Subscribe

Khairy Kena Marah Pewaris


Belum apa-apa, dah bergaduh sesama sendiri.Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.Yerlah, Khairy (merangkap Ketua Pemuda UMNO) kata "Jangann..." tapi Pewaris yang konon berdiri teguh mengampu "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" nak berdemo jugak untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan. Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih" kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

Siapa yang lemah tu? Siapa yang jadi ayam daging ternakan tu? Hehehe.

Ingat habis sampai situ je serang Khairy. Rupanya ada lagi. Khairy dituduh pemimpin perasuah yang beli perwakilan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO dulu. Malah dituduh Khairy hanya ada 200 orang sahaja dibelakangnya. Kesian. Dok berhentam sesama sendiri. Rupanya 'wala' pemuda kepada Khairy hanyalah seperti menelan hempedu. Tengok kata-kata dibawah:

"Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari
," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.

Kesian Khairy. Hehe. Baca lagi disini : MalaysiaKini

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.