Subscribe

Jangan harap Najib hendak berdebat - HarakahDaily



Kalau hendak bertanding di Penanti pun takut, tambahan pula hendak ajak berdebat. Tok Guru Nik Aziz tegas terus hendak berdebat, kerana ini salah satu penyelesaian yang selama ini terbuku dalam dada kedua-dua parti. Biarlah debat menjadi satu jawapannya. Jawapan Dato' Seri Najib dan pemimpin Umno yang sewaktu dengannya, dengan mengatakan bahawa debat tidak boleh selesai masalah. Sepatutnya Dato' Seri Najib kena beranilah debat isu yang dibangkitkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Memang pemimpin Umno payah hendak cari yang berperangai macam anak jantan. Dulu apabila timbul isu kafir mengkafir, PAS bersetuju untuk debat, tanpa syarat, atas apa tajuk sekalipun. Akhirnya diumumkan debat dibatalkan kerana lambang keris patah dan hilang sarungnya.

Memang Umno parti yang tidak ada dasar, dia takut hendak bersemuka dengan pemimpin PAS. Umno tidak ada hujah, kalau debat hendak dibuat malam hari, zohor dah Umno menyerah kalah.

Saya teringat sewaktu debat PAS dan Umno hendak diadakan pada tahun 1985 dahulu. Waktu itu saya baru tahun pertama di UKM. Umno telah panggil orang-orang agama dalam Umno termasuk pensyarah universiti yang pro Umno. Ada seorang pensyarah memaklumkan bahawa Umno memang tidak ada hujah untuk melawan dengan PAS. Kebetulan beliau salah seorang yang masuk dalam perbincangan untuk hendak membantu pendebat Umno.

Kita juga pernah melihat debat olok-olok yang pernah dirakamkan, bagaimana ulamak Umno berlakon sebagai ulama PAS dalam debat olok-olok. Dalam debat tersebut ulama Umno kalah. Itu baru ulama Umno yang berlakon jadi ulama PAS, macama mana pula kalau Tok Guru Nik Aziz yang menjadi wakil PAS sudah tentu berbuih pula mulut Najib hendak berhujah.

Bukan kita tidak tahu memang Umno parti penakut dan pengecut. Sudah berapa lama debat siswa diharamkan dengan menjemput parti pembangkang, apabila mereka melihat wakil Umno/BN lari tidak bertangga.

Dipetik dari : HarakahDaily
Penulis : Ustaz Idris Haji Ahmad

5 comments:

Mohd Sufian said...

Salamualaikum,

Kerjaan Perpaduan tak nak, Muzakarah tak nak, tiba-tiba nak debat? Pelik.

Jil Fityan said...

Antara tajuk debat dan muzakarah yang tidak menjadi kenyataan

1.Pas ajak UMNO berdebat mengenai isu pelaksanaan hukum hudud.

2.Pas ajak UMNO bermuzakarah mengenai kefahaman islam dalam kalangan parti politik.

3.Pas ajak UMNO berdebat mengenai isu fanatisme dan perpecahan umat Islam di Negara ini.

4.Debat mengenai pemesongan akidah umat islam.

5.Muzakarah bagi meyelesaikan masalah Ummah.

6.Membincangkan beberapa isu pelaksanaan undang-udang syariah.

7.Bermuzakarah bagi mencari jalan membendung dan menangani isu murtad di kalangan umat Islam.

8.Muzakarah menyelesaikan perpecahan yang menimpa masyarakat Melayu.

9.Muzakarah mengenai isu kafir mengkafir berpunca daripada Amanat Haji Hadi.

10.Berdebat mengenai isu yang membabitkan hak keistimewaan orang Melayu.

11.Berdebat mengenai isu perpaduan.

Semua isu ini dari tahun 1991 sejak PAS memerintah Kelantan sehingga kini.

Namun satu pun tidak disahut oleh UMNO.

Mohd Sufian said...

Kene tambah tu... Kerajaan perpaduan yang asalnya dari idea Hadi Awang disahut oleh UMNO. Tetapi PAS menampar UMNO, menyatakan itu suatu fitnah besar dari UMNO. Hehe.

Jil Fityan said...

Ye ke disahut oleh UMNO?

Bila PAS kata, YA, BOLEH KERAJAAN PERPADUAN, TAKDE MASALAH. TAPI BUKAN DENGAN PAS SAHAJA UNTUK WUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN, TAPI DENGAN PAS + PKR + DKP (komponen pembangkang) Barulah ia benar-benar Kerajaan Perpaduan.

Tapi UMNO kata plak " No.. No.. Dengan PAS je boleh... "

So soalan di sini:

Kerajaan Perpaduan macam mana yang UMNO nak sebenarnya? Adakah satu tektik atau silap mata semata-mata?Dan kalau betul sekalipun, adakah Kerajaan boleh terbina dengan hanya kerjasama komponen UMNO + PAS ?

hehehe. Namun apa yang sebenarnya, UMNO hanya nak menjadikan PAS sebagai talian hayatnya.PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan BN.

Krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka.

Maka kerana UMNO menyalahtafsirkan maksud Tuan Guru Haji Hadi dengan mengatakan Kerajaan Perpaduan itu hanyalah antara PAS dan UMNO,maka dengan itu Haji Hadi sendiri mengatakan ia adalah fitnah. Jelas?

jhan said...

tektik tarik perhatian murah...Umno. Lau berani cubalah.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.