Subscribe

UMNO parti Sekular



Tidak pernah wujud dalam Islam sebagaimana yang kita lihat akhir-akhir ini wujudnya pembahagian pendidikan agama dan pendidikan bukan agama. Tidak pernah wujud dalam Islam kumpulan manusia yang dinamakan sebagai golongan agama (rijal al-Din) manakala golongan lain dinamakan sebagai golongan sains, politik atau keduniaan. Islam tidak pernah mengenali wujudnya dua bentuk kekuasaan yang mana salah satunya adalah keagamaan, manakala yang lain adalah kekuasaan keduniaan (sekular).

Sekular merupakan barangan barat yang bukan berasal daripada tanah air kita dan ia adalah tidak menepati kehendak akidah dan kepercayaan pemikiran kita. Antara salah satu sebab mengapa Islam itu jadi lemah adalah kerana faktor ini,memisahkan antara agama dan politik. Icon terbaik yang telah mengikut telunjuk Barat dan yang telah berjaya tanam ideologi Sekular adalah Kamal Antartuk.

Sekular ( Pisah agama dan Politik) telah berjaya di tanam, di semai, dan dianuti oleh masyarakat Malaysia. Menganggap golongan profesional hanya perlu wujud bukan daripada kalangan pemimpin agama, dan akhirnya, wujud rakyat yang berfahaman sekular, tidak sukakan agama, dan menganggap ustaz dan ustazah tak layak bercakap pasal politik dan hanya layak duduk di surau dan masjid sahaja. Bila ustaz dan ustazah hanya di surau, tok tok guru hanya di pondok, dan golongan yang profesional tetapi jahil berkecimpung dalam bidang politik maka itulah jadinya.


Firman Allah SWT:

“Apakah kamu akan percaya hanya sebahagian daripada isi Al-Kitab itu dan yang sebahagian lagi kamu engkari? Maka tidak ada balasan bagi orang yang berbuat demikian kecuali kehinaan hidup di dunia dan di hari kiamat kelak mereka akan dilemparkan azab yang sangat berat”. (Surah Al-Baqarah:85)

Saya bukan ingin menuduh, hakikat kepada apa yang saya katakan ini merupakan antara isu yang selalu dibangkitkan oleh penyokong UMNO terhadap kepimpinan ulamak Pas. Cth seperti apa yang saya petik dari salah satu Forum UMNO yang bertajuk : APa ertinya Saya menganut Islam :



Tahniah Yahudi dan Nasrani, pengaruh jahat anda telah berjaya masuk dan menular. Anda telah berjaya mengsekularkan pemimpin UMNO, dan pemimpin UMNO telah berjaya mengsekularkan penyokongnya. Dan buktinya sudah ada di depan mata.Wujud mereka yang menganggap yang beragama patut di pondok dan surau, ini adalah teladan yang telah berjaya ditanam oleh orang Yahudi dan Kristian kepada umat Islam.

by JilFityan

Entah apa nak jadi.


1 comment:

Mohd Sufian said...

Salamualaikum,

1. Jikalau saudara nampak Parti pemerintah (UMNO) itu adalah Parti sekular. Saya juga nampak PAS memperjuangkan perjuangan Khawarij, saya tak hairan nanti bila ada yang melenting malah ada yg akan cepat-cepat menafikannya.

2. Mereka yang memperjuangkan perjuangan Khawarij gemar mencampur adukkan yang haq dan yang batil.

3. Sebagai contohnya mereka mengatakan sekular itu barang barat dan Islam tidak menerimanya, bagaimana pula dengan Pengunaan Demokrasi yang datangnya dari Kafir barat (Rom) oleh PAS?. PAS sangat lantang memperjuangkan Tauhid Hakimiyah tetapi tunduk juga kepada Perlembagaan yang dikatakan 'Undang-Undang Rimba' itu. Amat aneh bukan?

3. DIdunia akhir zaman ini kita kene ingat, Ulamak suk lebih ramai dari Ulamak Pewaris Nabi.

Dari Abu Darda', Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi itu tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, sungguh dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.

Rasulullah bersabda: “Akan sentiasa ada segolongan dari umatku (dari kalangan orang yang berilmu) yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat (ketetapan Allah)”.” - Hadith Riwayat Muslim

Sekian.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.