Subscribe

Manek Urai: Menang 65 undi.


Keputusan rasmi, PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN mendapat 5,283 undi. Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394. Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi. Perbezaan ketara dapat dilihat antara undi kedua-dua calon tersebut. BN merayakan juga walaupun tewas dalam PRK Manek Urai, dan sudah pasti tajuk akhbar hari ini adalah lebih kurang,

" BN kalah tipis di Manek Urai "
"BN berjaya mengurangkan maoriti PAS di Manek Urai"
"Pas menang nyawa-nyawa ikan"
"Satu Kejayaan terbesar BN sepanjang 7 PRK"

dan seumpamanya dengannya.

Walau apapun berita yang akan tersiar nanti, kemenangan tetap berpihak kepada PAS. Memang benar, sehingga jam 3 petang, culaan menunjukkan bahawa PAS menang dengan majoriti 2000 undi. Namun setelah 7 petang, ia semakin berkurangan sehingga BN mendahului. Kata AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato Husam Musa berkata PAS sepatutnya kalah di Manek Urai dengan kempen drastik dan bernilai jutaan ringgit BN di sana.

"Kita sepatutnya kalah dengan politik wang yang dilakukan oleh BN" kata Husam.Sebaliknya beliau mengucapkan tahniah kepada pengundi Manek Urai kerana tidak 'termakan' dengan rasuah BN tersebut.

Walau menang tipis hakikatnya Pas menang bergaya. Buktinya :

1) Seorang penjual ikan yang tak sekolah tinggi mengalahkan kesombongan seorang Pegawai kerajaan.Kemenangan yang menghancurkan kebongkakan MUHYIDDIN bersama-sama kuncunya.

2)Mengalahkan parti kerajaan yang mengunakan pelbagai tektik dan helah BN dalam mengunakan pelbagai kemudahan kerajaan bukan kerja senang.

3)Melawan rasuah. Dengan wang yang mengalir seperti air,janji-janji manis. Pengundi-pengundi hantu dan sebagainya memerlukan kekuatan luar biasa Parti Pas. Kekuatan ini terbukti menakluk keegoan BN.

4)Pelbagai Dakyah yang direka khas sempena pilihanraya MU .Pelbagai jenis media yang menyokong BN bekerja keras dalam kempen BN perpaduan menyogok minda pengundi tentang perpecahan Melayu,kerajaan perpaduan,perpecahan Pas dan pelbagai lagi menagih kerja kuat Pas untuk menjelaskan isu2 yang sengaja diputarbelitkan UMNO dan BN.

5)Dengan kekuatan calon yang hanya peniaga ikan dapat mengalahkan Pegawai besar bercita2 tinggi adalah satu perkara luarbiasa yang perlu BN akui tentang kekuatan Pas yang sebenarnya.

Apapun. Tahniah buat Pas yang masih menjadi pilihan pengundi dan isyarat Pas akan semakin hampir menuju ke Putrajaya.

by JilFityan

No comments:

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.