Subscribe

Kegagalan Media BN dan Barisan Nasional



PR dikatakan mulai retak akibat isu pusat penyembelihan babi di Alor Star, Majlis Perbandaran Seberang Perai atau Kampung Buah Pala yang digembar-gemburkan media proKerajaan. Watak-watak pemimpin UMNO yang menyesali dengan tindakan pemimpin PR yang dikatakan tidak mampu mentadbir dan terlalu banyak krisis dalaman yang melanda PR.

Apa yang pasti ini hanyalah satu tektik tidak berjaya ditonjolkan Media ProKerajaan untuk membela BN.Tujuan Sebenar BN adalah satu, iaitu sengaja 'melupakan' rakyat dengan krisis yang mereka alami sekarang ini seperti krisis ADUN Terengganu, puak dalam Mca, Mic, Gerakan, PPP dan akhirnya kegelisahan rakyat Sabah dan Sarawak. Situasi dan suasana berkecamuk yang melanda BN 'ditutup' dan ditebarkan kepada rakyat dengan krisis yang melanda PR.

Agaknya mereka fikir sudah berjaya dengan adanya isu Krisis Dap Kedah untuk meraih undi yang kini menjadi aset kempen BN di Manik Urai. Agaknya mereka fikir sudah berjaya dengan membawa isu mengecam Tok Guru sebagai individu bertanggungjawab UG tidak berlaku. Agaknya mereka fikir sudah berjaya dengan membawa isu memperlekehkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah yang tidak dilihat mempunyai sijil kelulusan yang tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat.

Ya mereka fikir semua tu, tapi mereka lupa. Mereka lupa yang mereka diperhatikan rakyat sebagai barisan dan pakatan yang menuju kepada kehancuran. Mereka lupa yang ini. Mereka ingat mereka berjaya walhal mereka gagal dan diperhatikan. Siri demi siri perpecahan yang berlaku di dalam BN seperti yang disebutkan diatas, semuanya menjurus kepada pecahbelah Barisan Nasional. Semua ini juga disaksikan rakyat dihadapan mata mereka.

Rakyat tak perlu dibutakan. Rakyat sudah celik. Rakyat hari ini sudah 'moden' dalam menilai kepimpinan pemimpin yang benar-benar berjuang dan menegakkan keadilan demi rakyat. Bukan rakyat 'kuno' yang boleh lagi untuk ditutup telinga dan mata mereka.

Udah-udahla tu. Bak kata pepatah "kuman di seberang laut boleh nampak gajah depan mata tak boleh nampak"



by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.