Subscribe

Ibrahim Ali: Akan pastikan huru-hara!!


"Ibrahim Ali sebelum ini dipecat dan dihalau dari UMNO. Dia kemudiannya dikutip dan ditolong oleh Tok Guru dan PAS. Dia diberi peluang bertanding atas tiket Pakatan sedangkan dia ditolak oleh UMNO ketika itu.

Budi baik PAS yang menolongnya di balas dengan pelbagai kutukan dan terkini, Ibrahim Ali memberi jaminan dan amaran akan berlaku huru-hara kerana Ibrahim Ali dan penyokong-penyokong ISA ( UMNO) akan berhimpun serentak untuk memastikan huru-hara berlaku.

Tujuannya ialah untuk memastikan kegagalan suara rakyat yang membantah ISA. Di sini dinyatakan 3 tindakan politik yang akan diambil oleh Ibrahim Si Putera Katak tak mengenang budi nih..

1. Pilihan Pertama.

Menangis-nangis keinsafan meminta ampun dari Tok Guru. Ini akan dilakukan apabila menyedari UMNO dan BN yang cuba dirujuknya sudah semakin hilang sokongan dan semakin kalah. Usaha ini pasti gagal kerana Tok Guru selalu mengingatkan kita akan hadis Nabi bahawa kita tidak boleh dipatuk oleh ular ditempat yang sama dua kali! Kes ini agak istimewa kerana kita telah dipatuk oleh Katak..

2. Pilihan Kedua.

Ibrahim Ali ini sebenarnya berjiwa UMNO. Dia cukup benci kepada kaum bukan Melayu seperti DAP yang baginya merupakan 'ancaman' kepada Malaysia. Tidak pelik jika dia akan merayu sembah dan kembali semula ke pangkuan UMNO seperti Ezam. Elok juga, dari jadi musuh dalam selimut, api dalam sekam, eloklah lawan secara anak jantan. Yang pasti, Ibrahim Ali perlu sedia berdepan dengan amarah suara rakyat yang akan menentangnya habis-habisan bersama ISA dan UMNO yang menjadi pujaaan hatinya..

3. Terjun bangunan

Sebagai putera katak, Ibrahim Ali wajar mencuba kebolehannya melompat dengan terjun dari bangunan. Apabila terselamat dari terjunan tersebut, barulah Ibrahim Ali benar-benar layak mendapat gelaran putera katak.

Dia ni memang jenis manusia jahil tak sedar diri,tak sedar di untung. Di beri susu di balas tuba. Berhati busuk dan suka menimbulkan permusuhan dan huru-hara. Tujuan dia nak kumpul penyokong-penyokongnya (yang berapa kerat la sangat) dan berhimpun pada hari yang sama memang tak lebih dari nak buat huru-hara. Jangan over confident sangat Ibrahim ALi oi.. Orang lain pun merancang jua..

Oleh Dewa

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.