Subscribe

Kes Teoh Dan SPRM, Dari Kacamata Ahli UMNO


"Bodoh dan bengap. Itu ungkapan pertama terhadap ahli BN yang membuat demo di hadapan pusat membeli belah ampang point yang di ketuai oleh Ketua UMNO bahagian Ampang. Demo menyokong SPRM dan polis. Nasihat saya kepada ahli ahli UMNO, cuba la celikan sikit minda tu kalau nak berpolitik.

Kes kematian teoh menjadi keraguan orang ramai kerana ia mati di bawah jagaan SPRM. Secara ringkasnya kes yang besar menjadi semakin besar dengan kematian Teoh. Cubalah banding yang mana lebih besar, siasat rasuah ahli DAP atau kematian Teoh. Kalau ahli UMNO anggap kematian Teoh satu perkara kecil, nyatalah ahli UMNO memang bangang tahap gaban.

Siapa yang cakap isu kematian Teoh dipolitikkan? Habis apa yang ahli UMNO hendak? Supaya tidak ada seorangpun boleh bercakap tentang kematian ini? Buat diam je? Kematian satu nyawa rakyat malaysia yang tidak tahu apa puncanya, tetapi rakyat takda hak untuk komen? Rakyat takda hak untuk bertanya?

60puluh orang ahli BN yang berdemo tersebut betul betul menentang arus. Cara berfikir mereka jauh tertinggal ke belakang. Sepatutnya mereka menjadi pembela kepada mangsa, ini tidak mereka cuba menenggelamkan mangsa. Mereka cuba menjadikan seolah olah SPRM adalah mangsa.

Tuntutan kebanyakan rakyat Malaysia agar satu suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. Najib telah tunduk kepada tuntutan rakyat. Suruhanjaya bermaksud ianya disiasat dengan secara bebas dan telus. Bebas dan telus bermaksud, SPRM sendiripun akan disiasat dan ditanya. Bukti bukti forensik polispun akan diambil kira. Maklumat siasatan polis akan diteliti.

Rakyat tidak sewenang wenangnya menuduh SPRM pembunuh atau sesiapapun pembunuh, Cuma rakyat minta ianya disiasat dengan adil dan telus. Kelemahan pertama memang perlu digalas oleh SPRM kerana Teoh adalah dibawah jagaan SPRM. Tambah lagi Teoh adalah saksi bukan suspek. Itu tanggungjawab pertama. Sebab itulah Najib mahu satu penyiasatan dilakukan apakah ada pencabulan hak asasi semasa proses siasatan.

Jadi di sini saya ingin bertanya kepada Datuk Ismail Kijo apa maksud kata katanya, "kenyataan yang boleh membuatkan huru hara, kita membujur lalu melintang patah"? Perkataan yang mana yang boleh membuat negara huru hara? Setahu saya ungkapan Ismail "membujur lalu melintang patah" itu sendiri yang boleh membuat negara huru hara.

Butakah Datuk Ismail bahawa kematian Teoh melangkau sempadan kaum? Semua bangsa bersedih dengan kematian beliau. Ianya bukan isu politik bukan juga isu kaum. Ianya adalah isu rakyat malaysia. Yang sempit dan perkauman adalah Ismail dan bangsa Ismail yang bernama UMNO.

Semoga PRU ke 13 nanti, kawasan Ismail lah yang paling kalah teruk, kerana Ismail bukan pembela rakyat, tetapi pembodek yang hanya tahu menyalak untuk mengampu pemimpin UMNO

by RamziRedang

1 comment:

Anonymous said...

memang umno tu dah bankrap, betul-betul bankrap idea. Rakyat marah dgn sikap berat sebelah & ketidaktelusan SPRM & polis, tapi ahli2 umno yg kaki boodek ni (ntah2 makcik tu pun diupah.... bukan bleh harap sgt umno ni.... semuanya main upah)alih2 boleh pi sokong SPRM & polis. Lagi jelaslah memang SPRM & polis tu kerja jadi b.rua umno, tu yg ahli2 umno sayang sgt kat institusi bacul tu! Makanlah duit gaji haram pasal buat kerja bukan kerana Allah, tapi kerana ikut pemerintah yg zalim.

pemerhati

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.