Subscribe

Manek Urai : Rekod melebar (PR) 5 - 1 (BN)!!


Setelah keputusan PRK Manek Urai terjawab. Bn kekal tewas dalam semua pilihanraya kecil yang dilaluinya sepanjang selepas PRU 2008. Ia menjadikannya keputusan melebar kepada ( PR ) 5 – 1 (BN). Berdasarkan PRK yang berlangsung sebelum ini, Pakatan Rakyat mendominasi perlawanan dengan rekod tanpa kalah di Semenanjung Malaysia kecuali tewas satu di Sarawak. Berikut adalah Pilihanraya kecil yang telah berlangsung semenjak PRU ke 12:

1. Parlimen Permatang Pauh (PR - PKR)

2. Bukit Selambau (PR - PKR)

3. Parlimen Bukit Gantang (PR - PAS)

4. Dun Batang Air Sarawak (BN - Parti Rakyat Sarawak )

5. Kuala Terengganu (PR - PAS)

6. Manek Urai (PR - PAS)

Yang menariknya, BN kekal tewas di semua Pilihanraya Kecil di negeri-negeri semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Pakatan Rakyat menang besar pada PRU Umum 12 dalam keadaan BN 'over confident' untuk menang besar, di manek urai, terdapat jentera kita yang dikatakan 'over confident' dan yakin akan menang besar akhirnya menang dengan majoriti tipis.

Nampaknya 'over-confident' adalah musuh yang perlu diawasi. Apapun, untuk jentera pakatan rakyat yang telah bertungkus lumus di Manek Urai dan semua pihak yang terlibat diucapkan tahniah serta ribuan terima kasih. Apa pun, seperti yang diungkapkan oleh Ketua Pemuda Sri Gading, Saudara Elias Sabu, ada muhasabah di sebalik Pilihanraya Kecil kali ini. "

1 comment:

Anonymous said...

Penanti PKR/PR menang manakala umno-BN tak berani nak lawan..

Maka sebenarnya keputusan setakat ni adalah (PR) 6-1 (BN)...

Post a Comment

Tinggallah apa sahaja komen walau sepatah kata, moga dengan komen yang kalian suarakan memberi manfaat kepada semua

Kalian berhak suarakan apa sahaja di ruang komen dibawah. Komen tidak akan ditapis, dan terima kasih diatas komen yang diberi.