Subscribe

Keanehan dan Misteri Nusantara Kematian Teoh.


Teoh Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, exco pembangunan kampung baru Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat SPRM. Kematian yang 'misteri' ini meninggalkan pelbagai persoalan yang menjadi teka teki sehingga kini. Kita dilaporkan oleh Pak Menteri dan media Pro Kerajaan sebagai kematian yang berteorikan berpunca dari 'bunuh diri'. Sebelum itu, kita tengok kenyataan yang jugak 'misteri' berikut :

Nazri berkata: "Saya dapat laporan awal dari SPRM mengatakan dia dah dilepaskan selesai soal siasat semalam.Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu...," kata Nazri ketika dihubungi Malaysiakini.

Mereka juga memberi alasan dan gambaran bahawa Teoh tertekan. Dan persoalan tertekan sudah tentu berkenaan 'rahsia besar' yang sudah diketahui SPRM.

Rata-rata blogger Pro Kerajaan dan juga Forum-forum Pro Kerajaan memberikan alasan yang sama. Tidak kurang juga membuat spekulasi bahawa Teoh dibunuh oleh mafia-mafia kongsi gelap tajaan DAP bilamana geng Pakatan menolak teori Teoh mati akibat bunuh diri.

Mari kita tengok satu persatu persoalan aneh tersebut. Pertama kita tengok sekali lagi gambar berikut :



Pertama : Teori bunuh diri dikaitkan dengan Teoh. Kerana dikatakan Teoh tertekan dengan situasinya disiasat SPRM. Ok, banyak bukti menunjukkan bahawa beliau tidak tertekan sama sekali. Pertama, Kes ini sudah diketahui bahawa beliau akan disiasat (lebih seminggu sebelum itu). Kedua, sehari sebelum itu beliau masih dalam keadaan gembira (gambar di Malaysiakini dan diakui oleh SPRM) dan berjanji akan membawa dokumen yang diperlukan SPRM. Ketiga, beliau akan mendirikan rumah tangga bersama pasangannya yang sudah mengandung (mustahil dalam keadaan sedar akan situasi ini beliau bunuh diri). Keempat,sekiranya beliau SALAH sekalipun, hukuman yang dikenakan kemungkinan penjara kurang dari sepuluh tahun. Tak perlu untuk bunuh diri.

Kedua : Sekiranya juga bunuh diri, mengapa kepalanya tidak berkecai ? Mengapa tiada darah langsung sekitar badan Teoh? Malah mayat Teoh sempurna, molek-molek ada.

Ketiga : Cuba perhatikan betul-betul kepada mayat Teoh ini. Sekiranya jatuh dari bangunan (teori bunuh diri atau dibunuh kemudian ditolak dari atas), mengapa seluarnya terkoyak? Berapa ramai orang yang jatuh atau terjun bangunan sehingga menyebabkan seluarnya terkoyak?

Adakah kena rentap? atau tersangkut? Kalau tersangkut, tersangkut kat mana? Macam mana pula boleh tersangkut?

Keempat : Lagi, sekiranya Teoh itu terjatuh, mengapa tiada orang yang melihat kejadian itu? Bukankah disetiap bangunan ada pengawal keselamatan yang berjaga di setiap tingkat? Dari segi logiknya,sekiranya nampak Teoh merewang tak tentu hala, tentunya ditegur dan diberi nasihat, kerana ini bukan tempat untuk merewang 'jalan-jalan cari makan' macam hotel ~!!

Kelima : Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata Teoh dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi. Ok,fine. Kebiasaannya orang yang ditangkap atau dipanggil diberi keterangan, sebaik sahaja dilepaskan mereka terus balik, terus 'blah' kerana tiada kepentingan lagi untuk terus stay di situ.

Adakah faktor ketiadaan bas yang mendorong Teoh berehat di situ? Adakah faktor ketiadaan teksi yang mendorong Teoh berehat di situ?.Berehat dirumah lebih baik berehat di tempat 'orang'. Malah pejabat sendiri lebih baik dari pejabat 'orang'. Ini dari segi logiknya. Tak mungkin beliau nak berehat di tempat 'orang'.

Keenam : Masih kepada teori bunuh diri.Sekiranya Teoh ini bunuh diri sekalipun, mengapa bunuh diri di bangunan Massalam? Mengapa bunuh diri di kawasan SPRM?

Ketujuh : Lagi satu, mengapa siasatan diadakan sampai jam 3.45 pagi? Ni peraturan mana siasat sampai 3.45 pagi ni? Ok fine SPRM bagi alasan letih. Sekiranya letih, SPRM siasat macam mana? Relevankah siasat dalam keadaan letih?

Kelapan : Wujud teori kongsi gelap yang melibatkan DAP. So ada mulut-mulut menuduh mafia mafia tajaan DAP ini lah yang membunuh Teoh kerana Teoh berbahaya, konon mengetahui rahsia besar DAP Selangor. So untuk menjamin keselamatan, maka dibunuh Teoh agar segala rahsia tidak terbongkar. Persoalan di sini, sekiranya mendakwa ada keterlibatan kongsi gelap dalam hal ini, dimana lokasi Teoh dibunuh? Adakah bukan dibawah pengawasan SPRM?

Bukankah Teo dijumpai merayau kat situ pada jam enam pagi? So bagaimana pula tidak nampak sebarang kelibat yang mencurigakan? Kata kongsi gelap. So mana dia keterangan bahawa pihak SPRM yang juga mengesyaki ada kelibat yang dicurigai dalam kawasan berkenaan?

Mengapa SPRM tidak jaga keselamatan saksi penting mereka? So ada mulut yang kata,Apahal plak SPRM nak bunuh saksi penting mereka? Tak gitu? Tentulah SPRM akan memastikan Teo sentiasa dalam keadaan selamat. Tapi yang anehnya, bila Teo terbunuh, timbul pula kes lepas tangan SPRM "within SPRM vicinity" dan "under SPRM custody". Pelik tu!!

Kesembilan
: Setelah kematian Teoh, isu mereka yang pernah didera oleh SPRM semasa dalam siasatan hangat dibicarakan. Pengakuan Halimi Bin Kamaruzzaman,

"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu Umno berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali". Dia diperlakuan demikian setelah dipaksa untuk membuat keterangan bahawa Dato Norza terlibat dengan politik wang. (Ini cerita orang UMNO ni!!)

Dia juga disiksa :

1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan.

Malah berhubung kes rasuah Selangor ini,Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan. Dia diugut untuk didera dari segi fizikal dan mental. Malah diancam oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa mereka akan menculik isterinya.

Sebelum itu sudah ada beberapa kes yang melibatkan penderaan SPRM terhadap saksi siasatan. Maka timbul pula teori, adakah Teoh mati dalam siasatan kerana didera, maka untuk meloloskan diri, pihak SPRM letak mangsa kat lokasi kematian. Dan SPRM berlepas tangan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak tahu menahu setelah siasatan habis dijalankan?

Kesepuluh : Adakah wujud rakaman siasatan Teoh oleh SPRM? Sekiranya ada, maka rakyat berhak mengetahuinya setelah berlaku kes 'Kematian' ini. Dan sekiranya tidak ada, mengapa tidak ada?

Ini antara persoalan-persoalan keanehan dan misteri nusantara yang timbul.

P/s : Yang paling dan teramat aneh, bagaimana tengok mayat terus justifikasi kata 'ini kes bunuh diri'? .Heran...~!

by JilFityan

2 comments:

paloi bin mulau said...

biasa le org amno dan menteri deme semuanya bengap. sbb apa bengap? hahahahaha mafia dap bunih teoh dari dlm bangunan sprm hahahahaha lawak sungguh.

awat org amno ni dungu2 belake?

mountdweller said...

Nazri yang bijak bistari awal-awal lagi menyatakan Teoh terjun (bunuh dirilah tu). Dia ini terlalu bijak atau dia dah ambil alih tugas Malikilmaut.

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.