Subscribe

Cuba tengok gambar ni sattt....



Gambar atas..Apa kes agaknya??



Gambar ini?? Ingat ?? Dan kata-kata orang ini.



Lihat gambar ini pula.



Dan kata-kata orang ini.

Timbalan mufti negeri Kedah Syeikh Marwazi Dziyuddin ketika diminta mengulas pembabitan org Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin berikutan kontroversi kematian setiausha politik eksco kerajaan N Selangor,Theoh Beng Hock menegaskan selagi tidakkan itu bukan amalan agama tertentu ia di bolehkan.

"Lilin bukan alat keagamaan.Majlis memperingati diadakan itupun tiada unsur-unsur keagamaan.Oleh itu tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir" ,katanya.Syek Mawarzi berkata penyokong Islam yg hadir sekadar memberi sokongan politik.Malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik bukannya keagamaan.

"Mereka yg hadir juga tidak membuat sesuatu yg menunjukkan pada perbuatan keagamaan jika sekadar berdiri bersama lilin tidak mengapa", katanya.Menurutnya dalam kes ini isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yg berbilang kaum dan ugama.


p/s : Heran dan betapa herannya, ramai para ulamak dan para mufti lebih cenderung dan berminat mencari kesalahan pembangkang. Tak cukup dengan itu, banyak pula yang bersuara dalam bab politik dan bila diajak terlibat, tidak mahu.

Bila kes terkena kepada pemimpin UMNO sendiri, fuhh.. menikus tidak berkata apa-apa. Dah sudah banyak kes amalan pemimpin Umno yang jauh terpesong dari ajaran agama seperti bertafakur ditugu . Dan amalan ini berlanjutan dari tahun ke tahun. Berlaku dan terus berlaku. Ini pak mufti tutup mulut ka?

Ini yg malangnya. Umat Islam diMalaysia bahkan diseluruh dunia mempunyai ulamak-ulamak bacul,bisu semata-mata. Orang yang arif tentang hukum tetapi tunduk patuh kepada umarak yang jahil dan fasik, malah mengampu demi poket.

Kesian, isu lilin diperbesarkan. Kes kilang arak, judi di Genting Highland,Sport toto dan 4digit hilang begitu sahaja. Amalan maksiat seperti Sure Heboh (pernah difatwakan sesat), cerita Tahyul di televisyen yang tumbuh bagai cendawan pun hilang begitu sahaja. Kenapa? Takut apa untuk menegur. Takut jawatan hilang atau pangkat hilang atau bagaimana ?

Mana ulamak dalam umno?? Yang haram dah jadi halal?? Tengok diri sendiri dulu la.

by JilFityan

2 comments:

Orang Tanjung said...

Org PAS ni Islam sejati...

Org UMNO ni Islam Ada Had Ada Hari sebab tu boleh dibuat sekalipun Asri dah kata melanggar akidah.

Mufti skrg ni nak jaga periuk nasi depa saja terpaksa mengikut telunjuk si pembayar gaji mereka. Depa rasa sebagai mufti, dosa depa akan diampunkan lepaih sembahyang tungging terbalik kut.

mudz said...

Yop tolong camna Malaysia nak maju....benda - benda yang tak penting nak dijadikan isu....UMNO & PAS bergaduh ....orang melayu yang jadi mangsa... Cari isu baguih punya....macamna nak lahir generasi melayu serba boleh....entahlah...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.