Subscribe

Adakah UMNO sesat?



Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya di sini hari ini bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan.

Apa yang dikatakan Nik Aziz adalah benar. Mereka yang terang tolak Islam, tolak perundangan Islam, membela mereka yang menentang Islam,maka sesuai sangat kita panggil sebagai sesat. Tiada beza taranya dengan Ayah Pin dan ajaran sesat yang lain. Dalam erti kata tahu bahawa perundangan Islam wajib ditegakkan, tapi dalam masa yang sama menentang segala yang berkaitan dengan Islam. Mengangggap Hudud Allah itu sebagai tidak relevan dan seangkatan dengannya.Tak cukup dengan itu, mereka yang berusaha untuk menegakkan Hudud ditentang.

Contoh Pertubuhan Liberalisasi Islam Sister In Islam (SIS) yang bertapak subur di Malaysia. Ada tindakan diambil kepada golongan ini? Isu pengkid dan yoga yang dimainkan oleh SIS jelas membuktikan mereka adalah golongan yang anti-fatwa dan sekaligus melanggar syariat Islam. Fahaman Islam Liberal yang dibawa SIS ini juga akhirnya akan sampai kepada peringkat mempertikaikan wahyu. Maka akan lahir pengikut yang meremehkan al-Qur’an, meremehkan hadith dan autoriti ulama’. Ini kerana mereka menganggap ulama’lah yang pandai-pandai “mentafsirkan” Islam, sedangkan mereka mahu supaya sesiapa sahaja dapat mentafsirkan Islam. Tak cukup dengan itu,hatta dalam seminar Jakim di mana-mana sekalipun, sekiranya berbicara mengenai golongan liberal Islam dan sesat di Malaysia juga akan memberikan contoh Sister In Islam. Tapi tindakan apa yang Kerajaan UMNO ambil kepada golongan ini? Golongan yang sah-sah sesat ini hanya dibela. Dibela Kerajaan UMNO. Apahal?


Apakah dengan dalil ini tidak cukup untuk mengatakan bahawa siapa sahaja,dan dari parti mana sekalipun, yang menolak Islam, bersekongkol menentang Islam, dan paham acuan Islam ikut kepala otak sendiri, memang sama sahaja dengan Ajaran Ayah Pin? Kedua-duanya tolak Islam, tidak mahu Islam, dan kedua-duanya Sesat.



Pemuda Umno buat laporan polis kenyataan Nik Aziz

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kirakira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.

Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan. BERNAMA

by JilFityan

8 comments:

Mohd Sufian said...

Salamualaikum,

1. Kalau Nasionalis dan Komunis itu sesat. Bagai mana gabungan PR yang terdiri daripada Parti sosialis dan Parti serpihan komunis?

2. Bagaimana pula dengan Zaid Ibrahim yang sekarang dibarisan Pakatan Rakyat? Waktu polimek tentang Hukum Hudud dahulu Zaid bukan saja telah mempertikaikan mengenainya tetapi pada tahun 2002 beliau mengemukakan saman di mahkamah kerana Kerajaan Kelantan ingin melaksanakan Hukum Hudud. Adakah Pakatan Rakyat telah menyucikan dosanya?

3. Jikalau saudara kata UMNO sesat maka saudara telah mengkafirkan Pemimpin UMNO serta seluruh Ahli dan Pengundi UMNO yang seaqidah dengan saudara. Nauzubillahiminzalik.

Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang memanggil seseorang dengan perkataan (tuduhan) kafir atau berkata: Engkau musuh Allah sedangkan dia tidak berhak dengan tuduhan tersebut, maka perkataan tersebut akan kembali kepada si penuduh.” – Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.

4. Tentang perjuangan Tauhid Hakimiyah... Berkata Ali radiallahu 'anhu untuk menentang dan membatalkan propaganda yang dilaungkan oleh Khawarij iaitu (Tidak ada hukum kecuali dari Allah): "Kalimah yang hak tetapi yang mereka inginkan dari laungannya ialah kebatilan (kehancuran pemerintah)".

5. Saudara seorang Pensyarah dan perlu banyak membaca. Didalam akbar online MalaysiaKini.Com, bawah tajuk "Hudud: Gerakan pandang berat kenyataan menteri" sebahagian daripadanya mengatakan:

"...kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini."

Sekian.

Jil Fityan said...

Melihat kepada perlembagaaan UMNO yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan partinya, maka jelas ia tersesat dari jalan yang lurus menurut Al-Quran. Mengenai soal hudud tak perlu dibicarakan, semua sudah maklum semua sudah tahu.

Dalam solat hari hari pohon daripada Allah, Tunjukkan daku jalan yang lurus. Saban waktu dalam setiap solat fardu, tapi adakah jalan Lurus ini yang menjadi dasar bagi UMNO??

Bagaimana pula dengan kerjasama PAS dengan parti dalam Pakatan Rakyat? Boleh, kerana parti-parti itu merestui perjuangan PAS atau parti Islam untuk menegakkan negara Islam. Suara-suara sumbang yang kedengaran hanyalah daripada Karpal Singh, bukan daripada DAP sendiri.

Kenyataan PKR pula,tidak ada yang mengatakan tidak menyokong perjuangan PAS. Parti-parti ini merestui perjuangan PAS. UMNO setakat ini menentang PAS untuk menegakkan negara Islam, dan amat takut kepada perundangan Islam, contohnya seperti menolak hudud, amalan assobiyyah kebangsaan menjadi dasar parti, dasar semata-mata Melayu, rasuah politik yang berleluasa, membazirkan wang rakyat dan lain-lain.

2) Firman Allah yang bermaksud,

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan " Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan" orang itu berkata " saya dapat menghidupkan dan mematiakn " Ibrahim berkata " Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat. " lalu terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim. (Albaqarah : 258)

ayat dari firman Allah ini, menceritakan tentang debat yang berlaku di antara raja yang memerintah ketika itu dengan Nabi Ibrahim. Perdebatan yang lemahirkan satu natijah, iaitu raja yang memerintah disebut oleh Allah sebagai orang kufur tidak dapat menjawab segala hujjah yang dikemukakan oleh Nabi Ibrahim yang akhirnya Allah melebelkan raja itu dari kalangan orang yang melakukan kezaliman kerana kekufurannya.

Maka kita dapat fahami, antara perkara yang disebut sebagai zalim adalah melakukan amalan kufur terhadap Allah. That`s it.

Dalam erti kata, Zalim kekufuran tidak boleh disokong. Jelas kepada kita, kezaliman yang berbentuk kekufuran ini tidak selayaknya di sokong. Yang lebih jahat adalah, mengungkapkan beberapa ungkapan untuk menjatuhkan golongan yang berusaha menentang kezaliman.

Jil Fityan said...

Kita tidak perlu mengkafirkan sesiapa, dan tidak ada sesiapa yang mengkafirkan sesiapa melainkan dalam Allah dalam kitab suci Al-Quran sendiri menjelaskan, dan memperihalkan golongan yang menentang undang-undang Allah maka mereka kafir. Jelas. ( Sifir = Tentang Perundangan Quran + tentang Perundangan Sunnah = Kafir). Simple.

Merungkaikan apa yang telah diberitahu oleh Allah dalam Al-Quran tidak menjadi salahnya. Benda simple dan senang nak faham sebenarnya tak perlu pikir pusing pening kepala sangat. Simple.

Mengenai kata-kata Ali yang saudara sertakan,

(Tidak ada hukum kecuali dari Allah).. " Kalimah yang hak tetapi yang mereka inginkan dari laungannya ialah kebatilan (kehancuran pemerintah).

Persoalan di sini adalah mengapa Ali berkata demikian kepada golongan Khawarij? Siapa khawarij dan kenapa mereka perlu dihukum? Golongan Khawarij menghalalkan kepala Ali dan menghalalkan kepala Muawiyyah, menentang PEMERINTAHAN ISLAM YANG MENJALANKAN HUKUM ALLAH.

Maka golongan ini wajar ditentang, kerana penentangan kepada Ali bermakna penentangan kepada Islam.Apakah di Malaysia pemerintah Islam menjalankan hukum Allah? Ada hudud dilaksanakan di Malaysia? Setakat tahu UMNO menentang golongan yang nak laksanakan hudud adalah. So parti jenis apa ni?

Tidak perlu memberi contoh dan persamaan dengan zaman Sahabat atau Rasullah. Tidak perlu buat satu ukuran dengan Malaysia pada hari ini.

3) Kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom tak perlu memperakui bahawa Hudud boleh banteras jenayah. Sepatutnya sudah lama kena perakui bahawa hudud ini sewajarnya dan relevan dilaksanakan utk kemaslahatan umum dalam banteras jenayah pada bila-bila masa dan ketika. Kerana sememangnya itu yang Allah tuntut sejak Al Quran diturunkan. Baru sekarang nak cadang? Apapun baguslah sudah sedar, kembali ke pangkal jalan. Kita tengok apakah dengan cadangan itu mampu direalisasikan kepada bentuk tindakan. Harap jangan cakap pandai, buat tak reti.

Jil Fityan said...

Sebab itu, di akhir artikel saya menegaskan,

"Apakah dengan dalil ini tidak cukup untuk mengatakan bahawa siapa sahaja,dan dari parti mana sekalipun, yang menolak Islam, bersekongkol menentang Islam, dan paham acuan Islam ikut kepala otak sendiri, memang sama sahaja dengan Ajaran Ayah Pin? Kedua-duanya tolak Islam, tidak mahu Islam, dan kedua-duanya Sesat."

: )

Jil Fityan said...

Masih ingatkah lagi kenyataan-kenyataan berikut;

“apa erti Negara Islam jika mundur”
(Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, 13 Nov 1999, berita Harian)

“tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”
(Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5 sep 1997, PWTC, perhimpunan Agung UMNO, Pita rakaman)

“Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”
(Kenyataan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan, 3 Mac 1994 di Nilam puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
(Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran islam”
(Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 ogos 1994, Pita rakaman)

“Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan”
(Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Utusan Malaysia, 20 april 1993) “

apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad, 14 Julai 1992, ucapannya kepada wartawan, pita rakaman)

“bagaimana kita boleh maju kalau orang islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 2 mei 1992, ucapannya di papar sabah, pita rakaman)

Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang menghina islam yang tidak perlu rasanya untuk dinukilkan dalam ruangan ini.

Dengan kenyataan ini sudah cukup jelas untuk dinyatakan, betapa ketika itu, ungkapan yang membawa kepada murtad dan terkeluar dari islam ini sememangnya berlaku dikalangan golongan-golongan tertentu.

Jil Fityan said...

Mari kita hayati maksud ayat Quran ini,

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, ingin memisahkan antara Allah dan Rasul-Nya dan mengatakan kami beriman kepada sebahagian (ayat), dan kafir kepada sebahagian yang lainnya serta mereka yang ingin ambil jalan (tengah) diantara itu, mereka itu adalah orang-orang kafir yang sebenar-benarnya. Dan kami telah menyiapkan bagi orang kafir siksaan yang pedih.

Surah An Nisa.

Mohd Sufian said...

Salamualaikum,

1. Jadinya UMNO dan PKR itu adalah sama 'sesat' kerana bukan jalan AlQuran dan AsSunnah. DAP tok sah cakap. Persoalan yang timbul... mengapa UMNO, PAS tak terima sebagai kawan malah berani mengkafirkan?. Tetapi PKR, PAS terima untuk bergabung dan tidak jatuh kafir malah pemimpin yang dahulunya pernah siap saman Kerjaan Kelantan kerana mahukan Hudud hari ini nampak dosanya sudah disucikan oleh PAS? Adakah ini menunjukkan PAS mempunyai ciri-ciri 'lidah bercabang'?

2. Timbul lagi persoalan, "Tunjukkan daku jalan yang lurus" bukankah jalan yang lurus itu adalah Islam yang tulen? didalamnya wajib ada Aqidah yang sohih dari Ilmu yang juga sohih. Adakah PAS (fiqrah Khawarij) yang mcampur adukkan yang hak dengan yang batil termasuk dalam Jalan yang lurus? Renung-renungkan.

3. Benarkah Hanya Karpal Singh sahaja yang bersuara menentang Hudud dan Negara Islam PAS?

Lim kit siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim telah menyatakan pendirian "TAK NAK" Negara Islam PAS (Yang mana PAS nak Negara Islam kene ada Hudud dan Qisas). Bagaimanapula dengan kenyataan dan soalan dari Pemimpin PAS sendiri (Ir Nizar) berkenaan Negara Islam PAS:

"Saya mintak pandangan dan mintak jawapan. Dimanakah dalam transkrip PAS dalm memorendum ke, dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS nak melaksanakan Negara Islam?"

Lim Kit Siang - http://www.youtube.com/watch?v=QqDLaYr-o0c

Lim Guan Eng - http://www.youtube.com/watch?v=1Ak89K_p_Ng

Anwar Ibrahim - http://www.youtube.com/watch?v=BV608QDYgAQ

Nizar Jamaluddin - http://www.youtube.com/watch?v=N0MF3D1tVXI

HUDUD DIMATA PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT! - http://www.youtube.com/watch?v=YGEi-6SaXkQ

4. Pasal Asobiyah, baru-baru ini Bekas Mufti Perlis pernah cerita pasal perkara ni harap saudara tak lepas pandang. Sebab dalam blog saudara bi pun terselit jaringan alamat website DR MAZA tu.

5. Orang yang pertama kali mengucapkan "Tidak ada hukum (hakim) kecuali bagi Allah", iaitu bermaksud tauhid hakimiyah adalah golongan Khawarij. Golongan ini memberontak terhadap Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu setelah perkara tahkim (penghakiman) berlaku, yang mana Abu Musa al-Asy’ari dan Amr bin Al’Ash berhukum dengan perkara tahkim sebagaimana yang dikehendaki oleh Khalifah Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu dan yang telah disepakati oleh para sahabat radiallahu ‘anhum.

Kemudian berlaku pemberontakan yang dilakukan oleh satu kelompok dari pasukan Ali yang dikenali sebagai Khawarij dengan berhujjahkan: “Tidak ada hakim selain Allah”. Maka Ali mengatakan kepada mereka: “KALIMAH YANG HAK,NAMUN YANG DIKEHENDAKI IALAH KEATILAN".

Walaupun kalimah itu adalah kalimah yang hak (benar) kerana landasannya al-Quran, tetapi apabila ditafsir dan digunakan secara salah dan ekstrim dalam penerapannya yang bertujuan untuk kepentingan politik, maka hal ini jauh dari kebenaran dan petunjuk Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Jil Fityan said...

1)Baguslah memberi link video. Kemudian memberi contoh kenyataan pemimpin dari DAP dan PKR yang taknak hudud. Kenyataan dahulu, sebelum menjadi Pakatan Rakyat, atau sebelum kukuh dan belum diberi penerangan dari PAS mengenai hudud, rasa sudah cukup video yang disertakan ini sebagai penghazaf kepada segala kenyataan² tersebut.

Sila lihat video ini, video terbaru,ini adalah secara keseluruhan video yang tidak dipotong atau diedit. Ia juga adalah salah satu daripada video yang saudara sertakan. Kita tengok video yang full,tidak diedit baru adil, tak gitu? :

http://www.malaysiakini.tv/video/16578/hudud-discomfort.html

Video ini jelas, mengatakan pendirian PAS dengan hudud sepertimana yang telah dijanjikan. Dan turut serta adalah wakil daripada DAP, Guan Eng,. Apa yang dikatakan Guan Eng betul, sekiranya salah satu parti PR tidak bersetuju, maka ia belum boleh dilaksanakan.'ia perlu bermusyawarah lagi'. 'Syura lagi'. Dengan syura baru dapat buat keputusan.Itu sebabnya PR mengamalkan konsep 'syura' hatta dalam penetapan isu hudud.Kenapa Guan Eng cakap demikian? Kerana memberi gambaran ia bukan penolakan secara abadi daripada DAP. Dan ia masih diperbincangkan lagi dalam 'syura' dan 'musyawarah'.

Video itu juga sebenarnya adalah mengenai PRK Kuala Terengganu yang telah dijalankan dan kenyataan itu juga untuk menjawab segala persepsi buruk yang digunakan BN kepada Pakatan utk menarik perhatian ramai dari isu sebenar iaitu masalah penyalahgunaan kuasa, masalah rasuah, dan masalah hak rakyat (royalti) yang dirompak UMNO di Terengganu, maka mereka memainkan isu hudud sebagai meraih sokongan.

2)Mengenai pendirian PKR, jelas PKR bersetuju dalam menubuhkan sebuah negara Islam. Pendirian Anwar Ibrahim. Klik di link dibawah :

http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/01/07/12999/

membuktikan Anwar Ibrahim pun faham dan bersetuju dengan penubuhan negara Islam yang amalkan hudud. Kerana orang yang faham, mengerti bahawa Hudud itu untuk orang Islam semata dan bukan untuk orang bukan Islam. Perkara ini hanya UMNO yang takkan faham sampai bila-bila.

UMNO pula macam mana? Sebab itu kita gelakkan pemimpin UMNO bila bicara soal hudud,Allah bagi kuasa kepada UMNO, so bila lagi nak laksana hudud? Kenapa tak laksanakan hudud?hehehe... patut soalan 2 sedara tanya kat UMNO kesayangan kita. Allah bagi kuasa kat UMNO jauh lebih byk dari Allah bagi kat Nizar, Hadi Awang, Tok Guru. Allah bagi kuasa UMNO pegang Malaysia ni selama 50 tahun. apa UMNO buat?? ada ke pernah UMNO cuba angkat undang-undang Allah??? apa UMNO buat. Setahu saya selain tindas rakyat UMNO juga tumpang gelak bila pemimpin nom 1 dia hina sunnah nabi.

3) Baguslah saudara tahu mengenai majlis tahkim dengan menjadikan Al-Quran sebagai hakim semasa peperangan Siffin. Tetapi sayang, saudara sendiri pening dengan kondisi mengapa berlaku majlis tahkim, dalam kondisi yang macam mana, kenapa geng Muawiyah daripada Syam angkat Al-Quran di atas pedang sebagai hakim.Kemudian dengan senang saudara nak banding dengan kondisi hari ini? Begitu?

Kata Ali:
“KALIMAH YANG HAK,NAMUN YANG DIKEHENDAKI IALAH KEBATILAN".

Sememangnya Khawarij mahukan kebatilan, sejak dari awal di Lembah Siffin lagi sebelum tahkim di Dumat Al-Jandal berlansung. Mereka dari awal menganggap Ali bodoh, Kafir dan Halal penggal kepala kerana dipergunakan wakil dari Muawiyah Amru al ash. Sementara Muawiyah memperbodohkan,juga Kafir,dan Halal penggal kepala.Ini kondisi sebenar yang berlaku. Fahami masalah, fahami sejarah,fahami kondisi sebenar.

Jangan cepat melatah membandingkan wujudnya pembangkang sama seperti wujudnya Khawarij seperti tulisan saudara di sini bertajuk :

Mengapa saya ProKerajaan.

http://www.sufianblog.com/2009/06/mengapa-saya-prokerjaaan.html

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.