Subscribe

Janji Penyangak : Jambatan Baru



Bila baca sorotan akhbar hari ini, darah saya cepat je naik. Panas dan berdesing semacam je telinga ni. Sebelum ini kita boleh bersabar dengan karenah dan tingkahlaku manusia-manusia bengap ini. Tapi makin lama dilihat, makin meluat. Sikap bangang yang tak sudah pemimpin UMNO makin menjadi. Saya akui, jarang mengeluarkan istilah 'bangang' 'bengap' dan seangkatan dengannya bila menulis. Tapi kali ini rasanya afdhal dan sesuai sekiranya bangang dan bengap ini ditujukan kepada makhluk perosak si Muhyiddin Yassin. Lihat sahaja kata-katanya:

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.."

Lihatlah sendiri,betapa sombong dan jahatnya Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Menabur gula-gula rasuah kepada rakyat Manek Urai dengan mengumpan jambatan baru. Inilah bukti betapa bangangnya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Contoh pemimpin kerajaan yang tidak ikhlas membela nasib rakyat. Adakah dia ingat orang Manek Urai tak layak dapat jambatan sekiranya tidak undi UMNO??

Muhyiddin, aku nak tanya mu.

Mu ingat maruah Warga Manek Urai sama harga dengan jambatan baru yang mu nak buat? Mu ingat maruah warga Manek Urai begitu murah untuk di beli? Mu salah tempatlah wahai bangang. Mu lupa PRK kali ini adalah di Kelantan. Rakyat Kelantan tak sama dengan negeri-negeri lain. Kenyataan rasuah yang mu buat secara terbuka ini jadi bahan gelak rakyat yang cerdik pandai politik di Kelantan. Mu tak payah jadikan modal untuk mengumpan pengundi dengan janji. Mu tahu sebab apa?

Sebab rakyat Manek Urai tau dah, duit yang mu janji nak bina jambatan tu bukan duit mu. Duit yang mu guna itu duit rakyat, dan prasarana kepada rakyat adalah kewajipan pemerintah. Lagipun Malaysia ini bukan mak bapak mu punya. Mu sudah salah tempat. Mu sudah salah orang. Mu kena ingat lagi sekali, ni PRK di Kelantan.

Malas nak ulas panjang-panjang. Anda selaku pembaca pun boleh menilai sendiri kenyataan makhluk parasit ini.Agaknya inilah 'hadiah' 100 hari pemerintahan Najib, memperkasakan kroni dan rasuah rakyat. Mampuihh~!!

TPM: Undi BN dapat jambatan baru

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Kejutan PAS esok

Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.

Mengulas lanjut rancangannya itu, Muhyiddin berjanji akan membina jambatan baru itu sejurus sahaja Tuan Aziz menang dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini.

"Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya.

Pengumuman Muhyiddin mengenai jambatan baru itu dibuat selepas diwar-warkan beliau akan membuat pengumuman penting petang ini.

Dalam ucapannya itu, Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, dengan menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.

Daripada lebih 12,000 pengundi di Manek Urai, sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada sumber pertanian, terutamanya menoreh getah.

Esok, PAS pula dijadual membuat "kejutan besar" mereka. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai "modal terakhir" kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing. [Malaysiakini]


by JilFityan

3 comments:

Anonymous said...

Itulah buktinya bila orang dah lupa diri...Memerintah hanya untuk kepentingan diri bukan untuk membela kebajikan rakyat.

Kes-kes lupa diri ni teringat pula bila tengok Youtube si permaisuri puaka...

FikrahNazifa

Jil Fityan said...

Ini bukan setakat lupa diri, ini masalah mereng campur dengan gila..

umi abrar said...

MEMPERKASA KRONI....MEMPERKOSA HAK RAKYAT..!!!

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.