Subscribe

Hangus Duit Rakyat : Kempen Pakai Helikopter


Dua tiga hari kebelakangan ni, boleh dikatakan dalam sehari 7 atau 8 kali helikopter melintas ruang angkasa rumah saya. Saya sudah maklum, helikopter-helikopter inilah yang mengangkut Muhyiddin Yassin yang baru mendapat gelaran Mr Jambatan oleh beberapa orang blogger. Malah dalam setiap ceramah PAS acap kali mempertikaikan penggunaan helikopter oleh Muhyiddin Yassin bertandang ke Manek Urai untuk berkempen.

Jika sebelum ini Mr Jambatan merasuah rakyat dengan pembinaan Jambatan Baru berKos 7 Juta sekiranya menang PRK Manek Urai, (Seolah wang untuk membina jambatan itu miliknya),kini persoalan lain yang timbul. Helikopter ini pula siapa yang punya? Adakah kepunyaan Mr jambatan ?? Tentu sekali tidak. Mr Jambatan tentu sekali tidak mampu membeli helikopter. Ini bermakna helikopter itu dipinjam sahaja.

Persoalan lain pula timbul, sekiranya ia dipinjam,wang minyak untuk helikopter datang daripada mana pulak? Adakah duit Mr Jambatan? Dan sekali lagi jawapannya adalah "Tidak". Semua duit minyak ini tentunya duit 'rakyat'. Mr Jambatan tidak akan sesekali menggunakan duit sendiri, kerana duit minyak perjalanan dari KL ke Manek Urai sudah tentu mencecah ratusan ribu ringgit. Tambahan pula dalam sehari ada lebih kurang 3 trip pergi balik. Guna duit sendiri alamatnya pokailah.

Adakah minyak dan servise helikopter ini sama dengan kos minyak dan servise kereta? Dan jawapannya sekali lagi adalah "Tidak". Maintainance sudah tentu tinggi, minyak pun tinggi. So? Fikir-fikirkanlah..

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.