Eh, ye ke PAS kasi beras ? Pas kasi beras ke Pas kena halau ?? Gelagat brothers dalam tu suruh berambus tu.. Takde plak adegan PAS kasi beras. So mane bukti kata PAS kasi beras? Ni bagi video nak cakap PAS kena halau ke video nak kata PAs kasi beras ni? Hehehe.

3) Siapa ye YB Pakatan yang terlibat rasuah politik. Boleh la paste dekat sini. Nak jugak tahu siapa gerangan orangnya. Fairuz ye? Oh bukan, Fairuz tak bersalah. Hehehe.

Ya betul memang ada segelintir yang didakwa rasuah, contohnya dari PKR. Namun mereka telah dihukum,dibicarakan,dilucutkan jawatan, dan memang tindakan ini yang sepatutnya diambil. TIDAK KIRA PEMIMPIN MANA SEKALIPUN SEKIRANYA TERLIBAT DENGAN RASUAH MAKA WAJAR DIHUKUM.

Tapi yang bertambah herannya ada pemimpin yang tak perlu dihukum sekalipun MERASUAH. Contohnya pemimpin dari UMNO.Pemimpin UMNO yang disabitkan dengan rasuah tapi masih menjadi Menteri Besar ? Masih dapat menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO ? Ni apa cerita ni ? Tak pulak dengar dibawa kes ke mahkamah, tak pulak didakwa dengan sabitan rasuah. OOhh terlupa. UMNO parti yang bersihhhh. Rasuah pun tak apa, tak perlu hukuman. Lagipun kalo tak merasuah macam mana nak cari makan. Sebab tu la Mahathir sedih, Rais Yatim sedih, veteran UMNO semua sedih. Tapi nak buat macam mana. Darah daging.Tak gitu?

4) Saya tak perlu bersetuju dengan saudara, yang mengatakan tindakan PAS menegur UMNO adalah berselisih dengan Sunnah Nabawiyah. Siapa anda menilai ulamak dalam PAS dengan sedemikian rupa? Sudah cukupkah ilmu didada untuk mempertikai perjuangan parti Islam menentang kezaliman pemerintah? Setakat mana anda mengamalkan sunnah sekiranya membid`ahkan PAS dengan mengatakan tidak bertepatan dengan Sunnah?? berserbankah anda seperti nabi? Menutup auratkah anda mengikut sunnah? Ke masih berseluar jeans ketat mendedahkan aurat? Ke masih melakukan pergaulan tanpa batasan lelaki dengan perempuan antara sahabat² anda? Sekiranya anda sendiri tidak mengikut Sunnah, jangan membid`ah orang lain sesuka hati.

Tolong jangan terlampau konfiden dan dan buat anasir bahawa UMNO sebagai parti yang ikut Sunnah. Sebab ikut sunnah ka Rosmah tidak perlu bertudung? Sebab ikut Sunnah ke Hudud tak perlu dijalankan? Bangunlah dari lena. Insaflah.

من أطاع العلماء والأمراء في تحريم ما أحل الله أو تحليل ما حرمه فقد اتخذهم أربابا من دون الله

Maksudnya;
“Barangsiapa taat kepada ulama dan pemerintah pada mengharamkan perkara yang Allah telah halalkan dan menghalalkan perkara yang telah Allah haramkan, maka sesungguhnya dia telah mengambil mereka sebagai syirik selain Allah SWT”

الخامس : من أبغض شيئا مما جاء به الرسول صلى الله عليه وسلم ولو عمل به فقد كفر ؛ لقوله تعالى : { ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ }

Maksudnya;
“yang kelima : barangsiapa marah akan sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah SAW, walaupun dia beramal dengannya, maka dia adalah kafir. Ini disandarkan kepada firman Allah “Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka” (Surah Muhammad : 9)
(nawaqid Al-Islam : m.s 3)

Jil Fityan said...

5)Sudah berapa kali PAS melakukan secara Muzakarah dan muqabalah secara Sirr dengan UMNO. berapa kali?

[Antara tajuk muzakarah dan debat yang tidak menjadi kenyataan]

1.Pas ajak UMNO berdebat mengenai isu pelaksanaan hukum hudud.

2.Pas ajak UMNO bermuzakarah mengenai kefahaman islam dalam kalangan parti politik.

3.Pas ajak UMNO berdebat mengenai isu fanatisme dan perpecahan umat Islam di Negara ini.

4.Debat mengenai pemesongan akidah umat islam.

5.Muzakarah bagi meyelesaikan masalah Ummah.

6.Membincangkan beberapa isu pelaksanaan undang-udang syariah.

7.Bermuzakarah bagi mencari jalan membendung dan menangani isu murtad di kalangan umat Islam.

8.Muzakarah menyelesaikan perpecahan yang menimpa masyarakat Melayu.

9.Muzakarah mengenai isu kafir mengkafir berpunca daripada Amanat Haji Hadi.

10.Berdebat mengenai isu yang membabitkan hak keistimewaan orang Melayu.

11.Berdebat mengenai isu perpaduan.

Semua isu ini dari tahun 1991 sejak PAS memerintah Kelantan sehingga kini.Semuanya tidak menjadi realiti, dengan tidak terang ka, dengan terang ka, semua tidak menjadi kenyataan. selama 18 tahun. 18 tahun bukan masa yang singkat, lamaaa...

6) Kenapa la dok bincang pasal Penanti. Dok bincang pasal mana pergi 1000 undi walhal dalam masa yang sama tak hantar calon bertanding sebab takut kalah. Lepas tu dok catur mana pergi 1000 orang. Aduhai. Ragam sungguh.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.